HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 November 2012

Kadar tol Jambatan Pertama Pulau Pinang mungkin naik?

Roketkini.com



KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan BN mungkin menaikkan kadar tol Jambatan Pertama Pulau Pinang daripada RM7 kepada RM9.40 setelah pembinaan Jambatan Kedua siap.

Spekulasi itu timbul berikutan keengganan Menteri Kerja Raya Dato’ Seri Shaziman Abu Mansor menjawab secara bertulis kepada soalan yang ditanya oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, di Parlimen mengenai harga tol kepada Jambatan Pertama yang akan dikenakan.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam kenyataannya berkata, kadar tol di Jambatan pertama itu mungkin diselaraskan dengan kadar tol Jambatan kedua iaitu RM9.40.

“Jika kadar tol jambatan pertama itu sama mungkin pengguna tidak akan menggunakan jambatan kedua kerana jaraknya lebih jauh,” katanya.

“Jarak Jambatan Kedua adalah sepanjang 23.5 km berbanding Jambatan Pertama hanya 13 km.” jelasnya.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini mengalu-alukan keputusan kerajaan persekutuan meluluskan RM780 juta untuk kerja menaiktaraf tiga jalan utama yang menghubungi Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung walaupun projek itu lewat dimulakan.

Guan Eng juga mempertikai keengganan Kerajaan Persekutuan BN mengumumkan kadar tol baru Jambatan Pertama kepada pengetahuan rakyat.-Roketkini.com

Tiada ulasan: