TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER
Abdul Hadi Awang pada ceramah di Putrajaya 17 April, 2013. — Gambar fail oleh Saw Siow FengKUALA
LUMPUR — PAS mahu menyelesaikan isu pertindihan di tujuh
kerusi dengan PKR dan akan menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, Dewan
Undangan Negeri (DUN) Sungai Aceh, Pulau Pinang dan Panti, Johor, kepada
PKR kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.
PKR
dicadangkan untuk menyerahkan tiga kerusi DUN di Terengganu iaitu Bukit
Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS dan DUN Kota Damansara
akan dirundingkan lagi diantara PAS dan PKR.Cadangan ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS hari ini yang dipengerusikan oleh Abdul Hadi, lapor Harakahdaily.
Menurut laporan itu lagi, segala perkara berbangkit mengenai pertindihan kerusi PKR-PAS dianggap selesai dengan pengumuman tersebut dan fokus Pakatan Rakyat kini adalah untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya 5 Mei depan.
Di samping itu, Abdul Hadi juga menegaskan semua ahli PAS yang sebagai calon bebas akan dipecat daripada parti tersebut.
Awal pagi tadi, The Malaysian Insider melaporkan Abdul Hadi memberi alasan pertindihan kerusi antara PAS-PKR adalah kerana untuk menggelakkan calon lompat parti selepas berakhir Pilihan Raya 2013 seperti yang berlaku sebelum ini.
“Kita tak mahu kerajaan kita jatuh macam Perak. Memerintah sekejap,” tambah Abdul Hadi merujuk kepada kejatuhan kerajaan PR Perak pada 2009 selepas dua ADUN PKR dan seorang ADUN DAP melompat parti.
Selepas pilihan raya 2008, kredibiliti PKR terjejas teruk selepas beberapa ahli Parlimen dan ADUN keluar parti.
Bagi kerusi Parlimen Labuan, pertindihan berlaku selepas calon PKR, Tan Sri Ibrahim Menudin dan calon PAS, Hadnan Mohamad hadir pada hari penamaan calon untuk mendaftarkan diri selain calon Barisan Nasional (BN) Rosman Isli yang akan bertanding di kerusi parlimen tersebut.
Pertindihan calon PAS dan PKR turut berlaku di kerusi DUN Pulau Pinang melibatkan dua pemimpin PR iaitu Mohd Yusni Mat Piah dari PAS serta Badrul Hisham Shaharin daripada PKR yang akan berhadapan lawan daripada BN, Datuk Mahmud Zakaria.
Selain Panti, empat lagi kerusi DUN yang berlaku pertindihan adalah Kota Damansara, Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir.
Pertindihan kerusi diantara PAS dan PKR dijangka akan memecahkan undi dan memberi memberikan peluang lebih cerah kepada Barisan Nasional (BN).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan