Kerajaan negara ini bertambah
lemah dari masa ke semasa kerana cara pemilihan pimpinan negara secara konvesyen
itu sudah lapuk dan tidak relevan lagi di zaman ini.. Selama ini Perdana
Menteri dipilih melalui konvensyen dalam mana Presiden UMNO itu adalah Perdana
Menteri. Jika lemah seorang Presiden UMNO itu lemah lah Perdana Menteri negara
ini dan berkecamuk lah keadaan negara dan pentadbirannya.
Sesungguhnya cara pemilihan
Perdana Menteri dengan kaedah konvensyen ini tidak merupakan pemilihan yang ‘legitimate’
kerana ia hanya di pilih dan di tentukan oleh tiga empat ribu perwakilan yang
boleh di jual beli undian mereka dalam pemilihan pimpinan parti UMNO itu.
Seorang Perdana Menteri sekarang bukannya di pilih oleh rakyat yang ramai atau
setidak-tidaknya oleh Ahli-Ahli Dewan Parlimen yang mewakili semua dan segenap
lapisan rakyat yang berbilang kaum dan agama serta cara hidu itu.
Kita sewajarnya memilih seorang
Perdana Menteri itu dengan memilih seorang yang mendapat keyakinan dari
ahli-ahli Dewan Legislatif Parlimen dan itu sememangnya ada tertulis dengan
jelas di dalam Perlembagaan negara kita. Saya yakin jika pemilihan seorang
Perdana Menteri itu telah dilakukan seperti yang di kehendaki oleh Perlembagaan
itu kita tidak akan mengalami mempunyai seorang Perdana Menteri yang terlalu
sarat dengan kontroversi dan masalah peribadi beliau seperti yang sedang kita
semua alami sekarang.
Bagaimana kita hendak meletakkan
keyakinan kepada tiga empat ribu perwakilan UMNO sahaja untuk menentukan siapa
yang menjadi Perdana Menteri Malaysia
ini? Kita telah melihat bagaimana sejak hampir tiga puluh tahun dahulu seorang
yang bercita-cita tinggi walaupun tidak berkelayakkan telah menjadi Presiden
UMNO yang secara automatik menjadi Perdana Menteri kerana pemilihan secara
konvensyen ini?
Seperti yang berlaku sekarang
rakyat ramai melalui wakil-wakil mereka di Parlimen tidak dapat menukar Perdana
Menteri kerana seorang Perdana Menteri itu adalah Presiden UMNO sahaja. Orang
Dayak serta Iban, misalnya, tidak dapat memberikan sumbangan untuk mencari
seorang Perdana Menteri kerana wakil mereka bukannya ahli UMNO dan Presiden
partinya.
Begitu juga orang Kadazan tidak
dapat bersama-sama memilih seorang Perdana Menteri Melayu yang beragama Islam
yang baik kerana wakil mereka tidak boleh menentukan siapa Perdana Menteri
kita. Jawatan itu hanya boleh di tentukan oleh perwakilan Bahagian UMNO dan
Cawangan yang berkumpul di Dewan Merdeka untuk memilih seorang Presiden UMNO
dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.
Kita memahami yang seorang melayu
yang berwibawa wajar di pilih untuk menerajui pimpinan negara tetapi biarlah
setiap rakyat, melalui wakil mereka dalam Parlimen itu, mempunyai hak untuk
memilih pemimpin Melayu yang mana yang selayaknya menjadi Perdana Menteri itu.
Dalam sistem sekarang ini sesiapa yang mempunyai lebihan seperti kekuatan
kewangan dan pengaruh di kalangan ahli-ahli yang menjadi perwakilan UMNO itu
akan mendapat mandat yang akhirnya menyumbang kepada kelemahan hari demi hari
tentang kualiti kepimpinan yang di pilih oleh UMNO untuk menjadi Presidennya
dan menjadi Perdana Menteri.
Sekarang ini misalnya, Najib mungkin tidak di terima dan di persoalkan
oleh rakyat jelata tetapi tidak siapa yang boleh menggantikan beliau dengan
mudah kerana beliau di pertahankan oleh UMNO itu sendiri. Malahan orang Melayu
keseluruhannya pun tidak berupaya untuk menentukan siapa yang sepatutnya
menjadi Perdana Menteri jika mereka tidak menjadi ahli UMNO atau wakil rakyat
UMNO di Dewan Parlimen itu.
Itulah sebabnya kini dalam UMNO begitu
lemah dan tidak lagi mempunyai moral untuk mentadbir negara tidak dapat
diketepikan dengan mudah kerana UMNO akan mempertahankan penyandang yang
datangnya dari UMNO itu. Justeru kelemahan UMNO memilih kepimpinan mereka akan
menjadikan semua pihak di tadbir oleh pimpinan yang lemah dan akhirnya
merosakkan keperibadian kepimpinan dan maruah negara kita tercinta ini.
Oleh kerana rakyat inginkan juga
peralihan dan pertukaran Perdana Menteri itu, maka rakyat terpaksa menolak UMNO
secara ‘total’ dalam pilihanraya kali ini kerana selagi UMNO memerintah, parti
itu akan menonjolkan pemimpin yang sentiasa menjadi persoalan rakyat tentang
kewibawaannya itu.
Jadi tidak salah rakyat ramai
menolak UMNO untuk mengelakkan negara di pimpin oleh pemimpin yang tidak boleh
dipercayai yang di juarakan oleh UMNO itu. Dalam sistem sekarang ini rakyat
terpaksa berpakat untuk menolak UMNO secara ‘total’ bagi mengelakkan melayu
dari parti ini menjadi Perdana Menteri kerana beliau hanya di pilih oleh
perwakilan UMNO yang tiga empat ribu itu sahaja dan bukannya dari rakyat yang
ramai.
Kali ini kita lakukan yang
terbaik semasa pilihanraya ini bagi memilih pihak yang lain dan membolehkan
seorang Melayu berwibawa dipilih untuk menjadi Perdana Menteri negara kita dan
tidak lagi kita berada di bawah tadbiran seorang Perdana Menteri yang pengecut
dan lemah serta lesu dan tidak bermaya yang mewakili UMNO itu..
Sekarang ini berbagai program
perubahan yang di retorikkan oleh pimpinan dan kita mesti percaya yang seorang
pemimpin yang penuh dengan slogan dan teori yang besar-besar itu akan hanya
kekal dengan teori mereka tetapi tidak akan mampu malakukan apa yang beliau
slogankan itu.
Apabila kita melakukan sistem
pemilihan melalui peruntukan Perlembagaan itu maka kita boleh memilih seorang
pemimpin Melayu yang berwibawa tidak kira beliau datangnya dari UMNO sendiri
atau dari Pakatan Rakyat.
Yang pentingnya ia mestilah
pilihan rakyat melalui wakil-wakil semua bangsa yang berada di Dewan Parlimen
itu. Kita tidak ada pilihan lain sebenarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan