Oleh Aisha Geoffrey
KUALA LUMPUR : Umno BN dicabar berpolitik secara matang dan
waras serta menghentikan fitnah lucah untuk mengaib dan menjatuhkan
lawan politik dari Pakatan Rakyat bagi memenangi pilihan raya, kata
Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail.
Cabaran itu susulan pendedahan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk
Saifuddin Nasution Ismail tentang penyebaran video seks fitnah
melibatkan pimpinan KEADILAN termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bakal
menyusul, Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar serta Menteri Besar
Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
“Pastinya perkhabaran itu mengecewakan rakyat yang teruja untuk
menyaksikan proses pilihan raya berasaskan politik nilai serta matang.
Sejak dulu lagi politik lucah seolah-olah dibenarkan kerajaan,” kata
Aishah kepada Keadilan Daily.
Menurut Aishah, politik lucah bagaikan penanda aras untuk pemimpin
Umno menyerang peribadi pimpinan Pakatan Rakyat semata-mata mahu
memenangi pilihan raya.
“Perlu ada ketegasan dari semua parti yang bertanding bahawa mereka
menolak politik jijik dan fitnah.
Umno sendiri mengapa tiada kenyataan
menolak budaya lucah seperti itu. Ini kerana mereka merestuinya,” kata
beliau.
Aishah menambah, polis perlu bertindak bagi membanteras gejala
politik lucah yang semakin menular menjadi budaya pemimpin Umno BN.
“Sekiranya video palsu itu disebar, kita desak polis siasat segera
siapa dalangnya, jangan bersikap tidak adil dan sekadar menutup mata,”
katanya.
“Kita cabar Umno, masuk gelanggang pilihan raya dengan politik nilai, waras serta melalui perdebatan,” tegas Aishah. – NS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan