Mahirah Zakaria
KUALA LUMPUR - Menteri Besar selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim
menafikan akan menandatangani surat perletakan jawatan bagi memberi
laluan kepada Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih
jawatan tersebut sekiranya menang dalam pilihan raya kecil (PRK)
Kajang.
Menurut sumber tertingi yang diperolehi The Star, Khalid dijangka akan
menandatangani surat tersebut pada 23 Mac iaitu pada hari mengundi di
Kajang.
"Tidak, laporan itu tidak benar. Tidak ada perkara seperti itu kerana
matlamat kami adalah untuk memenangi pilihan raya kecil Kajang.
"Tidak ada surat atau apa-apapun," katanya kepada pemberita.
Surat perletakan tersebut disediakan oleh kepimpinan PKR namun Khalid enggan menandatanganinya.
"Ini adalah soalan spekulatif dan ianya tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat kita," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan