HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 November 2012

Naib Pengerusi Pemuda BN, samseng Umno halau NGO Royalti

 KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Wakil NGO Royalti (R) mendakwa dihalau ketika cuba masuk ke dewan Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).



Kejadian berlaku kira-kira jam 3.52 petang semalam, sewaktu lagu Umno dinyanyikan.

Enam orang wakilnya termasuk Presiden NGO tersebut, Nazri Deraman dihalau ketika berada di tingkat 4 untuk masuk ke dewan.

Bercakap dalam kenyataan, Setiausaha NGO itu, Hishamuddin Ghazali berkata, kumpulan mereka telah dihalau oleh sekumpulan samseng Umno sehingga ke kaki lima luar dewan.

“Kami hadir dengan aman untuk membawa suara rakyat Kelantan bagi menyerahkan memorandum kepada perwakilan Umno Kelantan untuk mencadangkan usul tergempar berikan royalti Kelantan,” katanya.

“Sewaktu kami sedang menunggu wakil pemimpin Umno Kelantan untuk serahkan memorandum tersebut, kami (bertujuh) didatangi tiga polis.



“Kemudian datang Armand Azha Abu Hanifah, Naib Pengerusi Unit Pidato Pemuda BN bersama lebih 20 lelaki memaksa kami keluar dari kawasan itu,” katanya.

“Perbincangan berterusan hingga seorang daripada aktivis kami direntap tangannnya. Kehadiran samseng dan penyokong Umno lebih ramai mengerumuni kami,” sambung Hishamuddin.

Sehubungan itu, mereka terpaksa membuat sidang media di kaki lima di luar dewan.

“Beginikah layanan parti yang kononnya memperjuangkan Melayu. Adakah rakyat masih tidur selepas kami diperlakukan bergini?” soalnya.

Tiada ulasan: