HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 November 2012

Perhimpunan UMNO 2012 : Kuasa Melayu ‘Bagai Telur di Hujung Tanduk’. Benarkah? Fakta @ Auta?

Staff Berita Semasa 
 
Shahrizat Perhimpunan UMNO 2012 Perhimpunan UMNO 2012 : Kuasa Melayu Bagai Telur di Hujung Tanduk. Benarkah? Fakta @ Auta?

Kalau tengok sekarang ini, bersempena dengan Perhimpunan Agong UMNO 2012 yang berlangsung sekarang ini, media arus perdana tidak kira media cetak mahupun elektronik terus memberikan liputan yang cukup meluas. Sehingga kami tertanya-tanya, UMNO ada “tanam sahamkah” kepada media-media ini?

Seperti di muktamar PAS yang lalu kami sedikit pun tidak memberikan liputan di Berita Semasa. Bagi kami itu hal parti mereka. Apa-apa masalah yang persoalan yang berbangkit. Itu hal parti tersebut. Jangan sesekali melibatkan rakyat dalam masalah parti anda. Andaikata sokongan parti merosot, salahkan diri sendiri berbanding menyalah & meletakkan “beban” masalah di bahu rakyat yang tidak menyokong.

Begitu juga dengan Perhimpunan Agong Umno 2012 kali ini….

Kami tertarik dengan ucapan yang disampaikan oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam Perhimpunan kali ini…..(Laporan Bernama)
Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil menegaskan Umno berdepan dengan cabaran getir untuk menjaga kuasa Melayu yang dianggapnya “bagai telur dihujung tanduk” selepas pilihan raya umum 2008.
Ini masalah parti kamu, parti UMNO. Masalah politik UMNO yang berlaku sekarang ini jangan sesekali libatkan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. Jika UMNO ada kredibiliti, Insyaallah kekuatan parti akan terus bersama anda dengan sendirinya. Itu sahaja….
Tegas bekas menteri kabinet itu, jika parti itu tidak bertindak mulai sekarang, kuasa Melayu “akan semakin terpinggir” kemudiannya.
“Bayangkan sahaja sekarang ini kuasa politik Melayu di Parlimen adalah amat marginal sekali. Keadaan ini perlu kita tangani dari sekarang jika kita tidak mahu menjadi pelarian dibumi sendiri.
Kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, kuasa politik melayu tidak akan hilang, ia sudah termaktub dlm perlembagaan. Atas pertimbangan apa yang menyebabkan beliau berkata begini…
“Pepecahan undi Melayu akan melunturkan kuasa politik Melayu yang sedia ada. Pada hari ini kuasa ekonomi bukan ditangan orang Melayu. Adakah kita sanggup hilang kuasa politik juga?” katanya.
Beginilah Datuk Seri Shahrizat Jalil. Anda ini patut nasihatkan diri sendiri terlebih dahulu, muhasabah diri sebelum nasihatkan orang lain. Itu sebablah ada orang mengatakan kepimpinan melalui tauladan.

Soalan kami, macam mana kuasa ekonomi bangsa Melayu nak naik sedangkan hak penternak lembu bernilai RM250 juta pun dirampas dan dirompak oleh bangsa Melayu sendiri yang kononnya mendabik dada merekalah yang memperjuangkan bangsa Melayu. Itu baru skandal kes lembu NFC yang terbongkar, belum lagi yang lain? Ehem……

Lembu Shahrizat Jalil Perhimpunan UMNO 2012 : Kuasa Melayu Bagai Telur di Hujung Tanduk. Benarkah? Fakta @ Auta?

Tepuk dahi kami melihat senario politik yang berlaku hari ini.
Berucap dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno di Dewan Merdeka hari ini yang bertemakan “Anjakan Untuk Melonjakkan Kemenangan”, Shahrizat berkata jika Umno lemah, maka percayalah risikonya akan dirasai oleh semua kaum.
“Jika Melayu bersatu, dan kuat dan mejadi tulang belakang kerajaan yang dipilih, apatah lagi jika majoriti dua pertiga kerusi Parlimen, maka insya-Allah semua kaum, semua lapisan masyarakat akan dapat meraih kestabilan politik negara,” katanya. [Sumber : BERNAMA]
Dan seperti dijangka antara isu yang akan dibangkitkan adalah persoalan Melayu, kekuatan bangsa Melayu, kuasa politik Melayu hilang dan akan juga diselitkan dengan “kerisauan mereka terdapat keadaan Islam yang ada pada hari hari ini”.
UMNO : “Isu Melayu, Islam”
Kami juga suka untuk “petik” sekali lagi ingin memetik kenyataan & mengulas kenyataan Datuk Seri Shahrizat di bawah ini :
“Bayangkan sahaja sekarang ini kuasa politik Melayu di Parlimen adalah amat marginal sekali. Keadaan ini perlu kita tangani dari sekarang jika kita tidak mahu menjadi pelarian dibumi sendiri.
Owh…..nak cakap pasal kuasa politik melayu di Parlimen amat marginal? OK….Kalau cakap “kosong” atau berdasarkan persepsi, semua orang boleh cakap. Tetapi tidak semua orang mampu bercakap melalui fakta terutamanya kalangan ahli politik yang ada pada hari ini…..

Calon Melayu/Islam dari Barisan Nasional lawan calon bukan Melayu/Islam Pakatan Rakyat

  • P144 LEDANG – Hamim Samuri (BN) vs Lau Tek Hai (PKR)
  • P153 SEMBRONG – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (BN) vs Lee Sang (PKR)
  • P218 SIBUTI – Ahmad Lai Bujang (BN) vs Dr. Michael Teo Yu Keng (PKR)
  • P221 LIMBANG – Hasbi Habibollah (BN) vs Dr. Lau Liak Koi (PKR)
  • P47 NIBONG TEBAL – Tan Tee Beng (PKR) vs Datuk Zainal Abidin Osman (BN)

Calon Melayu/Islam Dari PR Lawan Calon Bukan Melayu/Islam Barisan Nasional

  • P148 AYER HITAM – Dr. Wee Ka Siong (BN) vs Hussin Sujak (Pas)
  • P151 SIMPANG RENGGAM – Liang Teck Meng (BN) vs Azhar Gombang (Pas)
  • P158 TEBRAU – Lim Bang San @ Teng Boon Soon (BN) vs Roslani Sharif (Pas)
  • P162 GELANG PATAH – Tan Ah Eng (BN) vs Dr. Zaleha Mustafa (PKR)
  • P132 TELOK KEMANG – Datuk S. Sothinathan (BN) vs Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR)
  • P94 HULU SELANGOR – Datuk G. Palanivel (BN) vs Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR)
  • P100 PANDAN – Datuk Ong Tee Keat (BN) vs Syed Shahir Syed Mohamud (PKR)
  • P111 KOTA RAJA – Siti Mariah Mahmud (Pas) vs S. A. Vigneswaran (BN)
  • P54 GERIK – Datuk Tan Lian Hoe (BN) vs Mohd. Noor Abdul Rahman (Pas)
  • P74 LUMUT – Datuk Kong Cho Ha (BN) vs Suwardi Sapuan (PKR)
  • P77 TANJONG MALIM – Datuk Ong Ka Chuan (BN) vs Mohamad Azman Marjohan (PKR)
  • P52 BAYAN BARU – Datuk Zahrain Mohamed Hashim (PKR) vs Ooi Siew Kim (BN)
  • P80 RAUB – Datuk Dr. Ng Yen Yen (BN) vs Abu Bakar Lebai Sudin (DAP)
  • P83 KUANTAN – Fuziah Salleh (PKR) vs Datuk Fu Ah Kiow @ Oh (Fu) Soon Guan (BN)
  • P124 BANDAR TUN RAZAK – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR) vs Datuk Tan Chai Ho (BN)
  • P205 SARATOK – Jelaing Mersat (BN) vs Mohd. Yahya Abdullah (PKR)
  • P170 TUARAN – Datuk Wilfred Bumburing (BN) vs Ansari Abdullah (PKR)
  • P173 PUTATAN – Dr. Makin@Marcus Mojigoh (BN) vs Saukinah Yussof (PKR)
SIAPA yang mengurangkan kuasa politik Melayu di Parlimen? Mengapa Shahrizat? Mengapa? Kawasan-kawasan campuran yang mana 60% pengundi adalah Melayu, yang bertanding adalah MCA dan MIC…Siapa yang khianat kuasa politik Melayu? Tetapi apabila bercakap di dalam perhimpunan tidak selari apa yang dilakukan hari ini? Mengapa Shahrizat? Mengapa?

Itu tidak termasuk lagi persempadanan semula kawasan parlimen, kawasan-kawasan majoriti Melayu di Kelantan, Terengganu, Kedah

Najib Perhimpunan Agong UMNO 2012 Perhimpunan UMNO 2012 : Kuasa Melayu Bagai Telur di Hujung Tanduk. Benarkah? Fakta @ Auta?

Walaubagaimanapun, kami cukup yakin dan percaya ini isu-isu ini akan dibangkitkan oleh kebanyakan perwakilan kerana isu ini terus diputarkan setiap kali berlangsungnya Perhimpunan Agong UMNO 2012.

Perhimpunan Agung UMNO 2012 kali ini kami pasti memberi fokus terhadap bagaimana perwakilan membahaskan perkara-perkara yang ada hubung kait dengan pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Masih ada masa lagi untuk memperbaiki UMNO, kurangkan mencanang parti UMNO yang patut disokong semata tetapi sepatutnya masa yang tinggal ini gunakan dengan sebaiknya untuk berikan tumpuan bagaimana cara nak mengangkat bangsa Melayu ke tahap yang lebih tinggi, itulah yang terbaik sebenarnya. Barulah sokongan kepada UMNO akan datang dengan sendirinya.

P/S : Berpolitiklah dengan cara di zaman 2012 bukan di zaman 90an. Jika tidak anda akan ketinggalan…

Tiada ulasan: