Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, SPR mahu memberi pekhidmatan yang baik untuk rakyat mengundi demik hak sama rata kepada semua orang yang bertanding.
“Saya merayu parti politik jangan kaitan SPR dalam berkempen. Kita mahu satu pilihan raya yang bebas dan adil.
“SPR tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum. SPR menguruskan pilihan raya, jangan campur adukkan urusan pilihan raya dengan berkempen, kalau mereka buat begitu nampak sangat mereka tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati undnag-undang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan taklimat Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya di sini, hari ini.
Menurut beliau, SPR telah sedaya upaya memberi yang terbaik dan memenuhi tuntutan-tuntutan yang dibuat banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Bersih 2.0.
“Apa lagi tuntutannya? Tuntutan lain tiada kaitan dengan SPR, politik kotor, memperkasakan institutsi awam ke tiada kaitan dgn SPR,” katanya.
Ketika diminta mengulas mengenai dakwaan yang beliau cenderung kepada Umno-BN, Wan Ahmad berkata, itu hanya tanggapan liar kerana setiap kenyataannya adalah untuk melindungi SPR.
“Saya bercakap benda yang betul, tengok kenyataan saya berlandaskan undnag-undang dan peraturan kerana saya lama dalam SPR. Siapa yang langgar undang-undang dia terasa pedas.
“Yang langgar undang-undnag dan kritik SPR siapa? Saya jawab dan pertahankan SPR, bukan saya cenderung dengan mana-mana parti politik, sebagai seorang pengundi saya berhak. Tetapi sebagai Timbalan Pengerusi SPR saya menjelaskan undang-undang dan peraturan tidak ada niat dan kaitan untuk menghentam atau menuju mana-mana sasaran,” katanya.
Tambah beliau, dakwaan demikian hanya datang daripada orang yang melanggar peraturan.
“Saya faham kerja saya, sebab itu kita berjumpa dengan parti politik dan berjumpa pelbagai NGO termasuk Bersih.
“Tetapi mereka bercakap benda yang sama. Kita beri taklimat di Parlimen, menjawab tuduhan mereka. Kita pilih Parlimen agar mereka senang datang kalau jemput di tempat lain, mungkin mereka tak datang. Tetapi yang datang dari pembangkang adalah dalam 20 orang.
“Tetapi sampai masa mereka berkempen benda yang sama, daftar pemilih kotorlah, dan saya mesra Umnolah,” jelas beliau.
Sementarara itu, SPR turut mengingatkan kepada pengundi untuk terlebih dahulu memahami peraturan mengundi dan mendengar arahan petugas SPR yang ada di tempat mengundi.
“Kita tidak mahu ada pengundi yang cuba mencetuskan masalah di tempat mengundi. Ini penting kerana proses pengundian mesti berjalan lancar tanpa diganggu oleh sesiapa.
“Ketua tempat mengundi orang paling berkuasa di dalam tempat mengundi. Tanggungjawab ketua tempat mengundi untuk membantu rakyat yang berhak dapat mengundi,” katanya.
Ketika ditanya adakah peringatan itu dibuat kerana pihaknya mengesyaki akan berlaku kekecohan dalam PRU13, beliau berkata, peringatan itu dibuat sebagai persediaan awal kepada semua pihak terutamanya SPR agar dapat mengawal segala keadaan dengan tenang.
“Saya buat andaian kerana takut nanti pegawai kita tidak menduga, nanti ada masalah. Seramai 13.3 juta yang berdaftar sebagai pengundi, ada di antara mereka tidak faham peraturan dan mungkin ada pihak cuba buat begitu.
“Orang itu mungkin ada tujuan tertentu, ini politik ada pelbagai bahasa dan lenggok. Oleh itu, dengarlah cakap SPR, agar semua berjalan dengan baik, jika ada yang tidak mematuhi arahan SPR, tidak ada pilihan melalui ketua tempat mengundi akan meminta mereka keluar dari tempat mengundi,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau turut memberitahu yang akan memfailkan saman terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan akhbar Harakah di atas satu laporan yang memburukkan nama baiknya.
“Saya sudah baca butirannya, peguam saya akan urusan. Dia (Mohamad) fitnah saya, terang-terang dia fitnah saya. Orang yang tanpa usul periksa, kalau dia semak sedikit dia tidak celupar begitu, niat saya hanya untuk membersihkan nama saya, tiada kaitan dengan SPR,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan