HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Februari 2013

“Ini projek IC Mahathir, takkan ditangkap”

KEADILAN DAILY

PETALING JAYA :  Bekas tahanan ISA, Siti Aminah Mahmud diberi jaminan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun bahawa mereka yang terlibat dalam projek IC segera Sabah tidak akan ditangkap.

“Mula-mula saya takut ditangkap. Saya kata ini salah.Tapi Datu Mustafa kata projek ini diketuai oleh Dr Mahathir sendiri,(Tan Seri) Megat Junid. dan Aziz Shamsuddin.Takkan ditangkap,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini.


Siti_Aminah

Siti turut diberitahu Datu Mustafa, bekas pemimpin Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) itu akan dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Sabah sekiranya menang dalam pemilihan Umno.

“Kita ada dengar dalam taklimat, di pejabat Umno di Simbulan pada awal tahun 1990-an dulu,” katanya.
Siti Aminah ditahan dibawah ISA pada 20 September 1995 selama 60 hari di Johor sebelum disambung perintah tahanan selama dua tahun di Kem Kamunting.

Menurut Siti, pertuduhan dan sebab penanan ISA keatasnya adalah kerana memalsukan kad pengenalan, bersubahat dengan pegawai Jabatan Pendaftarn Negara (JPN) dan memalsukan borang JPN.

“Saya ditahan di Bukit Aman. Megat Junid menandatangani surat dan melanjutkan penahanan saya. Sedangkan saya tak pernah tengok dimana IC palsu dibuat…dan borang JPN diambil di pejabat Umno di Simbulan,” dedah Siti.

Siti memaklumkan, kad pengenalan tersebut boleh dikenalpasti melalui kod khas di bahagian belakang dokumen tersebut

.Madey

“Kod IC projek Mahathir ialah 04 dan 05. Kod ada di belakang kad pengenalan dan horang JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) boleh tahu,” katanya.

Tambah Siti, ada antara mereka yang terlibat dengan prjek IC segera Sabah menjadi jutawan, berbanding dirinya yang hanya dibiaya tambang perjalanan hingga tiket perjalanan ‘penuh satu beg plastik’
“Bila diingat semula, sanat menyakitkan hari,” kata Siti.

Pengganti Saifuddin di Machang Sudah Ada?

MSO

Teka-teka mengenai kedudukan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sudah terjawab malam tadi apabila Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim mengumumkan ahli parlimen Machang itu akan bertanding di kerusi  Kulim - Bandar Baru di Kedah dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini bermakna Saifuddin sah meninggalkan Kelantan dan akan berpindah kerusi ke negeri asalnya Kedah.

Menjelaskan perpindahan itu di Machang malam tadi Anwar mengatakan ia atas permintaan rakyat bukannya kerana apa-apa masalah di sebaliknya. Pemilihan Saifuddin bertanding di Kulim - Baru Baru juga sebagai mengembalikan keyakinan rakyat kepada PKR. Saifuddiin adalah antara empat orang bukan anak Kelantan yang bertanding di Kelantan dalam pilihan raya umum lalu.

Tiga dari mereka ialah bekas timbalan presiden PAS alias "orang itu" di Bachok, Dr Mohad Hatta Ramli di Kuala Krai dan Salahudin Ayub di Kubang Kerian.

Pengumuman mengenai kedudukan Saifuddin itu juga menjawab siapakah yang bakal bertanding di kerusi parlimen Machang. Sebelum ini terdengar desas desus mengatakan kerusi Machang yang diperuntukan kepada PKR akan ditukar dengan kerusi Bachok yang diberikan kepada PAS. Alasan pertukaran ialah kerana PKR tidak ada calon berwibawa di Machang manakala PAS pula bermasalah untuk mencari calon yang boleh berdepan dengan Awang Adek Hussein, seorang timbalan menteri.

Bekas ketua pemuda Umno Kelantan, Zaiyadi Awang Noh disebut-sebut sebagai orang yang layak untuk berhadapan dengan Awang Adek memandangkan dia mempunyai keluarga besar. Bagaimana pun Zaiyadi dilihat masih sayangkan Umno untuk menyertai mana-mana parti Pakatan Rakyat dan dia juga tidak terdesak untuk menjadi calon.

Kalau Machang diserahkan kepada PAS, Adun Pulai Chondong Zulkefli Mamat dikatakan akan menerusi tugas dan tanggungjawab Saifuddin bagi mempertahankan kerusi Machang. Zulkefli disebut-sebut akan meninggalkan kerusi Pulai Chondong yang sudah dipegang selama dua penggal setengah.

Tampaknya 'projek pertukaran' itu tidak menjadi kenyataan. Walaupun Anwar tidak mengumumkan calon sesuai untuk diletak di Machang, tetapi saya difahamkan sudah ada seorang tokoh pendidik asal anak Labok Machang dikatakan sudah dikenal pasti akan diletak bertanding di situ menggantikan Saifuddin. Kerusi Bachok pula diserahkan kepada PAS bagi menentukan calon untuk mengganti "orang itu" yang sudah dijelaskan Mursyidul Am Pas sudah tidak ada dalam senarai calon PAS.

Kemungkinan ini bakal menjadi kenyataan apabila malam tadi Zaiyadi Awang Noh yang disebut-sebut akan mengumumkan diri keluar Umno semasa ceramah Anwar Ibrahim di Ketereh tidak menjadi kenyataan. Dalam perkembangan lain Zaiyadi dikatakan sudah mengisi borang keahlian PKR tetapi sengaja tidak diumumkan?

Calon yang akan diletakkan di Machang khabarnya sudah mendapat restu Anwar Ibrahim. Calon berkenaan juga mendapat 'lambaian' dan sokongan padu dari PAS Machang. Manakala calon PAS di Bachok pula nama Ariffin Mahmod terus disebut-sebut bagi berhadapan dengan Awang Adek Hussein. Nama Ariffin lebih popular dari nama Zaiyadi Awang Noh.

Nama Ariffin disebut bersama dua nama lain, bekas MP Bachok Wan Nik Wan Yusuf dan Adun Tawang Hasan Mahmod. Omar Mohamad walaupun dikatakan juga layak tetapi beliau tidak akan dicalonkan lagi kerana sudah terlalu usang.

Panas: Ustaz Azhar dikerumuni pelumba LTdL 2013

http://kerabubersuara.blogspot.com,

Panas! Ustaz Azhar Dikerumuni Pelumba Basikal LTDL 2013 Edisi Kuantan

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/555117_517498674960518_826424676_n.jpg

Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus

Biarkan gambar berbicara.

UAI dikerumuni oleh peminat2nya semasa melawat LTDL edisi Kuantan semalam. Mat Saleh pun minat UAI juga. Semoga Allah memberikan mereka hidayah Islam juga nanti. Insya Allah. Amin

Manifesto Rakyat: Mahathir guna jawapan fotostat

Abdul Aziz Mustafa,


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar tidak terkejut apabila Tun Dr Mahathir Mohamad tidak malu menggunakan ‘jawapan fotostat’ untuk mempertikai Manifesto Rakyat.
"Dah tak ada hujah yang masuk akal nak guna untuk sanggah manifesto kita, guna jawapan fotostat pun Dr Mahathir tak malu dah," katanya.

Mahfuz menyifatkan dakwaan Dr Mahathir bahawa manifesto Pakatan Rakyat (PR) itu boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis sebagai jawapan fotostat.

"Kita dah agak dari awal lagi mereka akan fotostat hujah kitar semula itu untuk menolak Manifesto Rakyat.

"Saya difahamkan, tak sampai sembilan jam selepas diumumkan media-media Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan penuh histeria meratib-ratib perkataan bankrap dan muflis," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Isnin lalu, PR melancarkan Manifesto Rakyat dengan tema 'Pakatan Harapan Rakyat' di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Dua hari selepas itu, PR mencabar BN untuk mengadakan debat terbuka mengenai keupayaan manifesto Pakatan Harapan Rakyat yang diumumkan gabungan tersebut.

Setakat berita ini ditulis, tidak ada laporan yang menyatakan BN menyambut cabaran berdebat itu.

Mampat sokong gesa MB T'ganu bercuti panjang

Harakahdaily,


KUALA TERENGGANU: Penasihat Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ibrahim Sultan Ismail (gambar) menyokong cadangan Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (Perantau) yang meminta Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bercuti panjang sementara dakwaan ke atasnya disiasat.

"Sudah lama kita ingin mencadangkan Ahmad Said 'bercuti' dari tugas sebagai Menteri Besar setelah berbagai dakwaan 'salah laku' dihadapkan kepada pentabirannya.

“Jika beliau berdegil, saya akan membuat siri-siri pendedahan salah lakunya untuk diketahui rakyat umum," kata bapa saudara kepada Sultan Terengganu itu ketika dikunjungi Harakahdaily.

Beliau yang mengesahkan untuk hadir dalam Himpunan Anak-anak Terengganu di Perantauan 2013 (HAT13) pada 3 Mac ini di Shah Alam akan mencadangkan sebuah sekretariat rakyat prihatin untuk menerima aduan dan menyiasat salah laku Ahmad segera dibentuk untuk membincangkan isu berkenaan dan lain-lain berkaitan serta prestasi pentadbiran Menteri Besar itu.

Setiausaha Perantau, Shuhaimi Embong dalam satu kenyataan mencadangkan Ahmad bercuti panjang ekoran pendedahan Dr Syed Azman Syed Ahmad, Penolong Setiausaha Agung PAS dan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR berhubung dakwaan penganugerahan balak kepada 12 syarikat baru-baru ini yang perlu disiasat.

Sementara itu, Dr Syed Azman yang juga Adun Batu Burok memaklumkan satu laporan dan serahan dokumen kes 'rasuah dan salah laku' pentadbiran Menteri Besar Terengganu dalam pengurusan pembalakan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diadakan di Kuala Terengganu hari ini.

Jambatan sedang dibina di Selangor Science Park 2 runtuh

SINAR HARIAN

PUTRAJAYA - Sebuah jambatan yang masih dalam pembinaan di Selangor Science Park 2 Interchange, antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya / Cyberjaya di Lingkaran Putrajaya runtuh di sini hari ini.

Walau bagaimanapun tiada laporan kemalangan jiwa kerana jambatan tersebut masih ditutup untuk kegunaan awam, kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkata jambatan yang runtuh itu merupakan lebuh raya sambungan ke Putrajaya dan ia di bawah kawal selia PKNS.

Difahamkan kejadian itu berlaku pada 1 tengah hari dan ia tidak mengganggu sebarang lalu lintas. - Bernama

Wan Ahmad: Saya tak memihak BN atau Umno

ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar
 
SHAH ALAM – Mana-mana parti politik diingatkan agar tidak mengaitkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kempen politik mereka kerana ia satu tindakan tidak bertanggungjawab.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, SPR mahu memberi pekhidmatan yang baik untuk rakyat mengundi demik hak sama rata kepada semua orang yang bertanding.

“Saya merayu parti politik jangan kaitan SPR dalam berkempen. Kita mahu satu pilihan raya yang bebas dan adil.

“SPR tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum. SPR menguruskan pilihan raya, jangan campur adukkan urusan pilihan raya dengan berkempen, kalau mereka buat begitu nampak sangat mereka tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati undnag-undang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan taklimat Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya di sini, hari ini.

Menurut beliau, SPR telah sedaya upaya memberi yang terbaik dan memenuhi tuntutan-tuntutan yang dibuat banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Bersih 2.0.

“Apa lagi tuntutannya? Tuntutan lain tiada kaitan dengan SPR, politik kotor, memperkasakan institutsi  awam ke tiada kaitan dgn SPR,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai dakwaan yang beliau cenderung kepada Umno-BN, Wan Ahmad berkata, itu hanya tanggapan liar kerana setiap kenyataannya adalah untuk melindungi SPR.

“Saya bercakap benda yang betul, tengok kenyataan saya berlandaskan undnag-undang dan peraturan kerana saya lama dalam SPR. Siapa yang langgar undang-undang dia terasa pedas.

“Yang langgar undang-undnag dan kritik SPR siapa? Saya jawab dan pertahankan SPR, bukan saya cenderung dengan mana-mana parti politik, sebagai seorang pengundi saya berhak. Tetapi sebagai Timbalan Pengerusi SPR saya menjelaskan undang-undang dan peraturan tidak ada niat dan kaitan untuk menghentam atau menuju mana-mana sasaran,” katanya.

Tambah beliau, dakwaan demikian hanya datang daripada orang yang melanggar peraturan.

“Saya faham kerja saya, sebab itu kita berjumpa dengan parti politik dan berjumpa pelbagai NGO termasuk Bersih.

“Tetapi mereka bercakap benda yang sama. Kita beri taklimat di Parlimen, menjawab tuduhan mereka. Kita pilih Parlimen agar mereka senang datang kalau jemput di tempat lain, mungkin mereka tak datang. Tetapi yang datang dari pembangkang adalah dalam 20 orang.

“Tetapi sampai masa mereka berkempen benda yang sama, daftar pemilih kotorlah, dan saya mesra Umnolah,” jelas beliau.

Sementarara itu, SPR turut mengingatkan kepada pengundi untuk terlebih dahulu memahami peraturan mengundi dan mendengar arahan petugas SPR yang ada di tempat mengundi.

“Kita tidak mahu ada pengundi yang cuba mencetuskan masalah di tempat mengundi. Ini penting kerana proses pengundian mesti berjalan lancar tanpa diganggu oleh sesiapa.

“Ketua tempat mengundi orang paling berkuasa di dalam tempat mengundi. Tanggungjawab ketua tempat mengundi untuk membantu rakyat yang berhak dapat mengundi,” katanya.

Ketika ditanya adakah peringatan itu dibuat kerana pihaknya mengesyaki akan berlaku kekecohan dalam PRU13, beliau berkata, peringatan itu dibuat sebagai persediaan awal kepada semua pihak terutamanya SPR agar dapat mengawal segala keadaan dengan tenang.

“Saya buat andaian kerana takut nanti pegawai kita tidak menduga, nanti ada masalah. Seramai 13.3 juta yang berdaftar sebagai pengundi, ada di antara mereka tidak faham peraturan dan mungkin ada pihak cuba buat begitu.

“Orang itu mungkin ada tujuan tertentu, ini politik ada pelbagai bahasa dan lenggok. Oleh itu, dengarlah cakap SPR, agar semua berjalan dengan baik, jika ada yang tidak mematuhi arahan SPR, tidak ada pilihan melalui ketua tempat mengundi akan meminta mereka keluar dari tempat mengundi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memberitahu yang akan memfailkan saman terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan akhbar Harakah di atas satu laporan yang memburukkan nama baiknya.

“Saya sudah baca butirannya, peguam saya akan urusan. Dia (Mohamad) fitnah saya, terang-terang dia fitnah saya.  Orang yang tanpa usul periksa, kalau dia semak sedikit dia tidak celupar begitu, niat saya hanya untuk membersihkan nama saya, tiada kaitan dengan SPR,” katanya.

Air percuma: 1.3 juta rakyat S'gor dapat jimat RM1,200

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: Menurut Laporan Jawatankuasa Pemantauan Air Selangor yang dikeluarkan baru-baru ini, lebih 1.3 juta rakyat negeri itu telah dapat menjimatkan perbelanjaan mereka sehingga RM1,200 sejak kerajaan negeri memperkenal Skim 20 meter padu Air Percuma.

Selain itu, bagi pengguna biasa yang tidak mendapat skim air percuma pula, mereka juga mendapat penjimatan sebanyak RM875 untuk tempoh lima tahun akan datang.

Ini kerana, mereka masih membayar tarif air pada kadar rendah selepas Kerajaan Selangor menyekat kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Pada waktu ini, kos bagi 20 meter padu adalah RM11.40 namun sekiranya Syabas dibenarkan menaikkan tarif air, kos air untuk satu isi rumah mulai Januari 2013 adalah RM18.80 untuk 20 meter padu.

Menurut Selangorku, skim yang diperkenal Pakatan Rakyat selepas menang di Selangor pada 2008 itu juga, telah menyebabkan kadar penggunaan tahunan air di negeri itu turun mendadak.

Daripada tahap penggunaan 35 meter padu untuk satu sambungan pada 2007, penggunaan air telah menurun sebanyak 32.8 meter padu untuk setiap sambungan pada 2011.

Setiap sambungan merujuk kepada bekalan air bermeter yang disambungkan ke premis pengguna domestik.

Penurunan penggunaan sebanyak 2.2 metre padu sebulan itu telah menyangkal kritikan sebelum ini bahawa skim air percuma akan membawa kepada pembaziran.

Laporan jawatankuasa itu digubal menggunakan data Panduan Industri Air Malaysia (MWIG) 2009, 2011 dan 2012 yang diperakui oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Menurut data MWIG pada tahun 2008, penggunaan per sambungan sebulan adalah 34.8 meter padu berbanding dengan 2007 iaitu 35 metre padu.

Selepas 2008 trend menunjukkan penurunan kepada 34.5 meter padu (2009), 34.0m.padu (2010) dan 32.8m.padu (2011).

‘500,000 pendatang terima IC biru atas arahan Mustapha Harun’

TERKINI
Oleh Boo Su Lyn dan Emily Ding

 Siti Aminah berkata dia bersama ahli Umno yg lain bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan ketua kampung untuk mengeluarkan 500,000 IC biru kepada pendatang Filipina dan Indonesia pada 1990 ke 1994.  PETALING JAYA – Bekas ahli Umno mendakwa kira-kira 500,000 kad pengenalan biru (IC) diberikan kepada pendatang dari Filipina dan Indonesia di Sabah sekitar awal 1990an atas arahan Ketua Umno Sabah ketika itu,Tun Datu Mustapha Harun.

Siti Aminah Mahmud, yang bekerja secara sukarela di Pejabat Umno di Kota Kinabalu hari ini berkata, Mustapha, yang menjawat jawatan ketua menteri pada 1967 hingga 1975, berkata kepadanya, IC berkenaan diberikan untuk menyingkirkan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS).

“Datu Mustapha kata ini projek (Tun) Dr Mahathir (Mohamad). Jangan takut kena tangkap,” kata Siti Aminah ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, merujuk kepada perbincangan Mustapha kepadanya dan juga ahli Umno di Kota Kinabalu pada 1990.

“Datu Mustapha kata ia untuk meningkatkan pengundi Melayu untuk menjatuhkan PBS,” kata wanita berusia 62 tahun itu lagi.

Jelas Siti Aminah, dia bersama ahli Umno yg lain bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan ketua kampung untuk mengeluarkan 500,000 IC biru kepada pendatang Filipina dan Indonesia pada 1990 ke 1994 di beberapa kawasan di Sabah, termasuk Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Kota Kinabalu, dan Semporna.

Tambahnya, dia ditahan di bawah Akta Dalam Negeri (ISA) pada 1995 hingga 1997 kerana didakwa mengeluarkan IC palsu dan memalsukan dokumen JPN.

Pilihan Raya Negeri Sabah pada 1994 menyaksikan PBS hanya memenangi 25 daripada 48 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Namun beberapa wakil rakyat PBS kemudiannya menyertai Barisan Nasional (BN) menyebabkan kerajaan itu tumbang.

Mustapha, yang merupakan pengasas parti  United Sabah National Organisation (USNO), dianggap sebagai parti bapa kemerdekaan Sabah kerana rundingan berkenaan kebebasan negeri tersebut pada 1963, sebelum meninggal dunia pada 1995 ketika berumur 76 tahun.

USNO menyertai Berjaya, diketuai bekas Ketua Menteri Sabah  Tan Sri Harris Salleh untuk membentuk Umno Sabah selepas PBS menewaskan Berjaya pada 1990.

Dr Mahathir, perdana menteri paling lama berkhidmat sejak 1981 hingga 2003 dituduh menjadi dalang kepada skandal "Projek IC", yang mana kerakyatan didakwa diberikan kepada pendatang asing untuk membolehkan mereka mengundi.

Beliau pada sidang media bulan lalu mengakui pendatang di Sabah diberikan kerakyatan, namun menegaskan ianya dilakukan mengikut "prinsip undang-undang."

Harris, yang mentadbir negeri tersebut sejak 1976 hingga 1985 bagaimanapun membuat penafian ketika Inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing di Sabah dalam "Projek IC".

Lebih sat suku daripada populasi di Sabah adalah pendatang asing, sekitar 889,000 daripada 3.2 juta populasi keseluruhan di Sabah, atau 28 peratus, berdasarkan bancian pada 2010.

Sabah mempunyai 926,638 pengundi berdaftar, berdasarkan laporan akhbar The Star pada Jun lalu.
Siti Aminah berkata, satu no kad pengenalan akan dikeluarkan kepada 20 hingga 30 orang.
"Satu alamat digunakan 20 orang," katanya.

"Di satu-satu kawasan, akan ada ketua yang akan menghimpunkan orang ramai. Bila kami tiba, kami akan dapatkan nama mereka. Kami tidak bertanyakan agama mereka. Kami hanya melihat jika mereka mempunyai nama Muslim. Jika tidak, kami akan menukarkannya, dan mengambil gambar serta cap ibu jari kemudian menghantarnya ke pejabat Umno," tambahnya.

Kad pengenalan biru itu jelas Siti Aisyah akan diserahkan dalam tempoh sebulan dan dihantar dalam karung kepada ketua kampung.

"Kami akan mengarahkan ketua kampung,'Tok, arahkan penduduk kampung mengundi Umno," katanya.
Siti Aminah, yang kini merupakan ahli PKR berkata beliau tidak mengetahui sekiranya pendatang berkenaan diberikan bayaran untuk IC tersebut.

Pegawai atasan Cawangan Khas Supt Ahmad Fauzan Mohamad dalam testimoninya di RCI minggu lalu berkata sindiket yang melibatkan Pengarah JPN ketika itu mengaut sejumlah RM11 juta daripada penjualan IC kepada pendatang terbabit.

Katanya lagi, tiada seorang pun daripada 94 individu berkenaan, yang ditahan di bawah ISA bermula 1995 hingga 2001 kerana penglibatan mereka dibicarakan di mahkamah.

Siti Aminah berkata lagi, dirinya masih belum dipanggil untuk memberi keterangan dalam RCI.

Beliau turut menegaskan nama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ketika itu timbalan perdana menteri tidak pernah disebut dalam "Projek IC."

"Anwar menentang Datu Mustapha dan Megat Junid dalam Projek IC," katanya.

Siti Aminah berkata, menurut Mustapha, "Projek IC" di bawah Haris diberikan kod "03" dan "04", manakala "05" ketika pemerintahan Dr Mahathir.

Penyelarasan: Anggota ATM kecewa gaji dipotong

MALAYSIA CHRONICLE
 

KUALA LUMPUR- Ramai anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kecewa dengan penyelarasan gaji baru yang dibuat kerajaan sehingga ada di kalangan mereka dipotong gaji RM170 hingga RM200 sebulan.

Difahamkan penyelarasan tersebut dibuat 'senyap-senyap' bermula bulan ini tanpa ada sebarang makluman rasmi dari mana-mana pihak berwajib.

Ianya melibatkan seluruh ATM daripada sistem baru kepada sistem asal sebelum ini.

Seorang anggota yang hanya mahu dikenali sebagai Wan berkata, beliau hanya menyedari perkara itu selepas melihat gaji bulan ini yang dimasukkan pada 25 Februari lalu.

"Saya terkejut bila tengok jumlah gaji saya yang baru masuk berkurangan hampir RM200.

"Sebelum ini saya ada dengar khabar angin kata nak diselaraskan, tetapi tiada hitam putih. Tiba-tiba sekarang sudah dipotong," katanya dengan nada kecewa kepada Harakahdaily.

Menurut Wan, beliau sebelum ini bergaji Peringkat 2 (P2) namun gaji terbarunya kini kembali kepada Peringkat 1 (P1).

Nasib sama juga katanya turut dihadapi ramai lagi rakan-rakannya yang juga bergaji P2 yang lain.
Bahkan, difahamkan juga, selain pemotongan yang bermula bulan ini, gaji yang telah diperolehi hampir setahun dahulu dengan skim P2 itu juga akan dipotong secara berperingkat.

"Sampai sekarang kami tidak tahu apakah sebabnya gaji kami dipotong. Tiada sebarang penjelasan.
"Kami tak tahu nak mengadu kat siapa. Jumalah yang dipotong itu pada kami sangat besar dan menjejaskan pendapatan kami.

"Sekarang ini moral dan semangat kerja kami jatuh teruk," katanya.

Harakahdaily kemudian mendapatkan maklumat daripada Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (Kerabat).

Presidennya, Leftenan Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar ketika dihubungi, turut mengesahkan maklumat tersebut.

"Memang ramai yang mengeluh kerana perbelanjaan bulanan lari, (pemotongan) dibuat secara mengejut dan tergesa-gesa. Mungkin ini pejimatan kepada kerajaan tapi membebankan anggota yang berpangkat rendah.

"Kekurangan RM170 ke RM200 sebulan adalah membebankan khususnya yang tinggal di kawasan bandar. Kerabat mohon kajian dan semak semula penyelarasan ini agar tidak menginaya anggota," katanya.
-Harakahdaily

Lahad Datu: Shura harap elak pertumpahan darah

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) memohon pihak yang menceroboh masuk ke wilayah Malaysia di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah mengelakkan pertumbuhan darah.

Demikian kenyataan bersama Pengerusi Shura, Abdul Ghani Samsudin dan Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid kepada Harakahdaily, hari ini.

Menurut mereka, tuntutan yang diketengahkan seharusnya boleh dirunding dengan aman untuk memungkinkan perhubungan antara umat Islam di rantau ini tidak digugat dengan tindakan yang boleh menimbulkan konflik berpanjangan.

Berikut ialah kenyataan penuh Shura dan Mapim.

Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) memohon pihak yang menceroboh masuk ke wilayah Malaysia di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah mengelakkan pertumbuhan darah.

Tuntutan yang diketengahkan seharusnya boleh dirunding dengan aman untuk memungkinkan perhubungan antara umat Islam di rantau ini tidak digugat dengan tindakan yang boleh menimbulkan konflik berpanjangan.

Kami tidak bermaksud untuk menafikan sebarang fakta sejarah akan tetapi untuk bertindak dengan gerakan bersenjata boleh merumitkan perundingan yang sepatutnya boleh menemukan jalan penyelesaian yang lebih bermanfaat untuk umat.

Kami menyeru kumpulan penceroboh Filipina di Lahad Datu yang berikrar untuk mempertahankan diri harus memahami bahawa perjuangan menuntut hak dalam konteks rantau ini harus mempunyai pandangan yang jauh.

Ketuanya Azzimudie Kiram perlu mengambil jalan tengah untuk memastikan agar sebarang tuntutan dengan bukti sejarah sepatutnya dibincang secara bijak dan berimplikasi jangka panjang.

Pernyataan Azzimudie bahawa mereka tidak berniat untuk bertempur dengan pihak berkuasa Malaysia perlu diberi pertimbangan serius oleh pihak keselamatan Malaysia.

Pernyataan mereka juga yang mempunyai niat untuk hidup dengan aman adalah titik bermula perundingan untuk pihak keselamatan meneruskan lagi perhubungan dengan mereka secara aman.

Pihak keselamatan Malaysia perlu mengambil kira bahawa mereka ada menyatakan mahu bercakap dengan pihak berkuasa Malaysia dengan aman sebelum kembali ke tanah air mereka.

Shura dan Mapim amat serius menanggapi isu ini lantaran sebarang tindakan bersenjata berpotensi untuk mengheret rantau ini ke dalam kancah konflik yang merbahaya.

Kami menyarankan pihak kerajaan Malaysia memahami sejarah penjajahan yang dialami oleh penduduk Islam di Filipina terutama di Mindanao.

Tuntutan yang diketengahkan perlu ditangani dengan adil dan saksama untuk kepentingan semua pihak.

Najib lepas jawatan sekiranya Dr M mahukannya

Written by  Anuar Mohd Nor
Rate this item
(1 Vote)

Tidak akan saya bercerita selagi saya tidak mempercayai sumber-sumbernya dan sekiranya saya lakukan semestinya dalam bentuk persoalan tentang sesuatu isu atau berita yang belum sahih kebenarannya.

Namun kali ini saya ingin bertanya kepada Perdana Menteri Datuk Najib Tun Abdul Razak – adakah benar YAB mengeluarkan kenyataan – bahawa YAB akan melepaskan jawatan sekiranya Tun Mahathir berkehendakkan untuk YAB melepaskan jawatan.

Apa benarkan kenyataan itu – benarkan sekiranya Tun Mahathir Mohamed mahukan Najib melepaskan jawatan maka Najib akan melakukannya. Kenapa sampai begitu dan mengapa sekiranya benar – Tun Mahathir mempunyai sebesar itu kuasa dalam Umno dan dalam kerajaan Malaysia.

Pernah www.umno-reform2.com menulis mengenai broker kuasa dalam Umno dan adakah Tun Mahathir sebenarnya broker kuasa itu. Kenapa sampai PM Malaysia ditentukan. Adakah kerana ahli Umno masih tersekat dalam satu kongkongan masa sehingga tidak dapat melihat dan menilai keperluan hari ini.

Biarkan Dr Mahathir terus dalam legasi yang diciptanya tetapi ahli Umno kena bergerak jauh dari asyik terikat dengan kapsul masa yang dibentuk oleh Dr Mahathir. Itu kalau benar kenyataan Najib Tun Abdul Razak bahawa beliau akan melepaskan jawatan sekiranya Tun Mahathir mahu secara “reverse” Najib mahu memaklumkan bahawa beliau terikat dengan Tun Mahathir dan mahu kita dalam Umno membebaskan Umno dari cengkaman lampau yang lambat laun akan mengikis Umno dari mata rakyat.

Najib perlu bertindak segera dengan berani – tidak sujud pada ugutan dan tidak tunduk pada sesiapa dalam memastikan Malaysia terus maju dan makmur. Namun yang penting bebaskan Umno dari pengarah lama Dr Mahathir – ini zaman baru – kalau benar kenyataan Datuk Najib ini. umno-reform2.com

Penerima BR1M diarah bersumpah undi BN

Aslani M,


BACHOK: Bukan lagi omongan kosong Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan umpan menarik sokongan rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Lebih dahsyat lagi apabila surat akuan bersumpah turut dikempilkan bersama baucer BR1M yang diberi kepada setiap penerima.

Akuan bertulis itu berbunyi “Dengan ini aku bersumpah dan berjanji, Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku akan mengundi BN dalam pilihan raya akan datang, dan saya akan bekerja dan membantu Umno untuk menyatukan umat Islam bersama Umno, bukan untuk berpecah sesama Islam”.

Akuan bersumpah itu diedarkan pada majlis penyampaian BRIM di Sekolah Menengah Beris Panchor baru-baru ini.

Mengulas taktik terdesak Umno Bachok itu Adun Tawang, Hassan Mohamood berkata, pemimpin utama Umno yang bermati-matian mempertahankan BR1M bukan tujuan politik pilihan raya ternyata meleset sama sekali.

Katanya, mereka tidak boleh hendak berdolak dalih lagi kerana apa yang berlaku di bawah jelas membawa mesej politik dengan menggunakan bantuan kerajaan.

“Umno dan BN ternyata sudah benar-benar terdesak sekarang. Mereka hanya dapat mengumpul rakyat di majlis pengagihan BR1M dan mesyuarat PIBG sahaja.

“Tanpa ada program BR1M Umno tidak mampu mengumpulkan orang ramai mendengar ceramah mereka menghentam kerajaan negeri dan PAS.

“Inilah taktik kotor Umno dengan berhempas pulas menggunakan segala kemudahan kerajaan bagi mempertahankan sisa-sisa kuasa,” katanya di sini.

Bagaimanapun beliau menganggap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan akuan sumpah tersebut kerana mereka faham talian hayat Umno berada di penghujung.

Sementara itu pada program penyampaian BR1M di sebuah sekolah di Dun Tawang semalam menyaksikan seorang penerima tiba-tiba pengsan kerana terlalu lama menunggu.

Yaakub Ibrahim dari Kampung Budi berkata, abang iparnya Nik Mahmud Nik Ismail datang awal lagi bagi menerima BR1M disampaikan seorang pemimpin Umno.

Bagaimanapun katanya, kerana terlalu lama diarah menunggu bagi mendengar ceramah politik pemimpin Umno menyebabkan dia jatuh pengsan.

“Nik Mahmud ada penyakit diabetis. Namun kerana terlalu lama menunggu pelbagai kerenah pemimpin Umno sebelum mendapat baucer BR1M menyebabkan dia tidak tahan sehingga terjatuh pengsan.

“Sekarang beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan keadaannya sudah beransur pulih sekarang,” katanya.

Mengapa Mahathir takut sangat Manifesto Rakyat?

Salmiyah Harun,


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad disifatkan takut kepada bayang-bayang sendiri kerana bimbang parti Barisan Nasional menghadapi kekalahan dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, Mahathir kembali berfikir secara tidak rasional apabila faktor-faktor besar yang melanda BN akan menyebabkan parti yang sudah lebih 50 tahun memerintah negara ini, boleh tersungkur dalam PRU13 nanti.

"Dia bekas Perdana Menteri, segala ketirisan, penyelewengan, kerugian Pewaja, MAS, PKFZ di zamannya sehingga menyebabkan puluhan bilion hilang tetapi negara tidak pun bankrap.

"Tanya pada dia (Mahathir) sendiri, apa sebenarnya yang menakutkan beliau sehingga tidak boleh berfikir secara rasional?

"Apakah sebab dia jadi terlalu takut bila nampak tanda-tanda BN akan tewas dalam PRU akan datang," soalnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Salahudin berkata demikian bagi mengulas kenyataan Tun Mahathir yang berkata, Manifesto Pakatan Rakyat boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan yang sangat banyak.

Mahathir yang dilihat agak lantang menjelang pilihan raya ini turut berkata, sebuah kerajaan perlu mempunyai wang untuk mentadbir negara, dan manifesto pembangkang itu dilihat akan mengurangkan pendapatan kerajaan.

Malah Mahathir juga seolah-olah merendahkan kemampuan Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara ini sambil berkata "manifesto ini dibuat oleh pihak yang tidak pernah menjadi kerajaan. Dia tidak tahu kerajaan perlu ada wang, tidak boleh belanja sahaja, dan jika kita lihat manifesto mereka ialah nak kurangkan pendapatan kerajaan dengan kurangkan cukai, tol dan sebagainya".

Isnin, 25 Febuari baru-baru ini, Pakatan Rakyat melancarkan Manifesto Rakyat dengan tema 'Pakatan Harapan Rakyat' di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Isu royalti: Anwar setuju pinda manifesto

MALAYSIA CHRONICLE


PASIR PUTEH - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggembirakan aktivis Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti), apabila bersetuju meminda Manifesto PKR berhubung perkara pembayaran royalti minyak.

Presiden Royalti, Nazri Deraman berkata, beliau berbangga kerana Anwar menerima teguran rakyat berkaitan pembetulan isu Royalti yang terkandung dalam buku manifesto tersebut.

Katanya, manifesto itu hanya menyebut Sabah dan Sarawak yang bakal menerima peningkatan royalti petroleum dan sumber hidrokarbon daripada lima kepada 20 peratus sekiranya PR berjaya mentadbir negara.

“Dalam sesi ringkas ini, kami meminta beliau meminda dengan memasukkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan negeri pengeluar minyak untuk menerima manfaat tersebut.

“Kami berbesar hati kerana Anwar menerima teguran serta bersetuju untuk memindanya, kami menganggap persetujuan ini sebagai satu sejarah,” katanya pada program Satu Jam Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di pekarangan Markas Penerangan Pas Pasir Puteh di sini, petang kelmarin.

Anwar dalam ucapan ringkasnya antara lain berkata, rakyat perlu istiqamah dalam perjuangan sekarang, bagi memastikan PR berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Katanya, rakyat mesti berwaspada dengan taktik BN yang mengagihkan pelbagai bentuk bantuan menjelang PRU.

“Mereka (BN) beri macam-macam kepada rakyat apabila hampir PRU, selepas PRU mereka membuat macam-macam perkara yang membebankan rakyat. Terima kasihlah dengan penyampaian BR1M tapi jangan sampai menggadai maruah.

“Kita dapat RM500 dah megah tapi orang tertentu dalam Umno senang-senang mendapat kekayaan, ada anak orang Umno dapat RM30,000 sebelum kerana projek lembu dan ada pula ketua Wanita dapat RM160 juta wang tabung tentera.

“Saya tahu rekod negara sebab itu pemimpin BN takut. Saya melalui pelbagai tekanan tapi saya yakin kepada ALLAH SWT,” katanya sambil memberitahu bahawa rakyat tidak perlu risau kerana PR akan menjaga mereka sebaik mungkin sekiranya berjaya memerintah negara.-sinarharian.com

Tengku Adnan akui Pakatan mendahului perang media sosial

MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR — Barisan Nasional hari ini mengakui lawan mereka mendahului dalam perang media sosial tetapi menolak perkara tersebut boleh diterjemahkan bagi menggambarkan sokongan pengundi.

“Pengundi mungkin tidak mengikut kami di laman media sosial kerana kami adalah kerajaan dan mungkin mereka berfikir kami memiliki media arus perdana.

“Pihak satu lagi mungkin mempunyai kelebihan tapi tidak bermakna mereka (pengundi) akan memilih undi mereka,” kata setiausaha agung Datuk Seri Tengku Adnan Mansor kepada wartawan semasa perasmian kempen “Skuad BN”.

Semalam, pengerusi BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Pilihan Raya 2013 akan menjadi “pilihan raya sosial media” pertama di Malaysia sambil memberi contoh laman seperti Facebook dan Twitter akan menjadi kunci utama kepada perang untuk mempertahankan Putrajaya.

Pada bulan lalu juga, Najib memberitahu Fareed Zakaria, wartawan kanan CNN dalam Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Switzerland, pengundi semakin terdidik dan berfikiran kritikal. serta mengakui media sosial memberi kesan baik dan buruk bagi Umno.

BN kehilangan dua per tiga majoriti tradisi dalam Parlimen pada pilihan raya 2008, menyaksikan empat buat negeri — Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor jatuh ke tangan PAS, PKR dan DAP, yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat (PR).

Najib menegaskan pengundi pada pilihan raya akan datang menekankan apa yang kerajaan mahu lakukan pada masa hadapan.

Kira-kira 13.6 juta pengguna Facebook di Malaysia dari 28.3 juta penduduk, mewakili 48 peratus dari keseluruhan penduduk, menurut laman web socialbakers.com.

Duapuluh sembilan peratus pengguna Facebook di Malaysia berusia antara 25 hingga 34 tahun.
Najib mempunyai 1.3 juta ‘peminat’ dalam laman Facebooknya, berbanding Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu 428,371 ‘peminat’.

Dalam masa laporan ini ditulis, Najib mempunyai 1.2 juta ‘pengikut’ Twitter, berbanding Anwar 234,607.
Penganalisis politik berpendapat rakyat Malaysia lebih menggunakan Internet untuk mendapatkan maklumat, yang menyebabkan ahli politik menggunakan Facebook dan Twitter untuk mendengar kata pengundi, dan tidak lagi bergantung kepada media arus perdana, menyaksikan penjualan akhbar semakin merosot dan tontonan di televisyen semakin berkurangan.

Pada pilihan raya ke-13 yang akan dilangsungkan selewat-lewatnya April, akan menyaksikan pertarungan sengit, dengan kajian dari Universiti Malaya menyaksikan pengundi muda mewakili majoriti dalam pengundi atas pagar.-themalaysianinsider.com

Pakatan Rakyat Akan Kurangkan 1.4 Juta Penjawat Awam Termasuk (40,558 Kakitangan JPM RM5.74 bilion)!

Staff Berita Semasa 
 
DAP Kurang Penjawat Awam Pakatan Rakyat Akan Kurangkan 1.4 Juta Penjawat Awam Termasuk (40,558 Kakitangan JPM RM5.74 bilion)!
Akhbar SinChew Daily

Jumlah keseluruhan kakitangan awam setakat di Malaysia setakat ini berjumlah 1.4 juta kakitangan awam yang berkhidmat untuk 27 juta rakyat Malaysia. Ramai yang mengimpikan terutamanya golongan muda untuk menyertai pasukan di sektor awam. Termasuklah…70,000 golongan siswazah yang menganggur dan masih lagi berkeliaran di luar sana tercari-cari peluang pekerjaan. Sedangkan….

Sedangkan apa yang berlaku sekarang ini, ada sesetengah golongan veteran di sektor awam begitu liat untuk meninggalkan kerusi panasnya sebagai kakitangan awam sehingga menutup terus peluang golongan muda untuk menyertai sektor awam. Begitulah senario yang berlaku hari ini.

Pakatan Rakyat Sektor Awam Pakatan Rakyat Akan Kurangkan 1.4 Juta Penjawat Awam Termasuk (40,558 Kakitangan JPM RM5.74 bilion)!

Pecahan Kumpulan Penjawat Awam Yang Terbesar di Sektor Awam

  1. Sektor pendidikan = 400,000 Guru
  2. Sektor pertahanan = 300,000 Askar
  3. Sektor keselamatan = 100,000 Polis+ Bomba + Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) + Jabatan Pertahanan Awam Malaysia 3 (JPA3)
  4. Sektor kesihatan = 50,000 Doktor + Jururawat
Jadi di bahagian mana & bagaimana  Pakatan Rakyat mahu mengurangkan saiz penjawat awam yang telah sedia ada ketika ini?
  1. Kita biasa mendengar ada kakitangan awam yang begitu beriya-iya mahu meletak jawatan di sektor awam tetapi masih lagi tidak mendengar khabar berita sehingga berbulan-bulan lamanya
  2. Kita biasa mendengar anak sidang yang masuk “ikut pintu belakang” dan apabila diberikan peluang, kerap kali kerusinya kosong di pejabat. Tetapi hayatnya di sektor awam sedikit pun tidak terjejas.
  3. Di sekolah contohnya, ada yang didakwa merogol anak murid sendiri, ada yang pernah ditangkap khalwat dengan anak murid juga. Apa tindakan yang diambil? Pindah sekolah sahaja. Pindah sekolah? Ya……
  4. Dan macam-macam lagilah yang cerita dan kes yang kedengaran…
Kakitangan awam acapkali dikaitkan dengan perlakukan yang negatif seperti :
  1. lembap, tidak produktif
  2. korupsi, memberi rasuah, serta menerima suapan
  3. melakukan pekerjaan sambilan di dalam waktu pejabat
  4. curi tulang, makan gaji buta, ponteng kerja,  sijil cuti sakit palsu
  5. perkhidmatan awam dianggap sebagai lubuk emas kelompok yang mencari keselamatan kerjaya dan kewangan menerusi jalan mudah.
Persoalannya adakah majoriti kakitanagn awam terus sebegitu rupa. Tidak….tidak sama sekali. Malah masih ramai yang kami percaya menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Malaysia.

Masalahnya….golongan minoriti yang seringkali membawa masalah inilah yang telah memberikan imej yang kurang baik kepada sektor awam.

Nisbah Penjawat Awam Kepada Penduduk Malaysia

  1. Hong Kong (2.3%)
  2. Singapura (1.5%)
  3. Malaysia (4.68)
  4. Indonesia  (1.79%
  5. Thailand (2.06%)
  6. Korea Selatan (1.85%)
  7. Taiwan (2.3%)
Sebenarnya apa yang boleh kami katakan setakat ini, pengurangan penjawat awam tidak bermakna penyingkaran. Ia dua terma yang berbeza. Ini kerana jikalau sudah ada pelantikan jawatan, penjawat awam tidak dibenarkan sama sekali untuk dipecat disebabkan hanya mahu menjadikan saiz penjawat awan menjadi separuh bilangan semata.

Pakatan Rakyat Penjawat Awam Pakatan Rakyat Akan Kurangkan 1.4 Juta Penjawat Awam Termasuk (40,558 Kakitangan JPM RM5.74 bilion)!
KLIK KANAN UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS

Jikalau sebelum ini DAP pernah menyuarakan hasrat mengurangkan bilangan penjawat awam di Malaysia melalui laporan berita daripasa Sin Chew Daily. Kali ini Pakatan Rakyat sekali lagi menegaskan yang mereka akan mengurangkan saz penjawat awam di Malaysia andaikata mereka berjaya memerintah Malaysia :

Sumber : Blog Anwar ibrahim
Anwar Ibrahim Kakitangan Kerajaan Pakatan Rakyat Akan Kurangkan 1.4 Juta Penjawat Awam Termasuk (40,558 Kakitangan JPM RM5.74 bilion)!

Semakan saya mendapati, sehingga 30 September 2012, Jabatan Perdana Menteri (JPM) memiliki seramai 40,558 kakitangan[4] dengan peruntukan perbelanjaan mengurus sebanyak RM5.74 bilion bagi tahun 2012. [5] Manakala White House pula memiliki seramai 468 orang kakitangan dengan perbelanjaan mengurus sebanyak USD37.8 juta atau RM115.3 juta.[6] Perbandingan ini jelas menunjukkan perbezaan ketara di antara pengurusan JPM dan White House baik dari segi perbelanjaan mahupun dari bilangan perjawatan.

Saiz perkhidmatan awam yang besar tidak menjamin kualiti penyampaian. Berdasarkan jawapan di dalam Parlimen[7] oleh Timbalan Menteri di JPM, Datuk Liew Vui Keong, di antara tahun 2005 hingga 2011 sejumlah 5,983 orang penjawat awam telah disiasat kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah. Berdasarkan jumlah tersebut, seramai 816 orang penjawat awam telah didakwa di mahkamah, 324 orang disabitkan kesalahan, 69 orang dilepaskan dan 298 telah dibebaskan daripada pendakwaan. Manakala 105 kes masih lagi dibicarakan atau sedang melalui proses rayuan dan sebanyak 20 kes telah ditarikbalik.

Oleh yang demikian, satu tindakan menyeluruh perlu diambil untuk meminimakan saiz perkhidmatan awam di negara ini bertujuan untuk menjimatkan kos perbelanjaan serta untuk memastikan bahawa hanya mereka yang benar-benar layak sahaja yang wajar diserap dan dilantik untuk berkhidmat di dalam sektor awam.

Tawaran Pakatan Rakyat Untuk Sektor Awam

  1. Memberikan pengiktirafan kuasa yang sewajarnya kepada perkhidmatan awam dengan menolak sama sekali sebarang campur tangan politik.
  2. Memilih kakitangan awam yang punyai daya saing & berkualiti
  3. Mana-mana penjawat awam yang gagal menunjukkan prestasi kerja yang baik dan terjebak dalam masalah disiplin serta disabitkan dengan kesalahan jenayah – tanpa mengira pangkat dan kedudukan – perlu disingkirkan
  4. Tidak semestinya graduan universiti sahaja yang diberikan keutamaan untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan
  5. Kakitangan awam yang sudah berusia dibiar bersara cepat
  6. Mengurangkan pertindihan tugas di dalam pelbagai kementerian dan agensi kerajaan
  7. Mewujudkan satu perkhidmatan awam yang tidak bersifat ‘PTD-centric’;
  8. Membuka ruang seluasnya untuk kenaikan pangkat secara ‘merit’ dan telus.
  9. Menyemak semula pelaksanaan SBPA supaya sistem penggajian sektor awam bersifat lebih saksama kepada semua golongan kakitangan awam, terutamanya kategori perkhidmatan sokongan dan separa profesional.
Apa kata anda penjawat awam dengan langkah & mekanisme cuba dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat kepada sektor awam kelak? Setuju atau tidak? Mengapa? Apa alasan anda?

Pelabur British fail saman ke atas bekas bendahari Umno



 
Sekumpulan 60 orang pelabur British melalui syarikat Fiscal Capital Sdn Bhd memfailkan saman berjumlah RM12 juta terhadap firma milik  bekas bendahari agung Umno Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi atas dakwaan menipu dan memalsukan dokumen berhubung pembelian enam suis telekomunikasi.

NONEPelabur berkenaan melalui firma Kamarul Hisham and Hasnal Rezua memfailkan saman tersebut pada 20 Februari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

MP Ampang Zuraida Kamaruddin dalam satu sidang media hari ini berkata, pelabur berkenaan membuat laporan polis pada 5 Oktober 2011 namun mereka mendakwa polis lambat bertindak.

Peguam Kamarul Hisham Kamarudin berkata perkara berkenaan ditetapkan untuk pengurusan kes pada 21 Mac.

Pelabur berkenaan melalui Fiscal City Sdn Bhd, menamakan Doxport Technology (M) Sdn Bhd, dan pengarahnya Abdul Azim, Gurmeet Kaur dan Sivalingan Techinamoorthy sebagai defendan.

Abdul Azim juga merupakan pengerusi Doxport Technology.

Pelabur berkenaan membuat aduan kepada ahli parlimen British, termasuk Lord Ahmed dari Rotherham, yang akan membangkitkan perkara itu di House of Lords pada bulan depan.

MCA: Mengapa tak laksana pendidikan percuma di Unisel, Kuis?



 
Pemuda MCA berkata jika pembangkang benar-benar serius untuk melaksana pendidikan percuma, perkara itu boleh dilaksana  sejak 2008 di negeri mereka seperti di Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). 
  
"Universiti ini berada di negeri yang dikuasai mereka. Jadi apa guna untuk mereka beritahu rakyat (pendidikan percuma) jika mereka sebenarnya tidak boleh laksanakan? Hanya cakap sahaja," kata Ketua pergeakan itu, Wee, yang juga timbalan menteri pelajaran di majlis makan malam sempena Tahun Baharu Cina Pemuda MCA  di ibunegara hari ini.

Sehubungan itu, Pemuda MCA  menempelak manifesto pembangkang untuk memberi pendidikan percuma dari prasekolah sehingga menara gading, serta menyifatkannya sebagai janji kosong demi memancing undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
  
Turut hadir di majlis makan malam itu ialah Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Wanita Datuk Yu Chok Tow dan Timbalan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr  Mah Hang Soon.
  
Wee turut mempersoal tindakan pembangkang menghina pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada mereka yang kurang berkemampuan memandangkan ia satu daripada cara kerajaan membantu golongan itu.
  
"Pembangkang sebenarnya bercakap begitu kerana mereka tidak boleh melakukan apa yang dilakukan kerajaan dalam membantu rakyat," katanya yang disambut sorakan hadirin.
  
Sehubungan itu, Wee berharap rakyat dapat menilai sikap  'tin kosong' pemimpin pembangkang dan membuat pilihan tepat pada PRU akan datang.
  
Beliau juga berkata jentera Pemuda MCA kini berada  dalam keadaan siap siaga untuk berperang habis-habisan bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus kekal memerintah negara.
  
Sementara itu, Liow dalam ucapannya, berkata MCA sedia bekerja keras dalam PRU-13, bukan sahaja untuk kaum Cina tetapi untuk semua rakyat Malaysia seiring gagasan 1Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Beliau berkata BN sentiasa bersatu hati, dan masa depan negara lebih cerah, ekonomi juga akan terus berkembang di bawah pemerintahan BN.
  
"Ini berbeza dengan pembangkang yang tidak bersatu hati.  Mereka ini (PAS, PKR dan DAP) kata sehati sejiwa, tetapi sebenarnya mereka ini tiga kepala yang tidak sehaluan," katanya. - Bernama

Pensyarah: Tak boleh banding k'jaan BN dengan Firaun

 


 
Perbuatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyamakan bantuan kerajaan BN kepada rakyat dengan pemberian Firaun sangat tidak wajar bagi seorang yang bergelar ulama.

Beberapa pemerhati politik dan pemimpin badan bukan kerajaan yang dihubungi Bernama merumuskan tidak seperti Firaun, BN tidak pernah memaksa rakyat menyokongnya atau angkuh dengan kejayaan melaksanakan pelbagai program kesejahteraan rakyat.

NONESebaliknya, mereka berpandangan pelaksanaan program seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah berdasarkan keihklasan kerajaan BN untuk berkongsi kekayaan negara dengan rakyat, terutama yang berpendapatan rendah.

"Firaun itu kaya, angkuh, sombong, tidak boleh dibanding dengan kerajaan sedia ada. Kita juga tidak mengamalkan pemerintahan autokrasi seperti Firaun yang dia sahaja berkuasa dan pembolot," kata Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali.

Pensyarah Geopolitik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata berbeza dengan amalan Firaun ketika memerintah Mesir, Malaysia mengamalkan demokrasi yang memberi hak kepada rakyat memilih kerajaan menerusi pilihan raya.

Beliau juga berpandangan kenyataan Abdul Hadi itu membawa agenda tersirat mahu 'memaksa' rakyat, terutama yang beragama Islam, agar menolak kerajaan BN kerana Firaun disebut dalam al-Quran bukan sahaja pemerintah yang zalim tetapi juga memaksa rakyat mengaku dirinya tuhan serta mendabik dada hanya dia mampu memberi nikmat kepada rakyat Mesir.

Ditanya adakah kenyataan Hadi itu seolah-olah membawa maksud "kalau rakyat tidak undi BN, rakyat akan dizalimi atau tertindas seperti zaman Firaun?", Mohd Fuad berkata apabila BN telah disetarakan dengan Firaun, apa sahaja yang diumum, dirancang, atau diagih kerajaan pasti dianggap sebagai pemerintahan ala Firaun.

Abdul Hadi ketika berucap pada konvensyen pakatan pembangkang di Shah Alam, Ahad lepas, menyifatkan pemberian BR1M sama seperti yang dilakukan Firaun.

Beliau turut dilapor berkata al-Quran menyebut kisah Firaun yang membodohkan rakyat dengan mengaku hanya dia mampu memberi nikmat kepada rakyat serta menggunakan kekayaannya yang dianugerah Allah untuk menyesatkan rakyat Mesir.

Mengulas lanjut, Mohd Fuad berkata rakyat Malaysia adalah golongan berfikir dan bukan bodoh seperti yang cuba digambarkan pemimpin PAS.

Beliau juga berkata sebagai ulama atau orang yang arif ilmu agama, Abdul Hadi sepatutnya lebih rasional dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan.

Bagi Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) Fathul Bari Mat Jahaya, dakwaan terkini pemimpin PAS itu sekadar politik murahan untuk menunjukkan kepada rakyat hanya PAS parti yang baik.

"PAS pun pernah bagi macam-macam jenis bantuan tapi kita tidak pernah label dia seperti apa yang dia cakap.

"Kita tidak pernah kata orang ramai wajib pangkah Umno atau mereka ini tidak akan dapat BR1M," katanya.

Beliau juga mempertikaikan tindakan pembangkang yang sering membangkitkan soal wang rakyat, namun apabila kerajaan BN melaksanakan pelbagai bantuan termasuk BR1M, mereka membuat pelbagai tuduhan tidak masuk akal.

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh pula berkata bantuan kerajaan meliputi semua golongan yang memerlukan, bukan seperti Firaun yang memberi ganjaran kepada yang menyembahnya atau rakyat berdepan hukuman bunuh.

Bagi Presiden Persatuan Nelayan Melaka Abdullah Yahaya, BR1M serta pelbagai lagi bantuan adalah cara kerajaan berkongsi kekayaan negara.

"Malah Perdana Menteri (Datuk seri Najib Tun Razak) telah banyak kali menjelaskan keuntungan dan kekayaan negara dibahagi sama rata kepada rakyat," katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) Mohamed Shafie BP Mammal berkata pemberian BR1M tidak perlu disalahtafsir dan dijadikan isu politik kerana yang mendapat faedahnya adalah rakyat.

"Kalau bukan tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyat, siapa lagi akan membantu? UNI-MLC juga yakin rakyat akan menilai kemampuan kerajaan dalam usaha membela nasib rakyat," katanya.- Bernama

MIC Kedah dakwa kenyataan Nik Aziz hina penganut Hindu



 
Tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan adalah satu penghinaan kepada rakyat yang memerlukan bantuan seumpama itu, kata Pengerusi Perhubungan MIC Kedah, S Ananthan.

Katanya, Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya menghina rakyat yang amat menghargai usaha kerajaan pusat itu, sedangkan pembangkang sendiri tidak mampu melakukannya.

Kenyataan Nik Abdul Aziz yang turut mengaitkan penerima BR1M dengan binatang termasuk lembu juga suatu penghinaan kepada penganut agama Hindu kerana lembu adalah haiwan suci masyarakat Hindu, katanya kepada Bernama, di Padang Serai hari ini.

Beliau yang ditemui selepas berjumpa penerima BR1M kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas, juga berkata kenyataan celupar Nik Abdul Aziz itu mencetuskan kemarahan penganut Hindu.

"Kita kesal dengan  pelbagai fatwa yang dikeluarkan apabila dia cuba meraih simpati daripada pengundi Islam tetapi beliau tidak sedar yang ada pihak lain iaitu masyarakat Hindu telah tercalar hati mereka akibat ulasan negatif dan tidak masuk akal itu," katanya.

Beliau turut merujuk kepada gaji yang diterima Nik Abdul Aziz sewaktu bertugas sebagai Penyelia Kemajuan Masyarakat dulu.

"Beliau pun terima wang gaji daripada kerajaan sama," katanya.

Dalam ceramahnya di Kota Baharu baru-baru ini, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dilapor membuat kritikan pedas tentang BR1M dan bantuan lain yang diberi kerajaan persekutuan dengan mengumpamakannya seperti 'menabur padi dan hampas kelapa kepada ayam dan lembu'.

Dalam perkembangan lain, Ananthan yang juga Penyelaras DUN Lunas berkata sehingga kini 10,622 individu dan isi keluarga yang tinggal dalam kawasan DUN berkenaan telah menerima BR1M.- Bernama

Hasan Ali: Manifesto Pakatan tak paparkan aspirasi PAS

 


 
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata PAS tidak perlu merasa bangga dengan pelancaran manifesto pakatan pembangkang Isnin lepas kerana ia tidak memaparkan aspirasi parti itu terutama dalam memartabatkan agama Islam.

Manifesto pakatan pembangkang adalah lebih kepada aspirasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dan tidak begitu menyentuh perkara-perkara yang memartabatkan Islam di negara ini, katanya dalam satu ceramah Jom Tolak Pakatan di Jalan Nenas, Meru di Klang malam tadi.

Di dalam manifesto itu tidak dinyatakan mengenai penubuhan negara Islam, atau mengangkat martabat mahkamah syariah sama dengan mahkamah sivil, katanya.

Oleh itu beliau hairan mengapa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengangkat-angkat tangan semasa pelancaran itu.

"(Lainlah) kalau ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengangkat tangan mereka tidak mengapa.. kerana agenda mereka termaktub dalam manifesto itu," katanya.

Agenda mereka untuk menjadikan Islam di Malaysia lebih liberal atau sekularisme disisipkan di dalam manifesto itu tetapi agenda Islam tidak dijelaskan dalam manifesto itu.

Dr Hasan yang juga Presiden badan bukan kerajaan Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) berkata sehingga sekarang pakatan pembangkang masih lagi tidak menetapkan siapa calon Perdana Menteri sekiranya mereka menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.

DAP dan PKR mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri dan begitu juga sesetengah pihak dalam PAS yang mahukan Anwar menjawat jawatan itu sedangkan pimpinan PAS sendiri nampaknya tidak berani menonjolkan Anwar layak menjawat jawatan Perdana Menteri, katanya.

"Pemimpin PAS tahu "the in and out" (luar dan dalam) Anwar Ibrahim. Tak malu ke kalau PM kita Anwar Ibrahim," katanya.

Hasan berkata isu siapa yang jadi Perdana Menteri ini penting kerana kalau pakatan rakyat memenangi pilihan raya kali ini, Perdana Menterilah yang pertama kali mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertuan Agong sebelum kabinet dapat ditubuhkan.

Oleh itu, beliau meminta para pengundi di Meru supaya tidak memperjudikan politik dan masa depan Malaysia dan menolak pakatan pembangkang.

Hasan juga berkata kenyataan Nik Aziz bahawa mereka yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia umpama ayam dan lembu tidak mencerminkan keperibadian atau bahasa seorang ulama.-Bernama

Mansor: P Pinang rancang sekolah Islam antarabangsa



 
Pulau Pinang bakal menyaksikan pembinaan sebuah sekolah Islam antarabangsa, yang membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa memelihara kedudukan Islam di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman hari ini.

NONEKatanya, pembinaan sekolah yang dicadangkan itu merupakan ilham
Yayasan Islam Pulau Pinang, dengan kerjasama sebuah madrasah tempatan - Madrasah Uthmaniah - dan Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah di Singapura.

Menurutnya, ia akan menjadi sekolah Islam  antarabangsa yang pertama di Pulau Pinang yang akan dbina di tapak seluas 4,863 ekar di Relau, Sungai Ara.

Katanya, pembinaan sekolah tersebut adalah satu bukti bahawa Islam di Pulau Pinang menjadi keutamaan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat di situ.

Mansor menegaskan demikian di majlis penyerahan cek RM1.075 juta kepada Sekolah Agama Rakyat Tuan Haji Omar di Batu Maung.

NONEMajlis itu dianjurkan oleh Exco Hal Ehwal Islam, Abdul Malik Kassim (kanan), yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Hal Ehwal Agama
Islam Pulau Pinang (MAIPP), Datuk Salleh Man dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussein.

Mansor membuat kenyataan itu ekoran dakwaan berterusan BN, terutamanya Umno, bahawa masyarakat Melayu Islam di Pulau Pinang telah dipinggirkan oleh kerajaan negeri yang diterajui DAP.

Mansor juga mengumumkan bahawa Yayasan Islam Pulau Pinang bercadang membina sebuah hospital Islam di negeri itu.

Usaha untuk membina pusat perubatan di tapak seluas 2.5 ekar tanah di Bayan Baru itu adalah usahasama antara yayasan tersebut dengan MAIPP, katanya.

Mampukah Pakatan pertahankan Pulau Pinang?



 
PRU13 Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan kekal berpegang pada formula agihan kerusi pada 2008 di mana DAP bertanding 19 kerusi negeri, PKR (16) dan PAS (5) untuk berdepan Umno yang bakal bertanding 15 Umno, Gerakan (13), MCA (10) dan MIC dua kerusi.

NONEIa bagi mengelak sebarang kemungkinan konflik dalam gabungan  tersebut, sebagaimana yang berlaku dalam Pakatan
di Johor baru-baru ini di mana pemimpin DAP dan PKR bertelagah secara terbuka kerana berebut kerusi yang bertindih.

"Kami akan kekalkan status quo di Pulau Pinang," kata . Pengarah  Pilihan raya DAP Pulau Pinang, Ng Wei Aik (kanan), sambil menambah bahawa keputusan itu adalah muktamad dan menolak sebarang kemungkinan berlaku konflik berkaitan dengannya.

Bagaimanapun, DAP tidak mengambil mudah pilihan raya umum kali ini, dengan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berterusan mengingatkan semua pihak supaya bersiap sedia untuk berdepan dengan serangan lawan.

Kebimbangan Lim adalah munasabah, terutama dengan laporan penilaian dalaman BN yang menunjukkan ia sudah 90 peratus bersiap sedia untuk merebut kerusi yang majoriti pengundi Melayu.

Terdapat 40 kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, di mana 29 dimenangi Pakatan. Sekiranya DAP dapat mengekalkan semua 19 kerusi yang dimenanginya sebelum ini, maka Pakatan memerlukan PKR dan PAS menyumbang dua lagi kerusi untuk kekal berkuasa di negeri itu.

Persoalan yang lebih besar ialah sama ada Pakatan akan dapat mengekalkan majoriti dua pertiga, iaitu sekurang-kurangnya 27 kerusi.

penang state seat 2008 breakdownDifahamkan, kajiselidik dalaman Pakatan juga menunjukkan bahawa ia mungkin mampu meraih hanya 25-30 peratus undi Melayu yang diharapkannya, meletakkan ia pada risiko kehilangan kerusi majoriti Melayu dan kerusi pengundi bercampur, yang kebanyakannya dipegang oleh PKR dan PAS.

"Ini adalah kerana (BN) sedang memainkan isu perkauman di Pulau  Pinang," kata Lim. merujuk kepada dakwaan Umno bahawa kerajaan negeri dan DAP telah meminggirkan orang Melayu dan kedudukan Islam terancam oleh kewujudan mereka.

PKR Pulau Pinang gugur penyandang bukan Melayu?
BN melihat peluangnya untuk menawan semula Pulau Pinang melalui kawasan majoriti Melayu yag dikuasainya sejak Merdeka.

Bagi Pakatan, menurut spekulasi, PKR merancang untuk  menggugurkan atau memindahkan semua penyandang bukan Melayu di Pulau Pinang - sesuatu yang dilihat sebagai merugikan gabungan itu.

Kerusi terbabit ialah Tambun (dipegang oleh timbalan ketua PKR negeri dan exco kerajaan negeri, Law Choo Kiang), Bukit Tengah (Liew Chee Wen), Kebun Bunga (Jason Ong Khan Lee), Pantai Jerejak (Sim Tze Tzin), Batu Uban (S Raveentharan) dan Machang Bubuk (Tan Hock Leong).

NONELaw mungkin dipindahkan ke Bukit Tengah untuk menangani
"cabaran terbesar" dari BN, yang dilaporkan merancang untuk membariskan pengerusinya, Teng Chang Yeow (kiri) di situ, manakala ia Sim, seperti yang pernah diperkatakan sebelum ini, akan bertadning kerusi Parlimen Bayan Baru.

Dengan kerusi Pantai Jerejak ditawarkan kepada ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Mohd Rashid Hasnon, maka "kuota" bagi kerusi DUN bukan Melayu untuk PKR Pulau Pinang akan
berkurang dari lima kepada empat.

Selain isu-isu kurang prestasi dan peribadi yang dihadapi mereka yang akan digugurkan, bukan Melayu disasarkan selepas satu kumpulan menghadiri mesyuarat dalaman pada Mac tahun lepas, di mana minitnya mendedahkan pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman telah melabelkan Lim  sebagai "Tokong yang sombong, bongkak "- dibocorkan kepada blog dan kemudian dipaparkan di TV3.

Yakin 16 kerusi parlimen Sarawak milik Pakatan


DETIK DAILY



PAS dan Pakatan Rakyat Sarawak yakin punyai peluang cerah untuk menang dalam PRU13 akan datang. PAS percaya akan menang di dua kawasan, manakala selebihnya akan dimenangi DAP dan KeADILan. Banyak isu yang memihak kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya kali ini.

Antaranya termasuklah isu tanah dan isu rasuah serta kekayaan luar biasa Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, seperti yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid ketika diwawancara Wartawan Kanan Harakah, AZIZ MUDA pada 20 Februari lalu.

WARTAWAN: PRU13 sudah semakin hampir. Bagaimana dengan kedudukan calon-calon PAS yang akan bertanding nanti? 

ADAM AHID: Dalam PRU13 nanti, pilihan raya yang akan diadakan hanyalah melibatkan pilihan raya bagi kerusi-kerusi Parlimen sahaja. Pertandingan bagi kerusi Dun tidak terlibat

kerana pertandingan bagi Dun di Sarawak telah diadakan tahun 2011 lalu. Melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2011.

Kerusi Parlimen Sarawak sebanyak 31. PAS akan bertanding tujuh kerusi, manakala selebihnya adalah KeADILan dan DAP. Kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh PAS terdiri daripada Kota Samarahan, Batang Sadong, Sibuti, Ijan, Mukah, Tanjung Manis dan Julau.

Parlimen Tanjung Manis dalam PRU ke-12 lalu ditandingi oleh KeADILan, tetapi pada PRU13 nanti akan ditandingi oleh PAS. Keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat Pakatan Rakyat Sarawak dan telah diputuskan oleh Pakatan Rakyat pusat.

Pada mulanya PAS hanya akan bertanding di empat kawasan Parlimen sahaja, kemudiannya terdapat permintaan dalam PAS yang meminta kita bertanding di 10 kawasan, tetapi setelah diadakan beberapa perbincangan di peringkat dalaman PAS diputuskan PAS akan bertanding di tujuh kawasan sahaja. Keputusan itu kemudiannya dibawa ke mesyuarat Pakatan Rakyat dan diputuskan PAS akan bertanding di tujuh kawasan berkenaan pada PRU13 nanti.

Bagaimana dengan pembahagian kerusi antara PAS, KeADILan dan DAP?

Pembahagian kerusi antara PAS, KeADILan dan DAP di Sarawak telah selesai. Tujuh kerusi yang akan ditandingi PAS itu memang telah dipersetujui oleh KeADILan dan DAP. Keputusan itu dicapai hasil rundingan antara PAS dan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat yang didahului dengan PAS negeri, kemudiannya dibawa ke PAS Pusat untuk diputuskan dan kemudiannya dibincang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat negeri untuk diputuskan oleh Pakatan Rakyat pusat.

Kalau di Sabah, majoriti rakyat negeri itu telah bangkit untuk melakukan perubahan menumbangkan BN, bagaimana pula dengan potensi Pakatan Rakyat di Sarawak?

Sekarang Pakatan Rakyat Sarawak memang sudah ada wakilnya di Parlimen. Terdapat dua kerusi dari Pakatan Rakyat Sarawak di Parlimen sekarang iaitu Kuching dan Sibu. Kesemua wakil itu datangnya daripada DAP, setelah DAP mencapai kemenangan di dua kawasan itu pada PRU 12 pada tahun 2008 yang lalu.

Sekarang Pakatan Rakyat Sarawak hanya memerlukan 14 kerusi tambahan sahaja lagi, bagi menjadikan bilangan 16. Jika kita dah dapat menang di 16 kawasan, Pakatan Rakyat dikira sudah cukup kuat di Sarawak.

Dua kerusi yang telah dimenangi oleh DAP itu diyakini dapat dipertahankan oleh Pakatan Rakyat. DAP memang kuat di Sarawak. Kerusi yang dimenangi oleh DAP itu adalah di kawasan masyarakat Cina. Sokongan orang Cina kepada Pakatan Rakyat pula memang kuat. Jadi, kita yakin kesemua kerusi yang telah dimenangi oleh DAP itu dapat dipertahankan.

Daripada 14 kerusi tambahan yang diperlukan lagi itu pula, PAS mungkin dapat menampung dua kerusi, selebihnya mungkin dapat ditampung oleh KeADILan. Berdasarkan perkembangan sekarang, kita yakin Pakatan Rakyat dapat menawan 16 kerusi yang diperlukan itu kerana di Sarawak juga turut berlaku lonjakan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Selain masyarakat Cina, kebangkitan itu juga turut berlaku di kalangan masyarakat Melayu dan Iban.

Bolehkah Saudara nyatakan kawasan Parlimen yang diyakini menang itu?

Salah satunya kerusi Parlimen Sibuti dan satu lagi Kota Samarahan. Di Sibuti, pada PRU12 lalu, calon daripada KeADILan yang bertanding. Pada masa itu, KeADILan sudah berjaya memperolehi lebih 3,000 undi dan kalah lebih 2,000 undi. Dengan sokongan masyarakat Cina kebangkitan kaum Iban sekarang, kita yakin akan menang di kawasan itu.

Bagi Kota Samarahan pula, pada PRU12 lalu turut ditandingi KeADILan. Pada masa itu, calon KeADILan kalah lebih 3,000 undi. Di kawasan itu terdapat satu kawasan Dun yang menyokong kuat PAS iaitu Muara Tuan. Sekarang sokongan penduduk di kawasan Muara Tuan kepada PAS semakin meningkat kerana orang ramai begitu marah kepada wakil rakyat BN di kawasan itu sekarang disebabkan beberapa isu.

Begitu juga dengan ahli Parlimen di kawasan itu sekarang yang juga dari BN. Dia adalah anak kepada Ketua Menteri Sarawak. Penduduk di kawasan Samarahang cukup marah kepada dia sekarang disebabkan beberapa isu.

Kerusi parlimen KeADILan macam mana?

Itu bagi kawasan yang ditandingi oleh PAS, bagi kawasan yang ditandingi KeADILan pula, terdapat beberapa kawasan yang agak cerah terutama di Batang Lupar. Kebanyakan penduduk di kawasan itu cukup marah kepada Ahli Parlimen Batang Lupar sekarang yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri (KDN), Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Rohani Abdul Karim disebabkan beberapa isu. Selain itu, KeADILan juga agak kuat di kawasan Parlimen Saratok kerana salah satu kerusi Dun di kawasan itu telah dimenangi KeADILan dalam PRN Sarawak pada tahun 2011 lalu iaitu Dun Krian.

Dalam PRN tahun 2011 lalu, DAP telah menang di 13 kerusi Dun. Jika disingkap keputusan di kesemua 71 kerusi Dun Sarawak pada PRN April lalu, ia memberi gambaran sekiranya undi-undi yang dijumlahkan di peringkat Dun diselaraskan bagi parlimen, BN berkemungkinan besar akan kehilangan sehingga 10 kerusi parlimennya kepada DAP, KeADILan dan PAS para PRU13 nanti.

Dengan kemenangan 13 kerusi itu, jelas sekali kerusi Parlimen yang dimiliki oleh DAP sekarang iaitu Kuching akan terus kekal dalam PRU13 nanti. Ini kerana kerusi-kerusi Dun di bawah Parlimen Kuching seperti Pending dan Padungan dimenangi oleh DAP.

Di bawah Parlimen Sibu, daripada tiga kerusi Dun di kawasan itu, DAP menang besar di Dun teramai pengundi iaitu di Dun Pelawan meskipun dua Dun lagi iaitu Bawang Assan dan Nangka dimenangi masing-masing oleh SUPP dan BN. DAP hanya kalah tipis di Bawang Assan.

Berapa sasaran DAP pula?

DAP diyakini mampu merampas sehingga lima kerusi Parlimen Sarawak di dalam PRU13 nanti.

Antaranya, kerusi Parlimen Stampin, Sarikei, Lanang dan Miri serta Bintulu. Bagi Parlimen Stampin, Pakatan Rakyat telah memenangi dengan undi banyak di Dun Batu Kawah dan Kota Sentosa melalui DAP dan Dun Batu Lintang melalui KeADILan.

Di Parlimen Sarikei pula, kedua-dua kerusi Dun di kawasan itu iaitu Repok dan Maradong dimiliki melalui DAP manakala di Parlimen Lanang, DAP menguasai kedua-dua Dun iaitu Bukit Assek dan di Dun Dudong.

Lonjakan penguasaan di Lanang adalah disebabkan populariti penyandangnya, Wong Ho Leng yang juga Ketua Pembangkang Dun Sarawak dan ahli Parlimen Sibu yang memperolehi majoriti melebihi 8,000 undi di Dun Bukit Assek.

Di Parlimen Miri pula, salah satu kerusi Dun kawasan itu iaitu Dun Piasau yang menyaksikan kekalahan Presiden SUPP-BN, Tan Sri George Chan (kini bekas presiden) kepada calon muda DAP, Ling Sie Kiong.
Dua Dun lagi, Pujut dan Senadin masing-masing dimenangi oleh DAP dan BN. Di Dun Senadin, KeADILan yang mewakili Pakatan Rakyat hanya kalah tipis sebanyak 58 undi sahaja kepada calon BN.

DAP juga mampu menang di Parlimen Bintulu kerana salah satu Dun di kawasan itu iaitu Dun Kidurong telah pun dimenanganinya dengan pertambahan majoriti sehingga 7,000 undi jika dibandingkan dengan majoriti sebanyak 1,664 pada PRN 2006.

Kerjasama PAS dan KeADILan serta DAP yang berada dalam Pakatan Rakyat di Sarawak...

Alhamdulillah, kerjasama antara PAS dan KeADILan serta DAP yang berada dalam Pakatan Rakyat di Sarawak memang cukup baik. Kami memang sering mengadakan mesyuarat bagi membincangkan berbagai perkara. Kami juga sering mengadakan program bersama.

Apa isu-isu panas di Sarawak?

Banyak juga isu-isu panas di Sarawak. Tapi isu utamanya adalah mengenai tanah. Isu tanah melibatkan semua kawasan di Sarawak. Perkara ini memang sudah banyak kali disebut tetapi tetap juga tidak selesai. Isu tanah di Sarawak sekarang menjadi semakin parah. Ini semua angkara satu syarikat yang dinaungi BN.

Beberapa tahun lalu syarikat itu telah diberikan projek untuk menyiapkan jambatan di Bintawak iaitu Jambatan Bintawak yang terletak dalam kawasan Parlimen Batang Lupar. Pembiayaan pembinaan jambatan itu datangnya dari syarikat itu. Berdasarkan janjinya dengan kerajaan, pembiayaannya itu akan digantikan oleh kerajaan dengan tanah. Pada hal tanah-tanah itu adalah tanah rakyat. Tetapi itulah janji dan pakatan Kerajaan BN Sarawak dengan syarikat itu.

Jadi, sekarang pihak syarikat itu dengan persetujuan kerajaan sedang berusaha mengambil tanah-tanah penduduk Sarawak yang diduduki sekarang.

Padahal tanah-tanah itu telah diterokai oleh penduduk sejak beberapa keturunan lalu lagi. Tujuan syarikat itu hendak mengambil tanah-tanah penduduk untuk dijadikan ladang sawit. Syarikat itu mendapat idea untuk melahirkan ladang sawit di Sarawak setelah dilihat kejayaan penanaman kelapa sawit di Semenanjung terutama yang dilakukan oleh Felda.

Itulah sebenarnya yang menjadi kemarahan rakyat Sarawak sekarang. Rakyat menentang keras perancangan itu. Kerajaan tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana ia ternyata amat menzalimi rakyat. Akibat kemarahan rakyat, PAS hampir menang dalam PRN Sarawak 2011 di Dun Beting Maro kerana PAS hanya kalah tipis dengan jumlah kekalahan amat kecil tidak lebih 300 undi sahaja.

Pengundi mahu calon versatyle


Oleh Abd Shukur Harun

Tidak syak lagi, semakin dekat PRU Ke-13, semakin ramai yang ingin tahu bakal-bakal calon dari PAS.Pakatan yang akan bertanding dan ini menunjukkan harapan rakyat kepada calon PAS/Pakatan begitu besar untuk memikul amanah.


Dalam keadaan begini, rakyat sangat berhajat untuk melihat, khususnya para calon PAS, yang akan dikemukakan nanti memiliki ciri-ciri versatyle seperti masa lalu, iaitu terdiri dari pelbagai kalangan – agamawan, para profesional seperti peguam, doktor, ahli ekonomi, usahawan, jurutera, ahli korporat, pendidik, malah kalangan penulis, veteran dan pelbagai lagi.

Namun semua calon itu, walaupun memiliki ciri-ciri versatile, tentunya perlu memiliki pemahaman Islam yang kukuh, disiplin dan kesedaran yang amat tinggi, memahami real politik masa kini yang kelihatan begitu sukar difahami, namun mesti difahami.

Di masa lalu, PAS berjaya mengemukakan wakil rakyatnya yang memiliki ciri-ciri tersebut, baik di peringkat parlimen mahupun Dun, di mana ia telah menghasilkan imej positif kepada rakyat bahawa PAS memiliki tokoh pemimpin pelbagai lapangan.

Oleh itu dalam PRU kali ini, rakyat yakin PAS akan meneruskan kesinambungan konsep wakil rakyatnya yang memiliki ciri-ciri versatyle seperti di masa lalu dengan jayanya. Keperluan ini semakin mendesak lebih-lebih lagi dalam situasi yang ada sekarang, yang memerlukan wakil rakyat PAS boleh menguasai pelbagai bidang dan mampu berhujah dengan fakta yang cukup dan meyakinkan.

Ertinya, di dalam Parlimen dan Dun nanti, wakil rakyat PAS boleh bercakap – menurut bidang masing-masing - bukan saja di bidang agama, tetapi juga di bidang ekonomi, dunia korporat, pasaran saham, teknologi perubatan, dunia maklmat, pendidikan, politik antarabangsa dan sebagainya.

Saya yakin, dengan PAS sudah berumur lebih setengah abad, ditambah dengan kehadiran pelbagai kalangan anggota masyarakat, maka PAS tidak kurang tokoh berwibawa dan versatyle untuk diketengahkan sebagai calon. Istimewa pula di kalangan mereka ini tentunya mempunyai latar belakang pemahaman Islam yang mendalamm, kalau tidak masakan mereka menyertai PAS.

Mereka memahami bahawa PAS bukan sekedar sebuah parti politik biasa yang memilih demokrasi dan pilihan raya, tetapi ia juga adalah sebuah jamaah Islam yang terbesar di negara ini dengan segala cirinya.
Oleh itu apabila ahli korporat, pengamal peguam, ahli ekonomi, para tokoh pendidik dan pelbagai pakar menyertai PAS, bermakna mereka menerima hakikat PAS sebagai parti politik dan gerakan Islam yang dipimpin oleh ulama. Ini keistimewaan PAS.

Sepanjang pengamatan saya, wakil rakyat PAS baik di Parlimen mahun di Dun di masa lalu, telah berbahas dan mengemukakan hujah yang meyakinkan, bukan jeritan keras yang penuh emosi seperti wakil rakyat parti lawan. Ini diakui oleh ramai orang dan mereka telah memuji wakil rakyat PAS kerana menunjukkan integriti dan disiplin yang tinggi.

Berdasarkan perkembangan terkini di dalam PAS, dengan penyertaan pelbagai golongan masyarakat, rakyat boleh membina harapan bahawa dengan mengundi calon PAS, Insya-Allah, mereka akan diwakili oleh wakil rakyat berwibawa yang mendukung parti yang berasaskan Islam.

Sementara itu jumlah pengundi PRU akan datang mencapai 13,291,385 orang, iaitu menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Menurutnya lagi, ini termasuk 243,204 pemilih baru yang mendaftar pada suku keempat tahun 2012.

Oleh itu, pada pendapat saya, PAS/Pakatan Rakyat perlu memfokaskan pemilih baru ini, yang kebanyakannya generasi muda. Mereka ini bukan pengundi tradisi dan tidak mudah untuk membuat sesuatu keputusan, melainkan setelah berfikir dengan hujah tersendiri.

Mereka mempunyai persepsi dan citarasa tersendiri, bukan mengundi secara ikut-ikutan seperti pengundi tradisi, mereka tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai tawaran, kempen, habuan, janji dan sebagainya. Mereka tidak memilih calon berasaskan bangsa dan agama, suku sakat dan sebagainya.

Ini kerana mereka berfikir dalam karengka civil society – memperjuangkan keadilan dan kebebasan, mahukan pemimpin dan masyarakat yang berintegriti, menentang rasuah, manipulasi dan seumpamanya. Inilah cita rasa pengundi generasi baru.

Dalam siri-siri Himpunan Kebangkitan Rakyat, khususnya Himpunan Januari lalu di Stadium Merdeka, kita boleh mengamati kehadiran generasi baru ini yang terdiri dari pelbagai kaum. Tidak ada tanda mereka mengelus-ngelus elemen rasis dan fahaman agama yang sempit.

Mereka kelihatannya sangat terbuka dan berfikiran bebas, tetapi sangat prihatin dengan isu keadilan, demokrasi, integriti dan sebagainya. Mereka memiliki latar belakang pendidikan yang baik, kebanyakannya lulusan universiti dalam dan luar negara dan terdedah kepada dunia siver langit terbuka yang melahirkan pelbagai bentuk media baru.

Mereka memiliki critical thingking dan membina persepsi tersendiri terhadap kemampuan sesuatu parti politik dan pemimpinnya dari segi integriti dan keterampilan serta kemampuan seseorang calon dan parti yang mereka dukung.

Pengundi generasi baru ini bukan pengundi tradisional yang boleh dibaca pilihan mereka sejak awal berdasarkan tanda jelas seperti pakaian/lencana, kumpulan, isyarat, jeritan slogan, teriakan perkauman dan sebagainya.

Mereka juga bukan penonton regular siaran TV, serta bukan pembaca tetap media tradisional, tetapi mendapat maklumat dari pelbagai sumber dan membina persepsi tersendiri dari maklumat yang mereka terima. Itulah dia pengundi baru.

Bagaimanapun dengan mendukung perjuangan Islam yang syumul dan dinamik, calon PAS tidak sukar mendapatkan sokongan pengundi generasi baru ini jika berinteraksi dengan penuh bijaksana. Oleh itu dengan tidak melakukan kesilapan, berhati-hati mengeluarkan kenyataan, Insya-Allah, PAS/Pakatan Rakyat boleh sampai ke Puterajaya dalam PRU akan datang.