KERIAN
– Imej lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk dipercayai
hantu berjaya dirakam secara tidak sengaja oleh seorang pelanggan
dengan menggunakan telefon pintar di sebuah gerai makan di pekan Bagan
Tiang, di sini tiga minggu lalu.
Pekerja kontrak, Musa Ibrahim, 40,
berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, dia bersama tiga
rakannya sedang melepak dan bersembang di dalam ruangan khas gerai itu.
Menurutnya,
seorang rakan bernama Rizan Shahrin Abdul Rahman, 35, bertindak
merakam gambar kepala salah seorang rakan dengan menggunakan telefon
pintar dimilikinya secara suka-suka dengan niat bergurau senda.
“Setelah itu, kami terus meneliti kembali beberapa keping gambar yang dirakam.
“Bagaimanapun,
kami terkejut melihat kelibat kepala lembaga putih dengan lidah
terjelir dan bertanduk muncul di penjuru kanan salah satu gambar
diambil walaupun pemilik telefon pintar ini benar-benar yakin tidak
melihat apa-apa sebelum rakaman gambar dibuat,” katanya sewaktu ditemui
Sinar Harian di Pekan Bagan Tiang di sini semalam.
Musa berkata, gempar dengan penemuan itu, mereka bertindak menemui salah seorang individu yang arif dalam bidang paranormal untuk mengesahkan imej lembaga berkenaan.
Musa berkata, gempar dengan penemuan itu, mereka bertindak menemui salah seorang individu yang arif dalam bidang paranormal untuk mengesahkan imej lembaga berkenaan.
“Setelah
meneliti gambar terbabit, individu itu mengesahkan imej hantu yang
berkemungkinan ‘melintasi’ lokasi kejadian pada ketika itu.
“Kami
memutuskan mendedahkan perkara ini melalui media setelah mendapat
maklumat terdapat siri gangguan makhluk halus dialami penduduk sejak
kebelakangan ini dan menggesa ada pihak sudi tampil ke hadapan
menyelesaikan perkara ini,” katanya.Sumber: Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan