Roketkini.com
KUALA LUMPUR: Mainan politik pembohongan, putar belit dan momokan terbukti merupakan strategi UMNO-BN menyebar dakyah kebencian di kalangan rakyat pelbagai kaum demi meraih sokongan.
Ketika merasmikan Persidangan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO semalam, Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin berkata bahawa cita-cita PAS menjadikan Malaysia Negara Islam ibarat “bermimpi di siang hari”.
Paling melucukan pada masa yang sama, Presiden MCA, Chua Soi Lek pula mendakwa PAS akan melaksanakan agenda negara Islamnya jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 untuk menakutkan masyarakat bukan Islam.
Menyifatkan ucapan pemimpin BN itu sebagai lakonan semula ‘drama’ yang diulang tayang pada Perhimpunan Agung UMNO ke-66, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam nada menyindir menyoal siapa sebenarnya yang berbohong?
“Pada penghujung Perhimpunan Agung UMNO ke-65, Disember tahun lalu, saya lontarkan persoalan, “Siapa berbohong; Najib, Muhyiddin atau Soi Lek? Atau ketiga-tiganya sekali?.
“Ini mengesahkan pandangan saya bahawa PR mengamalkan politik “Bersatu dan Perintah” manakala tradisi “Pecah dan Perintah” pula diamalkan UMNO-BN sejak sekian lamanya.” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.-Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan