KECOH blog-blog pro Umno kononnya akan ada beberapa orang tokoh yang
telah dicampak keluar dari PAS dan tokoh yang terpinggir di dalam PAS
akan mengistiharkan diri menyertai parti sekutu Apco itu. Firasat aku,
dan aku amat berharap tokoh itu salah seorangnya adalah Hassan Jati.
Jiwa Hassan Jati sekarang memang sesuai untuk Umno. Jika beliau tidak
sertai Umno pun setiap kali beliau bercakap terbau dari mulutnya bau
Umno. Maka elok sangat beliau sertai Umno kerana mungkin dengan cara
itu beliau boleh bertanding di dalam PRU akan datang. Jika tidak,
beliau terpaksa bertanding di atas kapasiti calon Bebas yang mana
harapan untuk beliau memberi 'sedekah' deposit nya kepada SPR amat
cerah.
Jika beliau sertai Umno pula masalahnya di mana beliau akan bertanding?
Di Selangor? Kita tahu di Selangor sekarang semua Ketua Bahagian
sedang lapar mahu menjadi calon. Mereka sanggup bertikam sesama sendiri
untuk menjadi calon, masakan begitu mudah mereka mahu serahkan kerusi
kepada Hassan Jati bekas pemimpin PAS yang pernah berjanji tidak akan
sertai Umno itu.
Kalau Hassan Jati sertai Umno, kita patut mengadakan kenduri
kesyukuran. Ini adalah kerana kemasukan Hassan Jati akan dapat membantu
PAS di mana sudah pasti perbalahan di dalam Umno akan bertambah
rancak. Kita masih ingat apabila Ezam sesumpah dianugerahkan Senator
selepas menyembah lutut Umno, bukan sedikit yang merungut dan tidak puas
hati. Manakan tidak, orang yang pernah memuja memuji DS Anwar dan
mengutuk rapat Umno dan Najib dahulu begitu mudah mendapat Senator.
Itulah bijaknya Ezam sesumpah memperbodohkan orang-orang lama di dalam
Umno.
Kali ini tidak mustahil giliran Hassan Jati pula untuk memperbodohkan
ahli-ahli yang telah sedia bengap itu. Hassan Jati tahu, semua
ahli-ahli Umno akan jadi burung belatuk jika pemimpin mereka bersuara.
Jika Najib kata Hassan Jati akan jadi calon, burung belatuk ini akan
menganguk walaupun di dalam hati Tuhan sahaja yang tahu.
Harapan kita, eloklah Hassan Jati umum masuk Umno secepat mungkin. Kita
simpati dengan beliau yang mungkin sekarang ini merasa resah khuatir
dapor tidak berasap apabila tidak lagi menjadi Wakil Rakyat selepas ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan