Gaji minimum 2013 :
Akhirnya bermula semalam, 3 juta kakitangan swasta termasuklah pekerja
asing dalam pelbagai sektor akan menerima gaji minimum yang bermula
semalam iaitu 1 Januari 2013 melibatkan 500,000 majikan di Malaysia
untuk melaksanakan dasar gaji minimum. Adakah majikan anda turut
terlibat sama?
Ini kerana daripada 4,200 ada cuba untuk menghantar permohonan penangguhan pemberikan gaji minimum 2013 tetapi hanya 632 syarikat diluluskan.
- Itu pun hanya sehingga April 2013 sahaja dibenarkan penangguhan atas faktor kewangan.
- Majikan yang membayar gaji lima pekerja atau kurang juga diberi penangguhan hingga 1 Julai 2013 ini
Kadar
gaji minimum yang ditetapkan ialah RM900 sebulan atau RM4.33 sejam di
Semenanjung Malaysia, manakala RM800 sebulan atau RM3.85 sejam di
Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Dengan adanya dasar gaji minimum yang
akan dikaji setiap 2 tahun, diharapkan pada masa akan datang kakitangan
swasta di Borneo diberikan hak sama rata dengan kakitangan swasta di
Semenanjung Malaysia. Ditambah dengan realiti harga barang yang berlaku di Borneo kecuali bahan mentah agak mahal berbanding harga di Semenanjung Malaysia. Taraf hidup tinggi, tetapi pendapatan rakyat Sabah & Sarawak masih lagi rendah.
Contoh paling mudah, lihat harga barang keperluan rata-rata ada tertulis harga yang berbeza antara “east malaysia” dan ”west malaysia”, yang mana lebih tinggi? Barang keperluan ini ertinya yang diperlukan oleh orang ramai.
Diharapkan pihak berwajib memandang isu
ini dengan serius. Bagi mengelakkan tanggapan diskriminisi terhadap
kakitangan swasta yang bekerja di Sabah dan Sarawak..
Satu lagi, untuk apa dasar gaji minimum ini meliputi pekerja asing sekali? Sepatutnya, ok ini hanya cadangan daripada kami :
- Naikkan cukai pendapatan pekerja asing kepada 35%
- Ketatkan syarat pengambilan pekerja asing
- Terhadkan masa kerja pekerja asing dari tempoh 2 tahun kepada 1 tahun 6 bulan sahaja
Apabila kerajaan Malaysia menaikkan gaji
minimum untuk warga tempatan, rakyat kita sendiri sekaligus ia
sebenarnya memberikan satu galakan kepada pekerja tempatan untuk
menceburi bidang perkilangan contohnya. Dan majikan akan tiada pilihan
dan akhinrya membuka kuota jawatan lebih kepada warga tempatan. Kami beranggapan adalah lebih baik kerjaan kaji semula dasar gaji minimum untuk orang asing.
“Di Singapore, kalau tidak silap kami cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan Singapore sangatlah tinggi untuk setiap pekerja asing iaitu sekitar $150 setiap bulan. Sebab itulah hanya orang kaya-kaya sahaja yang menggunapakai pembantu rumah”
Akhir sekali sekali kepada pihak
majikan, dengan pelaksanaan gaji minimum ini diharapkan tidak timbul
situasi seperti di bawah ini :
- Gaji RM900 dan majikan dibenarkan potong @ kurangkan semua elaun & OT sudah tiada lagi atau dikurangkan.
- Yang managaji lebih RM900 paling tinggi majikan akan naik sehingga 10%. Contohnya, seperti kerja kilang yang mana ada 2 syif majikan boleh buat tiga syif. Siapa untung?
Dan
memang sepatutnya, pelarasan gaji minimum ini kena ikut kewangan
syarikat. Jikalau syarikat kecil tidak perlu sebenarnya untuk permulaan
ini. Maksud kami, keuntungan syarikat berpuluh juta @ ratus juta ringgit
tetapi gaji pekerja mereka sangat kecil. Itu minda kapitalis & ini yang seharusnya perlu diperbetulkan. Syarikat besar yang perlu difokuskan terlebih dahulu.
P/S : Walaubagaimanapun, ia satu permulaan yang baik daripada pihak kerajaan untuk melaksanakan dasar gaji minimum 2013 di Malaysia. Cuma masih ada lagi ruang untuk penambaikan di masa akan datang. Apa kata anda pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan