HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Mac 2013

Konvoi jelajah PAS ditahan polis di Perak

THE MALAYSIAN INSIDER
 
KUALA LUMPUR— Trak konvoi "Jelajah Negara Berkebajikan PAS" didakwa telah ditahan 30 anggota pasukan polis termasuk anggota polis dari Cawangan Khas dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika dalam perjalan menuju ke lokasi ceramah di Seksyen 18 di Perak.

Difahamkan anggota polis telah mengejar trak berkenan sebaik sahaja keluar dari lebuhraya dan menahannya di Taman Pinji Perdana selepas melalui sekatan jalan raya yang dilakukan pihak berkuasa.

Memetik laporan Harakahdaily, sekitar lima kereta peronda polis, empat motorsikal berkuasa tinggi turut berada di lokasi berkenaan ketika trak tersebut ditahan.

Pemeriksaan trak yang memakan masa selama sejam itu bagaimanapun dibuat pihak JPJ.

Turut difahamkan, peguam PAS, Asmuni Awi antara pihak yang berunding dengan pasukan polis tersebut yang mendakwa mereka hanya menjalankan tugas yang diarahkan pihak atasan untuk menahan trak berkenaan.

Malah, Harakahdaily turut melaporkan lokasi ceramah pada malam itu juga terpaksa diubah daripada Seksyen 18 ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh penganjur mengatakan terdapat ramai anggota pasukan polis anti rusuhan (FRU) dan polis berada di lokasi bekenaan.

Tiada ulasan: