Oleh Aisha Geoffrey
KUALA LUMPUR : Kira-kira 10,000 pengguna telefon pintar memuat turun aplikasi bersepadu ‘PRU13 PKR’ melalui platform Android dan Apple dalam masa tiga hari, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
“Sejak dilancarkan 25 Mac lalu, jumlah pengguna yang memuat turun aplikasi itu sudah cecah 10,000,” katanya kepada Keadilan Daily.
KEADILAN menjadi parti politik pertama membangunkan Apps bersepadu untuk menyebar maklumat pada kempen PRU 13 melalui media sosial.
Ia ekoran ruang maklumat yang disekat akibat media kawalan Umno tidak bebas.
Usaha itu dilakukan sepenuhnya menerusi gabungan telefon pintar (smartphone) dan media sosial seperti facebook dan twitter.
“Sambutan menggalakkan dan sasaran kita ialah untuk mencapai 50,000 muat turun,” kata Rafizi.
KEADILAN turut menerbit lapan video penerangan ringkas mengenai lapan program Manifesto Pakatan Rakyat bagi memberi penjelasan berkaitan pelaksanaan dan pembiayaan program berkaitan.
“Sudah dua video disebar melalui facebook dan mencapai 1.1 juta sebaran. Maknanya video itu muncul dalam akaun 1.1 juta orang dan turut dipaut ke Apps,” katanya.
Rafizi berkata, pimpinan KEADILAN turut memainkan peranan di laman facebook serta twitter untuk menyebar video itu.
“Menjelang PRU 13, kita harap dapat kumpul 1.5 hingga 2 juta pengikut di laman sosial untuk menyebar setiap maklumat yang kita salur,” katanya.
“Kita yakin maklumat boleh disebar lebih cepat dan berkesan dalam tempoh berkempen. Segala isu juga kita boleh jawab dengan cepat,” kata Rafizi.
Untuk muat turun aplikasi, KLIK INI.- NS (edited FZL)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan