KETIKA memenangi penggal pertama sebagai Presiden Amerika empat tahun lalu, Barack Obama bertekad untuk menjadi kawan dunia Islam. Antara programnya ialah mengeluarkan tenteranya dari peperangan di dua negara Islam – Iraq dan Afghanistan.
Dia bercadang untuk mendarat di sebuah negara Islam antara kunjungan awalnya ke luar negara. Lalu dia pun memilih Mesir. Dia pun memberi lucapan persahabatan untuknya dengan negara dan umat Islam dan untuk negaranya Amerika dengan dunia dan umat Islam.
Ia dikira satu ubat bagi menyembuhkan rasa sakit hari umat Islam gara-gara tempelak anti-Islam George W Bush yang melihat Islam sebagai agama pengganas.
Sekalipun tidak banyak yang dapat dibuatnya bagi merapatkan pentadbirannya dengan dunia Islam dan penyelesaian isu Palestin terus jadi harapan saja, tetapi kebencian terhadap Amerika reda. Tidak banyak harapan kepada penyelesaian Israel-Palestin selain daripada Obama.
Tetapi apabila dia menang selesa untuk penggal Presiden kedua, kurang dua minggu saja dia tiba-tiba menjadi seteru utama dunia Islam apabila dia menyokong serangan kejam Israel terhadap Gaza dan mengira serangan tidak beradab itu adalah langkah Israel mempertahankan diri.
Semasa kempennya menentang calon Republikan, Mitt Romney, dunia Islam mengharapkan dia menang dengan jangkaan dasar Romney yang amat memihak kepada Yahudi. Tidak dapat dibayangkan apa akan jadi kiranya Romney menang?
Terbakar dan berdarahlah bumi Palestin.
Tetapi tanpa Romney menang pun, Gaza terbakar dan berdarah juga. Dunia seluruhnya minta Obama menekan Israel supaya menghentikan serangan darat dan udara terhadap Gaza. Jawab Obama, dia menyokong kebiadapan Israil, bukan menyuruh Israel berhenti menyerang.
Polisi yang dirong-rong awal kemenangan pertamanya dulu telah dirosakkan oleh kemenangan yang kedua ini.
Sepatutnya dia mengurangkan pembunuhan Israel terhadap umat Palestin kalau pun tidak menghentikannya sama sekali. Tetapi yang berlaku, bukan sekadar dia gagal untuk berkawan dengan dunia dan umat Islam tetapi dia menjadikan berlumur darah umat Islam Gaza.
Sebagai cucu orang Islam dari Kenya, muka Obama sama saja hodohnya dengan semua Presiden Amerika yang terdahulu. Dan dia sama kejam dengan semua Perdana Menteri Israel. Dia gagal untuk menjadi kawan dunia Islam tetapi dia juga adalah seteru besar Islam.
Dia mesti dikutuk seperti umat Islam diwajibkan mengutuk Yahudi dalam solatnya. Tiada solat tanpa al-Fatihah. Hujung surat al-Fatihah disebutkan kutukan kepada orang dimurkai Allah Ghairil maghdhu bi’alaihim iaitu puak Yahudi.
Tidak diterima solat orang Islam tanpa melafazkan ghairil maghdhu. Demikianlah murkanya Allah kepada orang Yahudi. Orang Islam bukan sekadar melafazkan kebencian itu tetapi mesti membuktikan kebencian itu dalam semua perkara.
Atas dasar itu Islam tidak dapat menerima kelahiran negara Yahudi Israel itu. Mana-mana orang Islam yang redha dengan negara itu dia telah tidak ikhlas dengan solatnya.
Obama sekarang menjadi pembela terhadap pembunuhan Israel atas umat Islam Gaza. Dia pun sama saja dengan Yahudi zionis itu, maka dia sudah layak termasuk dalam kumpulan orang yang dikutuk yang dilafazkan dalam solat itu.
Dia tidak lagi menjadi kawan. Dia sama saja dengan Yahudi yang banyak mambunuh Nabi dan Rasul, dan dia juga sama kejam dengan Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel yang sudah 10 tahun jadi mayat bernyawa sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan