HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 Februari 2013

Calon PRU: Orang muda perlu diberi keutamaan

Wartawan Sinar Harian
Wacana Sinar ke-17: Kuasa Politik Mahasiswa
Wacana Sinar ke-17: Kuasa Politik Mahasiswa
 
SHAH ALAM - Golongan muda perlu diberi peranan lebih penting terutamanya menjadi calon muka baru pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata penganalisis politik, Profesor Dr Azmi Hassan.

Beliau berkata, ini kerana golongan muda terutamanya mahasiswa dilihat mempunyai perjuangan idealisme tinggi berbeza veteran politik yang sudah lama berkhidmat.

"Saya berpendapat adalah wajar sekurang-kurangnya 30 peratus calon mana-mana parti yang bakal bertanding pada PRU-13 nanti adalah golongan muda.

"Pengundi di luar sana melihat golongan muda sebagai mereka yang mempunyai idealisme tinggi yang dapat memperjuangkan dasar parti dan dasar kepentingan negara," katanya ketika ditemui pemberita selepas menjadi anggota panel Wacana Sinar ke-17: Kuasa Politik Mahasiswa, semalam.

Mengulas lanjut, Azmi berkata golongan muda perlu diberi keutamaan menjadi calon pilihan raya untuk meyakinkan pengundi bahawa sesebuah parti politik itu sedang membuat pembaharuan.

Sementara itu, Azmi berkata manifesto pakatan pembangkang yang berjanji memberikan pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading jika menguasai Putarajaya adalah sesuatu yang sukar dilaksanakan.

Beliau berkata ini kerana perbelanjaan untuk menguruskan sesebuah universiti itu amat tinggi dan sekiranya pendidikan percuma diberikan, malah tiada sumber pendapatan untuk menguruskan universiti itu.

"Saya tak setuju sekiranya ada seratus peratus pendidikan tinggi percuma sebab kena jaga kualiti sesebuah universiti itu sendiri," katanya.

Sementara itu, bekas aktivis pergerakan mahasiswa, Tun Faisal Ismail Aziz, berkata pihaknya bersetuju sekiranya golongan muda dicalonkan sebagai calon pilihan raya tetapi mestilah calon 'winnable' (boleh menang) seperti yang dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Terdahulu dalam wacana itu, Azmi menasihatkan mahasiswa agar lebih memperjuangkan semangat idealisme berbanding perjuangan berasaskan partisan di kampus mereka.

Tiada ulasan: