Oleh Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR : Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar
memberi peluang kedua kepada Raja Nong Chik Zainal Abidin untuk memilih
sendiri tarikh, tempat dan masa untuk berdebat semula, selepas Menteri
Pembangunan Wilayah & Kesejahteraan Bandar itu gagal muncul di
program ‘Debat Perdana Lembah Pantai’ Ahad lalu.
“Cakap,
di mana pun saya akan pergi,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu
disambut tepukan gemuruh kira-kira 200 hadirin di perkarangan Apartmen
Pantai Permai.
Walaupun dalam hujan renyai, ditambah pula gangguan pembesar suara
dari tapak ceramah BN yang diadakan hanya 30 meter dari lokasi debat,
namun tak menghalang penduduk Lembah Pantai hadir untuk mendengar hujah
kedua-dua panelis.
“Sebelum ini, Raja Nong Chik cabar saya dan MP (Ahli Parlimen)
Petaling Jaya Utara (Tony Pua) untuk berdebat mengenai penggunaan wang
KWSP untuk membiayai kos pembinaan rumah kos rendah.
“Hujah kami ialah, pembinaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)
mestilah menggunaan wang kerajaan. Bukannya wang pencarum KWSP
(Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).
“Tapi malam ini tak perlu dua orang pun, saya seorang dah cukup.
Sebab Raja Nong Chik tak hadir. Penduduk Lembah Pantai kecewa,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan