"Saya sangat menghargai media yang menyokong saya tetapi saya tidak nampak perkara ini daripada pembangkang.
"Saya telah menyatakan hasrat saya sejak minggu lalu kepada Anwar untuk tampil dan menyokong saya secara terbuka, bukan dengan berdolak-dalik tetapi bertemu saya atau menyokong apa yang saya buat," katanya.
Katanya beliau kecewa kerana Anwar tidak menyatakan sokongan tersebut tetapi menggunakan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli untuk menyampaikan perkara itu.
Tambahnya, beliau tidak begitu menghargai tindakan Anwar yang ditunjukkan seperti itu.
Deepak mengakui bahawa beliau telah bertemu dengan Anwar pada malam sebelum beliau hadir ke mahkamah sebalum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan