KL TODAY
Polis
hari ini mengulangi ingatan kepada pihak yang berkenaan agar
berhati-hati ketika membuat kenyataan menerusi media sosial sepanjang
pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini, bagi mengelak pelanggaran
undang-undang terutama berkaitan hasutan.
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yusof berkata ini berikutan perang siber semakin rancak sekarang, membabitkan parti politik, penyokong mereka dan pelbagai pihak lain.

“Kadang-kadang
semasa kita teruja, kita menulis secara tidak bertanggungjawab.
Perkara ini dipantau polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia bagi mengelak penyebaran gejala hasutan dan sebagainya,”
katanya pada taklimat media sempena PRU13, di Bukit Aman di sini.
Ramli
berkata orang ramai boleh mendapatkan maklumat berkaitan PRU13 menerusi
laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam pada
itu, bagi memastikan kelancaran operasi polis sepanjang PRU13,
sebanyak 11 pegawai kanan dilantik untuk memantau 14 kontinjen.
Mereka ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang akan memantau kontinjen Negeri Sembilan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Bakri Zinin (Sabah), Pengarah JSJ Komersil, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan (Kedah dan Perlis), Pengarah Pasukan Petugas Khas, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun (Perak) dan Pengarah Pengurusan, Datuk Mortadza Nazarene (Sarawak).

Turut
terbabit Pengarah JSJ Narkotik Datuk Noor Rashid Ibrahim yang akan
memantau kontinjen Kelantan dan Terengganu, Pengarah Jabatan Logistik
Datuk Pahlawan Zulkifli Abdullah (Johor dan Melaka), Pengerusi Bidang
Keberhasilan Utama Negara Datuk Wira Ayub Yaacob (Pahang), Pengarah
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Datuk
Seri Salleh Mat Rasid (Kuala Lumpur), sementara Timbalan Pengarah II
Cawangan Khas Datuk Eo Chong Cheong memantau kontinjen Pulau Pinang dan
Pengarah I JKDNKA Datuk Abd. Rahman Hussin (Selangor).
Kata Ramli sepanjang PRU13 juga Bukit Aman akan mengadakan taklimat media sebanyak dua kali sehari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan