Hafiz Roslan
KUALA LUMPUR - Naib Pengerusi Bersih Semenanjung Selatan, Thomas
Fann mendakwa persempadanan semula yang ditentukan oleh Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) adalah berat sebelah.
Fann berkata, beliau mengajak orang ramai menyertai projek Pasukan
Tindakan dan Penyelidikan Persempadanan (DART) agar kuasa persempadanan
diberikan kepada pengundi untuk menyatakan bagaimana sempadan pilihan
raya mereka perlu digariskan.
"Jika kita memaksa perubahan dalam persepadanan kawasan pilihan raya
kita akan memaksa perubahan dalam wacana politik di negara ini, kerana
kawasan pilihan raya pada masa ini ditentukan secara berat sebelah
mengikut garisan kaum yang juga berkait rapat dengan agama di negara
ini.
"Jika sempadanan ini berubah, ahli politik akan terpaksa mengalihkan
tupuan mereka kepada isu-isu perkauman dan agama kepada dasar serta idea
mereka untuk negara," kata kepada pemberita pada satu sidang media hari
ini.
Jelas Fann, permulaan projek DART untuk memantau pemilihan menyediakan
bantahan orang ramai terdiri daripada mensyuarat orang ramai yang
diadakan di bandar-bandar raya utama.
"Mesyuarat awam seluruh negara ini juga akan berfungsi untuk mengenal
pasti kumpulan teras seramai 5 hingga 10 orang sukarelawan yang
berdedikasi untuk membentuk pasukan DART. Kumpulan teras inilah yang
akan mengatur dan memimpin perwakilan 100 pemilihan di kawasan mereka.
"Pasukan teras juga akan dilatih dalam bengkel kerja DART selama 30 hari
dimana mereka akan diberi sumber-sumber seperti pengetahuan
undang-undang dan pilihan raya serta peta-peta yang diperlukan untuk
mengukuhkan bantahan mereka." ujarnya.
Tegas Fann, projek DART akan memberi tumpuan pada negeri-negeri utama
yang tertakluk kepada amalan pengarisansemula kawasan pilihanraya ,
seperti Selangor, Johor, Pahang, Kedah ,Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang,
dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pelncaran DART akan dibuat di Johor Baharu pada sabtu ini dan pelancaran
peringkat Kebangsaan 9 Mac di Petaling Jaya serta akan dibuat di
bandar-bandar utama di seluruh negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan