web Malaysiakini.com
BEKAS
Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Musa Hassan hari ini mendakwa bahawa
pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya, Musa berkata Hishammuddin pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.
Oleh
itu, katanya, beliau memberitahu Hishammuddin mengenai Seksyen 4 (1)
Akta Polis (1967, yang menyatakan bahawa arahan dan kawalan pihak polis
adalah oleh IGP dan bukannya menteri.
"Sudah
tentu, saya tidak boleh biadap kepadanya kerana (beliau) seorang
menteri. Saya memberitahunya dengan baik. Dia tak suka," kata Musa.
Beliau
menjawab soalan media sama ada beliau pernah berdepan dengan halangan
daripada Hishammuddin pada zamannya sebagai pegawai tertinggi pasukan
polis negara. Musa bersara pada September 2010.
Sidang akhbar diadakan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), di mana Musa menjadi penaung dan penasihatnya.
Ditanya
lagi sama ada Hishammuddin menunjukkan reaksi negatif, Musa menjawab:
"Saya fikir begitulah. Itulah sebabnya (kontrak saya) tidak
dilanjutkan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan