Pengarah
komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata beliau berpengalaman hadir
ke satu kursus Biro Tata Negara (BTN) cuba menurutnya cuba menerapkan
elemen kepartian dan menyemai rasa perkauman ke dalam pemikiran
mahasiswa.
"Saya dahulu dihantar ke Biro Tata Negara (BTN) kerana saya pemegang biasiswa. Dia punya isi kandungan sangat-sangat partisan.
"Jadi kalau betul hendak cakap non-partisan, kena berlaku adil," katanya sewaktu bercakap pada wacana 'Kuasa Politik Mahasiswa' di Shah Alam petang tadi.
Beliau membangkitkan perkara itu ketika mengulas pandangan seorang lagi ahli panel, Tun Faisal Ismail Aziz berhubung Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Exco Pemuda Umno itu sebelum itu menyatakan bahawa AUKU berperanan untuk memastikan pelajar mengambil sikap tidak memihak kepada parti politik dalam politik kampus.
Nik Nazmi seterusnya berkata, dakwaan bahawa BTN berperanan menjelaskan dasar kerajaan juga tidak benar kerana kursus berkenaan menurutnya cuba mengasuh mahasiswa untuk bersikap anti-pembangkang.
"BTN ada berbeza dengan institut kerajaan lain seperti Institut Tadbir Negara (INTAN) yang mengadakan latihan tentang pentadbiran atau pun menerangkan dasar-dasar umum kerajaan.
"BTN menghantar mesej parti, ada elemen-elemen kaum dan sebagainya.
"Ia menyebabkan saya tidak bersetuju (kerana) ia juga menyerang pemimpin-pemimpin pembangkang," katanya.

Biar siswa pilih
Beliau turut meningkah pandangan Tun Faisal tentang peranan AUKU dalam gerakan mahasiswa.
Menurutnya, mahasiswa sewajarnya diberikan pilihan untuk menentukan pendirian mereka.
"Bersikap partisan atau tidak, itu kita bagi mahasiswa pilih kerana Perlembagaan membenarkan mereka berbuat demikian," katanya.
Tambahnya lagi, kerajaan hanya meminda AUKU, yang kini membolehkan mahasiswa menjadi ahli serta memegang jawatan dalam parti politik, apabila mahkamah memutuskan akta itu bertentangan dengan Perlembagaan.
"Pindaan Seksyen 15 hanya dibuat apabila kerajaan kalah dalam kes mahkamah
"Apabila mahkamah kata ia (AUKU) bertentangan dengan Perlembagaan, barulah mereka ambil tindakan," katanya.
Mahkamah Rayuan pada hujung tahun 2011 mengisytiharkan Seksyen 15 (5)(a) AUKU 1971 yang melarang mahasiswa menyatakan sokongan atau bangkangan dalam aktiviti politik sebagai tidak sah di sisi undang-undang.
Panel tiga hakim dalam keputusan 2-1 memutuskan seksyen itu tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan