HALAMAN SANTAI

Selasa, 8 Januari 2013

Ribut Sonamu: Solat Hajat, doa elak musibah kata Mufti

Wartawan Sinar Harian

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman
 
KUANTAN – Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu bimbang dengan laporan ramalan ribut tropika Sonamu hingga menjejaskan diri sendiri.

Menurutnya, cara terbaik ialah melakukan solat Hajat dan berdoa bagi mengelak musibah itu berlaku.

“Apa yang diramal tidak semestinya akan menjadi kenyataan dan orang ramai tidak perlu menjadikannya sebagai satu ketakutan yang besar” katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata, ramalan berkenaan menggunakan sistem dan fakta supaya menjadi panduan kepada orang ramai namun semua tragedi yang berlaku adalah ketentuan ALLAH SWT.

“Di Pahang kita sudah bersiap sedia awal dan solat Hajat sudah pun dijalankan selepas menerima titah Sultan Ahmad Shah. Kita mohon kepada semua untuk berdoa bagi menolak bencana alam seperti ini,” katanya.

Ramalan Ribut Tropika Sonamu yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia berlaku bermula hari ini hingga Jumaat ini menimbulkan rasa bimbang kepada orang ramai terutamanya  nelayan dan penduduk di Pantai Timur.

Tiada ulasan: