MALAYSIA KINI
Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan menjadi sumber kebocoran
keputusan saringan awal bakal calon pilihan raya.
Ia mengulas laporan akhbar Sinar Harian semalam,
yang memetik sumber-sumber, bahawa dua menteri, seorang menteri besar
dan seorang ketua menteri gagal dalam saringan SPRM.
Parti yang
mereka wakili tidak dinyatakan tetapi dikatakan calon BN kerana Pakatan
Rakyat enggan mengemukakan senarai calon mereka untuk disaring SPRM.
Berita Harian
melaporkan bahawa SPRM menegaskan bahawa saringan mana-mana calon
termasuk menteri besar, ketua menteri atau kepimpinan tertinggi
parti-parti, tidak pernah didedahkan kepada sesiapa kecuali parti-parti
yang meminta saringan tersebut dibuat.
Suruhanjaya itu juga
menolak dakwaan keputusan saringan tersebut, dengan menyatakan bahawa
proses itu masih berterusan, lapor akhbar tersebut.
SPRM menambah
bahawa keputusan saringan itu tidak terikat di segi undang-undang dan
terserah kepada parti-parti politik untuk memilih calon mereka
berdasarkan hasil saringan tersebut.
1 ulasan:
kakitangan SPRM tu sapa.manusia juga kan.jadi apa nak hairan kalau apapun laporan siasatan boleh bocor.
Catat Ulasan