HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 Februari 2013

Auku: Pakatan belum ada akta pengganti

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
Nik Nazmi: Pakatan belum cadangan pengganti Auku
Nik Nazmi ketika mengambil bahagian dalam Wacana Sinar ke-17 bertajuk Kuasa Politik Mahasiswa di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.
 
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) yang konsisten dengan pendiriannya mahu memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dalam 100 hari pertama pentadbirannya akan menggantikan dengan satu akta lain yang memberi lebih kuasa kepada Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, pihaknya juga ada menerima cadangan daripada mahasiswa mengenai kandungan akta baru sejak 2008. 
 
"Kita hendak beri lebih banyak kuasa autonomi kepada IPT bukan berada di peringkat kementerian. Maknanya ia betul-betul akademik dan profesional, bukannya politik," katanya.

Tiada ulasan: