http://pascst.blogspot.com
IMBUHAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR VS KERAJAAN PUSAT
Oleh ShEaf, PASCST
Air Percuma dari Kerajaan Negeri Selangor
Skim air percuma 20 meter padu ditawarkan kepada rakyat Selangor sejak 1 Jun 2008. Pada tahun yang sama, kenaikkan tarif air juga dihalang oleh PR Selangor. Ini kerana mengikut Perjanjian Penswastaan Air 2004, Syabas diberi kuasa untuk menaikkan tarif air sebanyak 37 peratus pada 2009 dan 25 peratus pada 2012.
BR1M dari Kerajaan Persekutuan
Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M pula diperkenalkan pada tahun 2012. Bantuan tunai sebanyak RM500.00 itu layak diterima oleh setiap isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.
So.. mana lebih menguntungkan rakyat Selangor? Mari kita kaji...
(Kajian tak seberapa ini dibuat dari tahun 2008 hingga kini, iaitu sejak kerajaan Selangor diterajui Pakatan Rakyat.)
1. RM913 VS RM500
Air Percuma
Tarif air dari 2008 - 2009: RM0.57/mtr padu
Kenaikan sebanyak 37% bermula 2009 - 2011 = RM0.78/mtr padu
Kenaikan sebanyak 25% bermula 2012 - Feb 2013 = RM0.97/mtr padu
Air percuma + tiada kenaikan tarif air oleh SYABAS, setiap isi rumah rakyat Selangor telah jimat:
Jun 2008 - Dis 2008 = RM0.57 x 20 mtr padu x 7 bulan = RM79.80
Jan 2009 - Dis 2011 = RM0.78 x 20 mtr padu x 36 bulan = RM561.60
Jan 2012 - Feb 2013 = RM0.97 x 20 mtr padu x 14 bulan = RM271.60
Jumlah penjimatan setiap isi rumah di Selangor dari Jun 2008 hingga Feb 2013 = RM913.00
BR1M
Bantuan sebanyak RM500.00 layak hanya kepada ketua ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah. Sila lihat syarat kelayakan permohonan BR1M di sini.
Ringkasnya, dari Jun 2008 hingga Feb 2013 setiap isi rumah rakyat Selangor yg layak sahaja, dapat = RM500.00
Tetapi rakyat tidak sedar bahawa barangan keperluan harian, jalanraya dan lain2 lagi telah dikenakan cukai oleh kerajaan Malaysia dan cukai2 inilah yang menentukan kos sara hidup yang saban hari semakin meningkat. Oleh itu, apa yang kerajaan pusat pimpinan BN bagi, akan disedut balik walaupun sebahagian.
2. BERTERUSAN VS "ONE-OFF"
Air Percuma
Di bawah program "Merakyatkan Ekonomi" negeri Selangor (MES), kerajaan negeri pimpinan PR dilihat bersungguh dalam usahanya untuk memantapkan ekonomi sekaligus meringankan beban rakyat Selangor. Usaha untuk mengambil alih industri air membolehkan kerajaan negeri meneruskan pemberian air percuma serta menyekat kenaikan tarif air yang membebankan di masa-masa akan datang.
Kredibiliti kerajaan negeri selaku pentadbir ekonomi Selangor juga boleh dilihat dari peningkatan hasil pendapatan sejak 2007 hingga 2011.
Kerajaan negeri berjaya meningkatkan rizab perbendaharaan negeri Selangor kepada lebih RM2.57bilion (2012) berbanding kurang RM500 juta (2007) walaupun terus melaksanakan pelbagai program meringankan beban rakyat menerusi berbagai insentif (lihat sini) antaranya, pemberian air pecuma 20 mtr padu.
Pada masa yang sama, hutang dan tunggakan hutang turut menurun dengan ketara. Jabatan Audit Negara melaporkan, "Prestasi pembayaran hutang awam pada tahun 2011 adalah sangat baik kerana baki hutang awam telah menurun sejumlah RM25.01 juta manakala tunggakan bayaran balik pinjaman mencatatkan penurunan sejumlah RM604.97 juta" (rujuk sini)
Oleh itu, Kerajaan Selangor dianggap mampu untuk meneruskan pemberian air percuma sekalipun Syabas tidak dapat diambil alih dan Kerajaan Persekutuan masih diterajui BN. Dan sejak dilancarkan air percuma ini kerajaan Selangor belum lagi bankrupt!
BR1M
Pemberian BR1M pula hanyalah sekali sahaja atau "one-off". Namun, PM Najib berkata pemberian berterusan akan dipertimbangkan bergantung pada kemampuan kerajaan dan hasil pendapatan negara (sumber di sini).
Jika dilihat pada pendapatan perkapita Malaysia, ianya telah meningkat dari tahun ke tahun tetapi pemberian BR1M hanya bermula pada 2012. Kenapa sekarang baru mampu? Lagipun kerajaan pusat sepatutnya boleh bagi lebih lagi dari RM500.00 memandangkan hasil negara yang jauh lebih besar dari kerajaan Selangor dan target pemberiannya adalah rakyat berpendapatan rendah.
Hutang negara turut berjaya menunjukkan peningkatan sebanyak RM50billion dari suku keempat 2011- suku keempat 2012 (lihat sini). Ini menunjukkan kerajaan pusat tidak dapat menguruskan kekayaan negara dengan baik. Dengan sumber asli yang begitu banyak, kerajaan pusat tetap berhutang dan mengakibatkan negara tidak mempunyai lebihan wang untuk berbelanja pada masa-masa akan datang dan terpaksa mengheret negara dalam perbelanjaan defisit.
Boleh ke BR1M dihulurkan lagi buat kali ke dua kepada orang yang sama? Melainkan Kerajaan BN naikkan lagi cukai pendapatan, cukai barangan, harga minyak, etc etc...
3. PEMBERIAN IKHLAS VS PANCING SOKONGAN
Air Percuma
Pemberian air percuma adalah selari dengan dasar PR supaya rakyat boleh menikmati hasil negeri secara langsung. Penjimatan air percuma sebanyak 20 mtr padu pertama itu diberi secara otomatik dan terus kepada seluruh penduduk Selangor yang ada meter individu. Walau bagaimanapun, bagi kediaman yang menggunakan meter pukal boleh memohon utk mendapatkan air percuma melalui sistem kupon (klik sini).
[Sebenarnya setiap kediaman di Selangor sudah boleh menerima air percuma sekirannya Syabas melakukan tanggungjawabnya dan selesai menukar semua meter pukal kepada meter individu enam tahun lalu. Ini kerana mengikut perjanjian penswastaan perkhidmatan air 2004, Syabas perlu menukar kesemua meter pukal di kediaman ke meter individu dalam dalam tempoh dua tahun dari 2004 hingga ke 2006 (lihat sini).]
BR1M
Dahlah penerima BR1M tak dapat memanfaat wang itu sepenuhnya, nak dapat BR1M pun mesti melalui majlis ceramah2 politik dan proses2 angkat sumpah yang dianjurkan oleh parti BN.
Perbuatan ini telah disalah-gunakan oleh kerajaan pusat pimpinan BN. Duit rakyat tak ada kaitan dengan parti BN. Lainlah BN yang keluarkan duit utk BR1M.
So.. imbuhan mana yang lebih menguntungkan?
Jika air percuma...
- Rakyat jimat RM913.00 dan semua rakyat Selangor dapat menggunakan duit lebihan hasil dari penjimatan air utk keperluan lain.
- Penjimatan sejak kerajaan Selangor diambil alih oleh PR. Kendalian ekonomi Selangor yang memberangsangkan serta keprihatinan kerajaan negeri terhadap masalah rakyat memperlihatkan kemampuan kerajaan negeri utk meringankan beban rakyat seperti meneruskan pemberian air percuma.
- Tiada syarat yang dikenakan oleh Kerajaan Selangor utk menikmati air percuma. Rakyat tidak di-haiwan-kan.
- Hanya sebahagian rakyat Selangor dapat menikmati bantuan wang RM500.00 dan nilai wang susut disebabkan cukai2 yg kita tak nampak.
- Pemberian "one-off" walau dah 55 tahun memerintah. Kebarangkalian utk kerajaan pusat (BN) utk meneruskan pemberian BR1M juga meragukan kerana kendalian ekonomi yang tidak meyakinkan.
- Kesusahan rakyat adalah "political gain" kerajaan pusat supaya senang rakyat di-haiwankan-kan bila dekat dengan pilihanraya.
Fikir2 lah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan