HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Mac 2013

PRU 13: Wan Azizah beri bayangan bertanding di DUN Selangor

Oleh Norutul Ilham

SHAH ALAM : Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini memberi bayangan kemungkinan akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Menurutnya, keputusan itu belum diputuskan parti memandangkan pembubaran Parlimen masih menjadi teka-teki.

Beliau ditemui di Shah Alam selepas penyampaian sumbangan kepada balu dan waris wira negara yang terkorban di Lahad Datu, Sabah ditanya mengenai desas-desus akan bertanding di DUN pada PRU kali ini.

WAWI

Wan Azizah yang dikaitkan dengan DUN Sementa dan satu kerusi DUN di Shah Alam juga hanya tersenyum ditanya mengenai perkara itu.

“Saya layak untuk bertanding DUN, tapi perkara ini masih dalam perbincangan tidak formal, tapi untuk kerusi Parlimen tidak,” katanya.

“Di kawasan mana untuk bertanding kita kena buat perbincangan,” jelas beliau.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebelum ini menyatakan berhak memilih mana-mana DUN untuk bertanding, tetapi keputusan masih terletak kepada kuasa parti.

Pada PRU 2008, Wan Azizah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti 13,388 undi, mengatasi calon BN, Datuk Pirdaus Ismail.

Beliau bagaimanapun meletak jawatan pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu. – NS

Tiada ulasan: