Oleh Ida Lim, Mohd Farhan Darwis dan Debra Chong
Lim Kit Siang memberi ucapannya di ceramah PAS di Pulai Perdana, Johor. - Gambar oleh Saw Siow FengJOHOR
BARU — Walaupun kempen pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dilihat
umpama “rockstar” di kawasan majoriti Cina di Johor, respon kurang
memberangsangkan daripada kawasan kejiranan Melayu menunjukkan
pembangkang masih lagi mempunyai laluan yang sukar untuk mencapai
kemenangan dalam Pilihan Raya Umum 2013 pada 5 Mei depan.Perkara itu turut diakui sendiri oleh pemimpin PR.
“Saya melihat petanda positif, tetapi Ghani masih mempunyai kelebihan,” kata veteran DAP Lim Kit Siang, kepada The Malaysian Insider malam tadi selepas berceramah di kawasan kediaman Melayu di Pulai Perdana.
Beliau yang berusia 72 tahun itu adalah calon bagi kerusi Parlimen Gelang Patah dan akan menentang bekas menteri besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang telah menjawat jawatan berkenaan selama empat penggal.
Gelang Patah merangkumi majoriti pengundi Cina sebanyak 52 peratus, Melayu dan India masing-masing 34 dan 12 peratus pengundi berdaftar.
Pendatang baru DAP, Wong Shu Qi, turut berkongsi perkara sama dengan The Malaysian Insider apabila bercakap mengenai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senai.
“Kami menerima sambutan menggalakkan daripada komuniti Cina,” katanya yang bekerja sebagai wartawan sebelum menyertai politik.
Beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata parti itu berjaya menawan hati pengundi Cina untuk menyokong PR, namun sukar bagi mereka meyakinkan pengundi Melayu bahawa polisi ditawarkan PR lebih baik, termasuk di kawasan separa bandar seperti di Senai dan Kulai yang merangkumi kawasan Wilayah Ekonomi Iskandar Malaysia.
Wilayah Iskandar telah menerima jumlah kemasukan pelaburan berjumlah lebih RM100 billion sejak diperkenalkan pada 2006, dilihat menjadi pemacu ekonomi Johor namun turut dipersalahkan kerana menjadi punca peningkatan kos sara hidup di negeri yang berjiran dengan Singapura itu.
“Kami memerlukan lebih masa untuk diterima pengundi Melayu,” kata Wong, dan mendakwa kebanyakan pengundi Melayu telah “diarahkan ke kawasan kecil seperti Felda dan hanya menonton TV3.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan