HALAMAN SANTAI

Jumaat, 30 November 2012

IGP: 'Saya hanya mahu beri perkhidmatan terbaik'

Wartawan Sinar Harian

Tan Sri Ismail Omar
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
 
KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar enggan mengulas dakwaan Tan Sri Musa Hassan mengenai campur tangan luar dalam tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya hanya mahu berikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat dan tiada masa untuk perkara tidak penting.

“Saya mahu fokus dalam melaksanakan pimpinan ini dan pilihan raya umum akan datang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis pelancaran tinjauan kepuasan pelanggan melalui SMS di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini, semalam.

Kelmarin, bekas Ketua Polis Negara itu mendakwa ada campur tangan luar, dalam tugas PDRM semasa beliau memimpin pasukan tersebut.

Campur tangan tersebut bertentangan dengan undang-undang iaitu Seksyen 4 (1) Akta Polis 1967 menjelaskan hanya mereka yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) sahaja boleh mengeluarkan arahan untuk polis.

Tiada ulasan: