KUALA
LUMPUR: Tangan kanannya patah manakala seluruh tubuh kecilnya dipenuhi
kesan lebam dan berbirat. Itu penderitaan seorang bayi perempuan
berusia setahun dipercayai akibat didera seorang bapa ayam di Lorong
Haji Taib, di sini, sejak dua minggu lalu.
Mangsa
dikatakan dipukul menggunakan penyangkut baju selain dipijak lelaki
berusia lewat 30-an itu kerana kegagalan ibunya berusia 34 tahun untuk
melacur seperti diarahkan. Malah, ibunya turut dipercayai dipukul
lelaki berkenaan.
Kejadian menimpa bayi itu disedari bekas pengasuhnya selepas melawat mangsa di rumah berkenaan, jam 9 malam kelmarin.
Pengasuh
itu yang mahu dikenali sebagai Ran, 35, berkata, selepas melihat
kecederaan bayi itu, dia meminta supaya mangsa diserahkan kepadanya
untuk dihantar ke hospital, namun bapa ayam itu tidak membenarkan
sebaliknya menghalaunya.
Menurut
Ran, dia merakamkan beberapa gambar menunjukkan kecederaan mangsa
sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk
siasatan dan tindakan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan