HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 November 2012

Projek Pertanian Umno-BN Tidak Menguntungkan Petani - Mantan Pegawai LKIM

Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita9/Haji%20Rahim%20Ismaila.jpgBESUT - Bekas Penolong Pengurus Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Haji Rahim Ismail, mendakwa projek-projek pertanian yang dilaksanakan di daerah ini tidak membawa keuntungan kepada petani dan tidak membangunkan masyarakat.

Beliau yang juga mengaku pernah membantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad, memenangi pilihanraya umum ke-12 lalu berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan lagi sebuah parti yang boleh dipercayai.

"Saya tolong Nawi (pada) pilihanraya ke-12 lepas, bahagan logistik....sediakan kereta-kereta, sekarang tak lagi....bila saya duk pergi mari dengan Umno ni,

"kita nampak banyak penyelewengan, sebabnya saya tahu....masa dulu saya kerja bahagian itu dalam Kementerian Pertanian, bila kita tengok projek-projek pertanian membantu masyarakat,"ujarnya.

Haji Rahim, 53, yang pernah menguruskan hal-ehawal subsidi pertanian bagi kawasan Besut dan Setiu, juga ahli mesyuarat Umno Cawangan Kampung Padang Landak.

Beliau berkata, antara projek pertanian yang menelan belanja ratusan ribu ringgit, namun masih gagal sehingga kini adalah projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Kampung Durian Telur, dekat sini. **[Lihat Video]

"sebagai contoh.....projek kerajaan TKPM Durian Telur, tanah itu diberi oleh kerajaan negeri kepada petani-petani yang berminat (menanam) secara berkelompok tetapi tidak diberi milik,

"Kementerian beri peruntukan, komoditi ditentukan oleh Jabatan Pertanian....contohnya tanam Longan, sedangkan tanaman buah Longan ini boleh hasil bila? (lambat hasilnya),"katanya ketika ditemui di sini pada Selasa 27 November.

http://www.buletinonline.net/v6/images/stories/Berita12/sutratani4.jpgMenurutnya, para petani yang perlu kepada saraan hidup harian terpaksa mencari sumber lain terlebih dahulu seperti menoreh getah dan lain-lain, sebelum mengusahakan tanaman Longan itu.

Akhirnya, kata beliau, projek tersebut menjadi projek 'terbiar' yang tidak mebawa sebarang keuntungan kepada para petani.

Oleh, itu katanya, beliau tidak lagi yakin dengan projek-projek kerajaan Umno-BN yang disifatkannya sebagai 'hanya gimik' semata-mata.

Beliau sendiri, kata Haji Rahim, pernah mengusahakan pelbagai projek petanian seperti tanaman serai, nangka madu dan cacing serta baja organik.

"begitu juga (engan projek) di Pasir Tawar, Jabi.....semua projek itu gagal, saya tengok....... ia tidak menguntungkan rakyat,

"(saya) tidak yakin......program-program (Umno-BN) tidak meyakinkan kepada masyarakat petani sebab saya pun terlibat dengan bertani, selepa saya pencen saya terlibat dengan pertanian.....'mapuh belako'!,"tegasnya.

Mengulas tentang *projek Fertigasi Mega yang memakan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM20 juta, beliau berkata ia hanya menguntungkan beberapa individu, tapi bukan petani.

Beliau berkata antara yang mendapat laba dari projek Fertigasi itu adalah pembekal input projek tersebut dan kontraktor yang membekalkan peralatan.

Tiada ulasan: