HALAMAN SANTAI

Isnin, 22 April 2013

Abu Hassan terkejut, kesal dengan keputusan Mat Taib

 
Beliau tidak menyangka Muhammad bertindak sedemikian kerana tidak pernah berbincang mengenai hasratnya itu.



SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar terkejut dan kesal dengan tindakan rakan seperjuangannya, Tan Sri  Muhammad Muhammad Taib meninggalkan Umno dan menyertai PAS.

Yang DiPertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor itu berkata, beliau tidak menyangka Muhammad bertindak sedemikian  kerana tidak pernah berbincang mengenai hasratnya itu.

Abu Hassan turut menafikan wujudnya sebarang krisis atau pertelagahan antara Muhammad dengan Mubarak mahu pun Barisan Nasional  (BN) Selangor.

“Kami tak sangka perkara ini berlaku, saya amat kesal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tiada ulasan: