HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Februari 2013

Jawatan PM bukan isu utama, kata Anwar

TERKINI
Oleh Nomy Nozwir

PETALING JAYA — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata jawatan Perdana Menteri bukan isu utama sekiranya Pakatan Rakyat (PR)memenangi pilihan raya umum yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Menurut ketua pembangkang itu, isu tersebut bukan satu masalah dan tidak dibangkitkan semasa di Konvensyen Pakatan Rakyat semalam.

“Tidak ada pengumuman pada 2008 semasa kita menang di Selangor, Tan Sri Khalid (Ibrahim) menjadi MB (menteri besar),” kata Anwar dalam sidang media di ibu pejabatnya hari ini.

Isu ini sering dimainkan Barisan Nasional (BN) mengenai pakatan yang ditubuhkan lima tahun lalu dimana gabungan ini masih belum diuji sepenuhnya, dimana BN memberitahu pengundi pakatan ini masih tidak stabil.

Persepsi itu jelas dengan keengganan PR mengumumkan bahawa wujudnya kesepakatan untuk bersetuju Anwar menjadi perdana menteri sekiranya menang dalam pilihan raya kali ini selepas mengumumkan manifesto Pakatan Rakyat di Shah Alam semalam.

Anwar berkata, beliau tidak nampak sebab bahawa wujudnya keraguan dari persepsi orang ramai, walaupun pakatan tersebut masih belum mengumumkan siapa yang akan mengetuai pakatan tersebut jika berjaya menawan Putrajaya.

The Malaysian Insider melaporkan minggu lalu bahawa beberapa pemimpin PAS mempersoalkan kelayakan Anwar sebagai perdana menteri sekiranya PR memenangi pilihan raya 2013, dan ada yang mengatakan kemungkinan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon untuk jawatan tersebut.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider di dalam mesyuarat tertutup antara pemimpin PAS dan PKR, selepas pemimpin PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata dua minggu lalu bahawa parti tersebut akan keluar dari pakatan pembangkang tersebut jika merugikan Islam dan Melayu.

“Pemimpin tertinggi PAS berkata adalah 'haram' untuk Anwar menjawat jawatan perdana menteri,” kata sumber PR yang memberitahu The Malaysian Insider yang tidak mahu dinamakan.

“Kemudian pemimpin PKR membalas Anwar tidak minta jawatan perdana menteri, tetapi orang ramai yang mahukan. Ini juga dipersetujui PAS dan DAP semasa pilihan raya 1999,” kata sumber itu lagi.

Isu siapa perdana menteri sekiranya PR memenangi pilihan raya mula diperkatakan tiga minggu lalu apabila Majlis Syura PAS dilaporkan menolak Anwar sebagai perdana menteri, sebaliknya melantik calon dari luar untuk jawatan tersebut.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagaimanapun menolak laporan Utusan Malaysia untuk cuba merenggangkan hubungan antara PAS dan rakan PR iaitu PKR dan DAP, menurut laporan agensi berita nasional Bernama.

Pengerusi DAP Karpal Singh mengatakan Anwar akan jadi Perdana Menteri jika PR menang pilihan raya, begitu juga dengan setiausaha agungnya Lim Guan Eng yang mengulangi kenyataannya ketika ucapan pelancaran manifesto.

Percanggahan antara PAS dan PKR siapa jadi perdana menteri menjejaskan peluang PR, walaupun pakatan pembangkang kali ini dilihat pencabar BN terbesar dalam sejarah.

PAS akan bertanding 70 dari 222 kerusi parlimen dalam pilihan raya yang mesti diadakan pada April ini.
BN kehilangan undi tradisi dua per tiga majoriti dan empat negeri dengan PAS, PKR dan DAP, tetapi BN berjaya mendapatkan semula Perak selepas beberapa ahli dewan undangan negerinya keluar dari PR.

Tiada ulasan: