KL TODAY
Presiden
MIC Datuk Seri G. Palanivel hari ini berkata Datuk Seri S. Samy Vellu
merupakan calon yang boleh menang sekiranya dicalonkan untuk bertanding
semula di Parlimen Sungai Siput dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13
nanti.Bagaimanapun, Palanivel berkata terpulang kepada Pengerusi Barisan
Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak untuk memutuskan sama ada bekas
presiden MIC itu harus diberi peluang kedua untuk merampas semula
kerusi itu.
“Beliau
(Samy Vellu) adalah calon boleh menang,” kata Palanivel, yang juga
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kepada pemberita selepas
mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu di
sini.
Rabu
lepas, Samy Vellu, yang juga Duta Khas Malaysia ke India dan Asia
Selatan Bagi Infrastruktur, mengisytiharkan dirinya sebagai calon boleh
menang andainya beliau dipilih untuk bertanding semula.
Samy Vellu, yang bertanding dan menang di kerusi Parlimen itu sejak 1974, gagal mempertahankannya pada pilihan raya umum 2008.
Beliau kalah kepada calon Parti Sosialis Malaysia menerusi Dr Michael Jeyakumar Devaraj dengan majoriti 1,821 undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan