Oleh Huzir Sulaiman
Lajnah Perumahan, Pengguna Dan Alam Sekitar PAS Pahang (LPPAS) mempertikaikan sikap hipokrit
Umno/BN dalam aspek pengurusan hutan negara apabila mereka sendiri
yang bertanggungjawab mengheret Malaysia ke kedudukan ketiga tercorot
dunia berbanding 132 buah negara.
Perkara ini seperti yang tercatat dalam Laporan Indeks Prestasi Alam Sekitar Dunia yang diterbitkan Universiti Yale Amerika Syarikat baru-baru ini.
Malah laporan tersebut juga menggambarkan betapa teruknya prestasi
Negara selama sedekad ini (2002-2012) dalam mengurangkan kesan kepada
Daya Tahan Ekosistem dan Sumber Asli Negara.
Memetik kenyataan Pengerusi LPPAS PAS Pahang Andansura Rabu, Umno/BN
sudah kehabisan modal politik sehingga sanggup menuduh Kedah dan
Kelantan, sedangkan pada hakikatnya, merekalah yang sebenarnya gagal
menguruskan hutan di negeri yang ditadbir mereka sendiri dengan baik.
Seperti juga isu air, mereka menghentam Kelantan dan Selangor tetapi
pada hakikatnya di Pahang sendiri krisis air masih tak selesai-selesai,
merujuk kepada memorandum yang diserahkan wakil PAS negeri kepeada
menteri besar Pahang baru-baru ini.
Di Pahang
sendiri, kita boleh lihat banyak penerokaan hutan yang gagal diuruskan
dengan baik, contohnya di Hutan Simpan Kemasul (sebelah Felda Kemasul,
Kg Cemomoi Mancis) yang melibatkan kawasan seluas 3000 hektar, Projek
Empangan Kelau yang melibatkan 1057 hektar Hutan Simpan Lakum, Mukim
Hulu Lepar di Kuantan, manakala Hutan Simpan Tekai, Kg Bantal dan Kg Mat
Daling yang melibatkan 700 hektar kawasan hutan.
Tidak ketinggalan juga kawasan pelancongan di negeri itu khususnya di Mukim Hulu Jelai Cameron Highlands dan di Tasik Chini.
Tidak ketinggalan juga kawasan pelancongan di negeri itu khususnya di Mukim Hulu Jelai Cameron Highlands dan di Tasik Chini.
Bukan sahaja pencemaran kepada alam sekitar akibat penerokaan hutan
yang tidak terkawal ini serta kelemahan aspek penanaman semula hutan,
kehidupan masyarakat Orang Asli juga terjejas.
Andansura
berharap Umno/BN khususnya kerajaan persekutuan dan di negeri-negeri
yang ditadbir mereka tidak hipokrit dalam isu ini kerana lebih banyak
pendedahan penyelewengan pengurusan hutan di bawah Umno/BN akan
didedahkan selepas ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan