KL TODAY
PUTRAJAYA:
Ekoran berita Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengadakan
pertemuan dengan pemimpin Barisan Nasional menyebabkan ramai wartawan
dan jurugambar berkampung di luar pejabat Perdana Menteri. Difahamkan
beberapa pemimpin negeri mengadakan pertemuan Najib untuk membincangkan
mengenai senarai calon bagi pilihan raya.
Difahamkan
pada pukul 2.30 petang Perdana Menteri bertemu dengan wakil daripada
Sabah, Johor, Selangor dan Perak dalam sesi yang berasingan.
Kereta yang dinaiki pemimpin berkenaan dilihat tiba di Kompleks Jabatan Perdana Menteri seawal pukul 9 pagi.
Turut difahamkan mesyuarat bersama pemimpin parti komponen akan berlangsung sepanjang hari Jumaat.
Wartawan
yang berkampung di sana hanya dilengkapi dengan peralatan kerja
masing-masing bersama-sama air mineral mereka telah menunggu di bawah
cuaca panas terik seawal pukul 10 pagi.
Najib yang
juga Pengerusi Barisan Nasional, akan memuktamadkan senarai calon yang
akan mewakili parti itu pada pilihan raya umum kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan