HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Februari 2013

NGO Selangor mahu Menteri Besar yang jamin hak rakyat

 
Bagaimanapun, bagi GPRS rakyat Selangor kecewa dengan Abdul Khalid Ibrahim.



PETALING JAYA: Bagi sebuah NGO yang bertapak di Selangor iaitu Kompak, mereka mahu seorang Menteri Besar yang boleh menjamin hak rakyat.

Menurut Pengerusi Kompak, Halimey Abu Bakar, di bawah Abdul Khalid Ibrahim rakyat Selangor menikmati banyak faedah berbanding semasa BN.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bahawa Abdul Khalid akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor jika Pakatan Rakyat kekal memerintah di negeri itu dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

“Sudah tentu Tan Sri Khalid jadi Menteri Besar Selangor,” katanya kepada FMT (semalam).

Manakala, Pengerusi Gabungan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan, berkata, Abdul Khalid merupakan liabiliti kepada Pakatan Rakyat dan PKR.

“Abdul Khalid banyak kelemahan,  beliau gagal dalam banyak perkara, projek terbengkalai di sana sini.
“Rakyat Selangor kecewa dengan Abdul Khalid,” katanya.

Mengenai manifesto Pakatan Rakyat, Sohaimi berkata, janji lama tidak ditunai, bagaimanakah mereka mahu membuat yang baru.

Menurutnya, rakyat khususnya di Selangor tidak yakin dengan manisfesto Pakatan Rakyat itu.

“Janji itu umpama memberi gula-gula berperisa madu kepada rakyat,” tambahnya lagi.

Tiada ulasan: