HALAMAN SANTAI

Ahad, 6 Januari 2013

NGO lancar kempen ‘Pertahankan Taman Merdeka Negara’

Aedi Asri

KUALA LUMPUR : Pertubuhan Pertahankan Taman Merdeka Negara (PTMN) berikrar untuk berjuang hingga perancangan kerajaan Umno BN membina Menara Warisan 118 tingkat di Taman Merdeka Negara dibatal.

“Kita berhimpun menyatakan bantahan kita, tidak suka kepada pembinaan menara 118 tingkat yang akan jahanamkan warisan kemerdekaan negara.

“Kita akan teruskan perjuangan hingga dibatalkan pembinaan menara ini,” kata Pengerusinya, Ishak Surin pada majlis perlancaran kempen ‘Pertahankan Taman Merdeka Negara’ malam tadi.



Program itu berlangsung di perkarangan Stadium Chin Woo, Jalan Hang Jebat dan dihadiri lebih 200 orang.

Majlis diserikan dengan persembahan deklamasi puisi oleh Rahmat Haron, persembahan muzik, Nik Jidan serta Alang dan Anand dan tarian kebudayaan India dari penduduk Kampung Railway Sentul.

Menyeru orang ramai bersama-sama berusaha menghalang pembinaan menara itu, Ishak merasmikan kempen dengan meruntuhkan replika menara yang dibina dengan kad petisyen sebagai simbolik.

Kad itu kemudian diagih kepada hadirin untuk ditandatangani sebelum dihantar kembali bagi mengumpulkan bantahan.

Pada Bajet 2012, Perdana Menteri mengumumkan pembinaan Warisan Merdeka bernilai RM5 billion dalam 3 fasa selama 10 tahun bermula dengan menara setinggi 118 tingkat di Taman Merdeka Negara.

Projek itu  itu dikhuatiri mengancam binaan bersejarah di sekitarnya seperti Stadium Merdeka dan Taman Merdeka Negara.

Mereka kemudian berarak ke perkarangan Stadium Merdeka sebelum Pak A Samad Said mendeklamasi puisi bertajuk ‘Senandung Rumah Pusaka’ yang dikarang khas sempena majlis ini.

*** Gambar oleh Abah Anas

Tiada ulasan: