HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 Februari 2013

Pemuda MIC mahu Ridhuan Tee diberi 'pengajaran'

 


 
Pemuda MIC menuntut kerajaan mengambil tindakan ke atas pensyarah kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang didakwa menyakiti hati masyarakat India melalui satu tulisan disiarkan akhbar Sinar Harian pada 18 Februari.

NONEKetua penerangan pergerakan itu S Subramaniam dalam memorandum yang diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri hari ini berkata, Ridhuan tidak sepatutnya dilepas begitu sahaja.

“Biar kita beri satu pengajaran kepada mereka yang sengaja membangkitkan isu perkauman untuk populariti murahan.

“Kami berharap pihak kementerian dalam negeri akan mengambil tindakan serta merta ke atas Ridhuan Tee Abdullah.

“Beberapa laporan polis telah dibuat oleh Pemuda MIC bersama NGO namun sehingga kini status penyiasatan masih belum diketahui,” memorandum itu dipetik.

Ia disampaikan kepada timbalan ketua setiausaha bahagian keselamatan dan ketenteraman awam di kementerian tersebut, Shamril Faizalis Shamsul Bahari pagi ini.
NONESinar Harian minggu lepas memohon maaf kepada orang India beragama Hindu atas penyiaran rencana provokatif itu.

Permohonan maaf itu disampaikan oleh penasihat editorialnya, Datuk Abdul Jalil Ali di hadapan kira-kira sepuluh penunjuk perasaan yang mewakili tiga NGO masyarakat India dan berhimpun di pintu masuk pejabat Karangkraf pada 22 Februari lalu.

Abdul Jalil turut memberikan komitmen untuk memohon maaf secara peribadi di dalam kolum beliau dalam akhbar itu pada hari Khamis ini.

Namun Ridhuan Tee sehingga kini masih belum membuat sebarang kenyataan atau meminta maaf berhubung tulisannya itu.

Tiada ulasan: