MALAYSIA KINI
Majoriti
rakyat Malaysia percaya bahawa operasi rahsia yang bertujuan untuk
memberikan kerakyatan kepada warga asing masih berterusan.Satu tinjauan oleh Merdeka Centre menunjukkan, 60 peratus responden yang disoal selidik percaya bahawa Projek IC masih berterusan sehingga hari ini.
Hanya sebanyak 26 peratus yang tidak bersetuju operasi itu masih berkesinambungan, sementara 14 peratus tidak pasti atau enggan memberi jawapan.
Seramai 1,021 responden terlibat dalam kaji selidik itu yang dijalankan bermula 23 Januari hingga 6 Februari lalu.
Pecahan kaum responden pula menunjukkan, 61 peratus Melayu, dan 71 peratus Cina percaya projek tersebut masih lagi berjalan, sementara 25 peratus Melayu dan 13 peratus Cina bependapat sebaliknya.
Apa yang mengejutkan, responden di kalangan kaum India merupakan golongan paling ramai yang tidak percaya bahawa orang asing diberikan kad pengenalan biru.
Seramai 76 peratus responden dari golongan tersebut tidak percaya, sementara 19 peratus percaya ia masih berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan