Abdul Aziz Mustafa, |
KUALA LUMPUR:
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar tidak terkejut apabila Tun Dr
Mahathir Mohamad tidak malu menggunakan ‘jawapan fotostat’ untuk
mempertikai Manifesto Rakyat.
"Dah tak ada hujah yang masuk akal nak guna untuk sanggah manifesto kita, guna jawapan fotostat pun Dr Mahathir tak malu dah," katanya.
Mahfuz menyifatkan dakwaan Dr Mahathir bahawa manifesto Pakatan Rakyat (PR) itu boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis sebagai jawapan fotostat.
"Kita dah agak dari awal lagi mereka akan fotostat hujah kitar semula itu untuk menolak Manifesto Rakyat.
"Saya difahamkan, tak sampai sembilan jam selepas diumumkan media-media Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan penuh histeria meratib-ratib perkataan bankrap dan muflis," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Isnin lalu, PR melancarkan Manifesto Rakyat dengan tema 'Pakatan Harapan Rakyat' di Pusat Konvensyen Shah Alam.
Dua hari selepas itu, PR mencabar BN untuk mengadakan debat terbuka mengenai keupayaan manifesto Pakatan Harapan Rakyat yang diumumkan gabungan tersebut.
Setakat berita ini ditulis, tidak ada laporan yang menyatakan BN menyambut cabaran berdebat itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan