HALAMAN SANTAI

Khamis, 3 Januari 2013

Perantau sokong Terengganu tuntut Bertam PM307

 
Setiausaha Perantau, Shuhaimi Embong kawasan minyak itu adalah milik Terengganu.



KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) menyokong tindakan kerajaan Terengganu menuntut hak kedaulatan di  kawasan medan minyak yang baru di Blok PM 307 Bertam yang terletak dfi antara persisiran pantai antara Terengganu dan Pahang.

Setiausaha Perantau,  Shuhaimi Embong kawasan minyak itu adalah milik Terengganu.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini, dilaporkan turut mengesahkan minyak itu milik Terengganui.

“Kita menerima surat dari syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan (dengan kerjasama Petronas Carigali) mengesahkan bahawa ia adalah di kawasan perairan Terengganu,” katanya.

Sementara, Pengerusi ‘Bertam Hok Ganukite’, Dr Syed Azman Syed Ahmad dalam kenyataannya Sabtu lalu berkata, rakyat Terengganu di Kuala Lumpur akan menyerahkan memo tuntutan kepada Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan  bagi menuntut telaga minyak Bertam diserahkan kepada Terengganu.
Memo akan diserahka di Menara Kembar Petronas, KLCC esok.

Shuhaimi berkata, Perantau menyokong cadangan menghantar memo tersebut kepada Pengerusi Petronas tetapi bukan esok sebaliknya pada  Jumaat depan.

Beliau meminta anak-anak Terengganu di perantauan khususnya yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor melupakan perbezaan pandangan politik dan parti tetapi bersama-sama menyokong tuntutan ini demi mempertahankan hak dan maruah kedaulatan wilayah negeri Terengganu.

Tiada ulasan: