KUALA LUMPUR — Lebuhraya Pantai Barat, yang panjangnya 233 kilometer menghubungkan utara Taiping ke Banting akan mengubah haluan penswastaan lebuh raya, menurut laporan akhbar perniagaan mingguan.
Tidak menyebut nama pakar industri tersebut, akhbar perniagaan mingguan The Edge melaporkan West Coast Expressway Sdn Bhd (WCESB) telah bersetuju dengan Putrajaya untuk menamatkan konsesi perjanjian mengutip tol walaupun sebelum 60 tahun yang dijanjikan.
"Jika sekiranya lebuhraya itu berjaya mendapat pulangan pada tahun ke-50, konsesi itu akan tamat dan diberikan semula kepada kerajaan," kata eksekutif kewangan yang mengetahui perjanjian tersebut memberitahu akhbar tersebut.
Selain dari penamatan klausa awal, syarat kontrak perjanjian juga boleh dikaji semula bagi pihak kerajaan, menurut laporan akhbar tersebut, dan berdasarkan mekanisme perkongsian keuntungan dan membuang tiga peratus subsidi faedah dari pinjaman komersil selama 22 tahun.
"Kerajaan sudah melihat jangkaan trafik yang akan diterima dalam projek WCESB terlalu rendah, dan beginilah keuntungan boleh diperolehi. Jika trafik melebihi jangkaan, kerajaan yang mendapat untung," kata eksekutif tersebut yang dipetik dari akhbar The Edge.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan