HALAMAN SANTAI

Jumaat, 4 Januari 2013

Amanat Hadi Awang. Maaf Forum Tidak Diteruskan Kerana RTM Terikat Dengan FATWA (Majlis Fatwa & Jawatankuasa Muzakarah)

Staff Berita Semasa 
 
RTM Amanat Hadi Awang Amanat Hadi Awang. Maaf Forum Tidak Diteruskan Kerana RTM Terikat Dengan FATWA (Majlis Fatwa & Jawatankuasa Muzakarah)

Berminggu-minggu ada sahaja berita yang menyanyikan semula “amanat Hadi Awang”. Berminggu-minggu rakyat Malaysia disajikan dan disuapkan dengan perkembangan berita mengenai Amanat Hadi sekitar 30 tahun dahulu yang dibangkitkan semula.

TV3, RTM dan Utusan Malaysia seperti biasa tidak melepaskan peluang dan ruang yang ada untuk terus melaporkan perkembangan & berita terkini mengenai isu Amanat Hadi Awang terus kepada rakyat Malaysia. Sehinggalah…..

Sehinggalah Rais Yatim tampil (DI SINI) bercadang untuk mengadakan forum Amanat Hadi Awang di RTM.
  • Mula-mula boleh
  • Selepas itu tengok dulu. Nak kaji apa semua
  • Selepas itu boleh buat, tetapi mungkin tiada siaran langsung. Lebih suka rakaman
  • Selepas itu……
Walaubagaimanapun…..seperti dijangka :

Amanat Haji Hadi Amanat Hadi Awang. Maaf Forum Tidak Diteruskan Kerana RTM Terikat Dengan FATWA (Majlis Fatwa & Jawatankuasa Muzakarah)

Kami cuba untuk fahami semua isu ini untuk difahami. Selepas dibangkitkan berminggu-minggu dan tiada ruang untuk Hadi Awang menjelaskan isu Amanat Hadi itu, jadi bagaimana sekarang ini? Adakah JAKIM akan tangkap Haji Hadi andaikata tidak mahu tarik balik?

Forum Amanat Hadi, tetapi empunya diri yang dikaitkan dengan isu ini tidak ada sekali dalam forum? Orang lain pula yang membincangkannya? Forum apakah ini?

Forum Amanat Hadi Amanat Hadi Awang. Maaf Forum Tidak Diteruskan Kerana RTM Terikat Dengan FATWA (Majlis Fatwa & Jawatankuasa Muzakarah)
Sumber : 
Twitter Mufti Perlis


 

P/S : Berhenti memainkan isu kafir-mengkafir. Kembali kepada politik yang dapat membina negara.

Tiada ulasan: