KUALA
LUMPUR— Muslimat PAS Malaysia menjemput bekas Naib Ketua
Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menyertai mereka dalam pergerakkan
wanita Pakatan Rakyat (PR) selepas pemimpin tersebut dipecat dari Umno
semalam kerana bertanding sebagai calon bebas.Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof berkata BN tidak menghargai wanita dimana jawatan Menteri Wanita dan Pembangunan Masyarakat turut disandang oleh Datuk Seri Najib Razak.
“Kamiliah seorang peguam, cerdik, mampu berhujah dan rugi jika tidak dipandang,” kata Siti Zaliah dipetik dari portal Harakahdaily.
“Marilah bersama untuk kita menggerakkan martabat wanita di negara ini yang setakat ini hanya dipedulikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat,” tambah beliau lagi.
Siti Zaliah turut mengalu-alukan tindakan Kamilia bertanding sebagai calon bebas bebas untuk memberikan pengajaran kepada pemimpin BN yang tidak menghargai kaum wanita.
“Untuk itu beliau wajar bersama Wanita Pakatan dalam membentuk agenda wanita untuk ubah nasib dan masa depan wanita,” katanya.
Semalam, Kamilia membuat kejutan apabila bertanding sebagai calon bebas di kawasan Parlimen Kuala Kangsar dengan menggunakan lambang buku dan akan berdepan dengan calon BN Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr Khalil Idham Lim daripada PAS.
Sebelum ini, Kamilia pernah menyuarakan kekecewaannya kerana BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam pilihan raya umum ke 13.
Bagaimanapun, Pengerusi BN Najib berkata Kamilia telah menolak tawaran bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan kerana mahu bertanding kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
Pilihan Raya 2013 akan berlangsung pada 5 Mei dimana pengundi akan memilih 222 wakil parlimen diseluruh negara dan 505 wakil DUN di setiap negeri kecuali Sarawak.
Sarawak telah menjalankan pilihan raya DUN pada 2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan