Editor Buletin
Agensi berita Xinhua News semalam melaporkan bahawa lelaki berusia 31 tahun yang memiliki nama keluarga 'Pyo' itu akan menjalani hukuman penjara selama 15 tahun dan diberikan perubatan yang menyekat rangsangan seksnya.
Pyo, yang disifatkan oleh mahkamah berkenaan sebagai "kurang berupaya mengawal dirinya" itu, telah didakwa merogol lima remaja antara November 2011 dengan Mei tahun lalu.
Dia mengancam untuk menyebarkan rakaman video aksi seksnya itu dalam talian.
"Perubatan itu akan membantu mengurangkan fantasi dan rangsangan seksual defendan yang keterlaluan," kata mahkamah tersebut semasa menyampaikan keputusannya.
Rekod jenayah Pyo, seorang pelayan bar, akan kekal tercatat bagi tempoh 10 tahun akan datang.
Para pengkritik hukuman itu mendakwa bahawa penggunaan kimia bagi tujuan pengembirian melanggar hak asasi para pesalah seks. - Agensi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan