HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Februari 2013

[VIDEO] Terbaik Dari Ust Hadi: Zaman Firaun Dulu Pun Ada BR1M



KELAB GREENBOC

Pemberian “one-off” seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan Umno-BN akan melahirkan budaya mengemis dan mengajar rakyat untuk patuh kepada pemimpin walaupun mereka zalim dan menekan rakyat.

Malah, kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, “pemberian BR1M” juga dijalankan pada zaman dahulu ketika pemerintahan Firaun yang zalim dan ditentang Nabi Musa.

Abdul Hadi berkata program bantuan kerajaan persekutuan itu sepatutnya mencerdikkan rakyat, sebaliknya, rakyat didakwa menjadi pengemis walaupun bantuan itu adalah wang rakyat sendiri.

“Zaman Firaun dulu pun ada BR1M,” kata Abdul Hadi, sambil senyum.

“Firaun memberi duit tapi menyekat rakyat. Dia kerahkan kaumnya dan dikumpulkan di satu tempat.

“Kemudian dia memberi ucapan bahawa projek yang disalurkan kepada rakyat adalah projeknya. Firaun menjadikan rakyat ringan akal,” kata Abdul Hadi di dalam ucapannya di konvesyen Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Abdul Hadi menjelaskan konsep dasar PR adalah untuk mengangkat martabat rakyat supaya boleh berdikari dan berdaya-saing. Bukan seperti Umno-BN yang mahu rakyat mengemis.

“Kita mahu ajar rakyat agar dimampukan dan bukan rakyat jadi pengemis. Maka dengan Buku Jingga kita mampu laksanakan konsep rakyat dimampukan.”

Abdul Hadi turut menasihati rakyat agar tidak mengundi BN, walaupun menerima BR1M.

“Kamu (rakyat) bukan ayam, itik, tapi kamu manusia.Jika diberi dedak atau hampas kelapa kita (rakyat) beri makan ayam. Lepas itu kita makan ayam itu balik,” katanya.



Firaun pun bagi 'BR1M', kata Hadi



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengumpamakan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan BN dengan tindakan Firaun di Mesir yang menurutnya memberi kekayaan demi menyesatkan pemikiran rakyat Hadi yang membacakan kutipan ayat daripada Al-Quran itu menceritakan semula kisah Nabi Musa berhubung sikap Firaun yang cuba "membodohkan rakyat" itu.

"Cerita BR1M ini bukan cerita baru. Al-Quran sudah menceritakan lebih lima enam ribu tahun yang lalu, Firaun telah (agih) BR1M," katanya sambil diringi gelak ketawa perwakilan di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Beliau menceritakan bawah Nabi Musa pada awalnya meminta Allah menjelaskan mengapa Firaun diberi kekayaan yang banyak.

"Nabi Musa berdoa wahai Tuhan kami, mengapa engkau beri kepada Firaun, kekayaan yang melimpah ruah. Dengan kekayaan itu, digunakan untuk menyesatkan rakyat bukan untuk membela rakyat," katanya.

Seterusnya, beliau menceritakan pula mengenai keangkuhan Firaun yang mendakwa berkuasa untuk memberi nikmat kepada rakyat berkenaan.

"Firaun telah mengarahkan rakyat Mesir, dikumpul beramai-ramai, dan Firaun berucap. Tidakkah aku menjadi pemerintah berkuasa di Mesir ini? "Sungai-sungai yang mengalir di kampung-kampung, ini adalah projek aku. Di bawah penguasaan aku.

"Aku (Firaun) yang bagi. Satu lagi projek aku (Firaun). Al-Quran berkata maka Firaun menjadikan rakyat ringan (meremehkan) akal dan membodohkan rakyat," katanya diiringi ketawa yang menggamatkan dewan konvensyen.

Beliau seterusnya menyeru rakayt agar tidak mengundi BN walaupun menerima bantuan tersebut.

"Cara BR1M, adalah tangungjawab kita untuk membijakkan rakyat. Rakyat dibijakkan, terima BRIM jangan undi BN. BRIM itu duit rakyat. Bukan duit poket BN. Beritahu rakyat, bahawa BR1M itu duit kamu, ambil," katanya lagi

Katanya, beliau yakin Pakatan mampu mentadbir Putrajaya selepas membuktikan kecemerlangan memimpin di negeri dikuasai Pakatan selama satu penggal.

"Insya-Allah kita buktikan sekiranya kita ke Putrajaya. Kita menunaikan janji Buku Jingga. Janji yang akan ditepati, bukan menepati janji selama 50 tahun.

"Kita tahu rakyat diperkudakan. Buku jingga menyelesaikan masalah, bukan membodohkan rakyat. Insya-Allah rakyat tidak boleh dibodohkan. Tanggungjawab kita mencerdikkan rakyat," katanya.
-mk

Ulasan GB

Masalah utama kini pemimpin UMNO BN tak baca malah ramai diantara mereka tak reti baca Al-Quran walaupun mengaku Islam! Itu sebab tak jumpa kisah-kisah kezaliman pemerintah dan kerajaan zaman silam, malah mereka tidak menyedari menjadi pewaris kezaliman mereka.

Dan kita tunggu serta lihat para wartawan media massa arus perdana, bagaimana nanti mereka putarkan ucapan Ust Hadi berkenaan kerana mereka, sama seperti pemimpin-pemimpin UMNO BN yang tongong itu, tak nak baca Al-Quran.

Manakala seorang dua menteri yang berpendidikan agama pula termasuk para mufti, sentiasa menjadi pengampu yang menyembunyikan kebenaran!

LIHAT VIDEO DI SINI DAN JUGA DI SINI

Tiada ulasan: