KUALA LUMPUR - Pembangkang hari ini ditempelak Presiden Umno, Datuk
Seri Najib Tun Razak kerana sanggup mendoakan kecelakaan Umno meskipun
saudara sesama akidah.
Waima katanya, kerajaan Umno-Barisan Nasionalah yang memartabatkan
agama Islam di negara ini sehingga membolehkan Islam diamalkan sebagai
cara hidup syumul di negara ini.
"Dek kerana itu, tuduhan-tuduhan oleh pihak tertentu bahawa Umno parti nasionalis yang sekular amatlah tersasar.
"Adakah sebuah parti yang menguruskan ehwal pentadbiran negara seperti
Umno dengan begitu cemerlang layak dituduh sebagai tidak Islamik dan
dinista semahunya?," soal Najib.
Negara baru-baru ini digemparkan dengan doa Ko BN dalam satu himpunan anjuran pembangkang dua minggu lalu.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kemudiannya berkata, doa seumpama itu dibolehkan untuk mereka yang teraniaya.
"Alangkah peliknya perbuatan mereka ini. Dalam detik-detik saudara kita di Gaza sedang ditimpa musibah dan begitu memerlukan solidariti umat, mereka di sini pula sibuk mahukan kejatuhan orang lain," ujar Najib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan