HALAMAN SANTAI

Ahad, 31 Ogos 2014

Apa Kata Pas Calonkan Dr Wan Azizah, Balasannya PKR Pula Serah Pengkalan Kubor

shahbudindotcom



Perbalahan Pas dengan PKR mengenai calon Menteri Besar Selangor masih lagi berlarutan. Sementara isu yang sama melibatkan PKR dengan DAP sudah pun selesai dengan kata putus kedua-dua parti hanya mencalonkan nama Dr Wan Azizah Wan Ismail saja, Pas masih lagi berpusing-pusing keputusannya.

Setiap kali bermesyuarat, hasilnya hanya membuahkan keputusan yang berbeza-beza.

Sehingga 3 September ini iaitu tarikh akhir yang diberikan oleh Istana Selangor, siapa calon yang bakal dinamakan oleh Pas seperti belum pasti dan masih kabur lagi.

Hari ini, di ketika Anwar Ibrahim sendiri meminta Pas mematuhi keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada 17 Ogos lalu yang menyetujui hanya satu nama dikemukakan kepada Sultan Selangor, Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali bertegas mengatakan dua nama akan dikemukakan oleh parti itu untuk mengelakkan Sultan Selangor seperti dipaksa memilih hanya satu nama saja.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution pula segara membalas, kenapa baru sekarang Pas memikirkan soal memaksa ini sedangkan ketika bersetuju menghantar hanya nama Khalid Ibrahim saja kepada Sultan Selangor selepas pilihanraya umum 2013 lalu, Pas tidak pula memikirkan perkara yang sama.

Sementara Pas menyatakan ia masih mah kekal dalam PR, dalam masa yang sama, ia juga tetap tidak setuju hanya satu nama dikemukakan kepada Sultan Selangor dan tetap mahukan dua nama.

Siapakah dua nama itu? Apakah Dr Wan Azizah masih menjadi pilihan Pas? Dan jika Presiden PKR itu masih merupakan pilihan pertama, siapa calon kedua pilihan Pas juga masih lagi misteri. Apakah Azmin Ali yang sudah menolak pencalonan sebelum ini akan dikemukakan sekali lagi atau Pas akan menamakan Adun PKR yang lain sebagai pilihan kedua?

Selain dilihat seperti tidak sekata dengan PKR dan DAP dalam pencalonan Menteri Besar Selangor, Pas juga cuba menyiku PKR dalam isu penentuan calon pilihanraya kecil Pengkalan Kubor yang bakal diadakan tidak lama lagi dengan secara terbuka menyatakan hasrat mahu bertanding di kerusi itu.

Alasan Pas ialah jika calon parti mereka diletakkan di kerusi itu, harapan untuk menang jauh lebih cerah lagi, selain mengatakan kerusi Pengkalan Kubor itu sebenarnya hanya dipinjamkan saja kepada PKR sebelum ini.

PKR pula dalam masa yang sama tetap berkeras mahu bertanding di Pengkalan Kubor atas alasan mereka yang bertanding dalam pilihanraya lalu, walaupun menyedari kekalahan 1763 undi bukanlah sesuatu yang mudah untuk berhadapan dengan UMNO dalam sebuah pilihanraya kecil yang tentu saja sarat dengan pelbagai pemberian, serangan serta jentera pilihanraya pihak lawan.

Tinjauan rambang dengan beberapa pihak juga mengakui, walaupun dalam pilihanraya umum lalu, PKR yang bertanding di kerusi itu, tetapi dalam pilihahraya kecil ini harapan untuk menang lebih terbuka jika Pas yang meletakkan calon untuk berhadapan dengan UMNO berbanding dengan PKR.

Ada dakwaan lain mengatakan, ahli PKR yang berdaftar juga hanya ratusan orang saja jumlahnya di Pengkalan Kubor dan untuk menubuhkan jentera pilihanraya saja akan menimbulkan masalah jika tanpa bantuan atau sokongan daripada Pas yang mempunyai ahli dan penyokong lebih ramai.

Meskipun PKR yang bertanding di Pengkalan Kubor dalam pilihanraya lalu dan tindakan menyerahkan kepada Pas pula untuk meletakkan calon seperti PKR beralah dengan Pas, namun demi untuk mencapai kemenangan dan merampas kerusi tersebut daripada UMNO, ia dikira pertimbangan yang munasabah.

Apatah lagi kebetulan penentuan calon Pengkalan Kubor ini berlaku ketika isu Menteri Besar Selangor masih belum selesai, apa salahnya jika PKR dan Pas dapat mencapai persetujuan menang-menang dalam kedua-dua isu ini iaitu dengan PKR meminta Pas hanya mencalonkan satu nama saja iaitu Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid Ibrahim dan sebagai imbalannya, PKR menyerahkan kerusi Pengkalan Kubor kepada Pas untuk meletakkan calonnya.

Daripada membiarkan isu Menteri Besar Selangor ini terus berlarutan dan menimbulkan ketidak-tentuan, apa salahnya jika kedua parti itu segera mencapai kata sepakat mengenai situasi menang-menang ini. Akhirnya PKR dapat ketusi Menteri Besar Selangor dan Pas pula dapat kerusi Pengkalan Kubor.

Ini mungkin pilihan yang bukan saja boleh menyejukkan semula hati Pas dan PKR yang menaik suhunya ketika ini, tetapi juga untuk menjamin Pakatan Rakyat terus segar dan bernyawa untuk menghadapi pilihanraya akan datang.

Hishammuddin : UMNO Tampil Calon Paling Layak

EAKYATNEWS


alt
 


NILAI - Umno akan memastikan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor, adalah seseorang yang benar-benar layak dan boleh diterima masyarakat kawasan itu.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, parti itu mengambil pendekatan bermufaakat dalam berbincang mengenai calon yang paling sesuai sebelum cadangan dikemukakan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diputuskan.

"Kita serahkan kepada kebijaksanaan presiden parti untuk memilih calon yang benar-benar layak. Tugas kita dalam parti ialah untuk mencari calon paling layak yang boleh diterima masyarakat kawasan itu untuk memenangi kerusi itu buat BN (Barisan Nasional)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Rasah di sini, semalam.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, dari BN akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor pada 25 Sept manakala penamaan calon pada 13 Sept.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata Allahyarham Noor Zahidi rapat dengan rakyat di kawasannya.

PERKASA : PKR Cuba Ugut Kewibawaan Sultan Selangor

Amirul Ashraff


alt


KLANG  - Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Selangor menyifatkan kemelut Menteri Besar Selangor merupakan salah satu agenda untuk mengugut kewibawaan insitusi diraja di negeri itu.

Presiden PERKASA Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, tindakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dalam melakukan peralihan kuasa negeri itu dianggap melampaui batas sehingga mendapat kemurkaan dari Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Saya nampak perkara ini bukanya percaturan politik tetapi sebenarnya mereka cuba untuk menghapuskan insitusi diraja.

"Kenapa mesti hendak melantik Menteri Besar Selangor seorang perempuan, orang luar dari Selangor, kenapa mesti ambil dari luar? Adakah Selangor sudah ketandusan pemimpin di kalangan lelaki?.

"Tetapi pada hari ini kita lihat, mereka cuba ajukan Duli Yang Maha Mulia Sultan perkara-perkara yang tidak munasabah apabila Baginda menolak lantas dengan itu mereka habis-habisan menghentam Sultan.

"Mereka perlu sedar bahawa Sultan mempunyai penasihat dari segi undang-undang, penasihat dan jangan cuba-cuba sesekali untuk mempertikaikan kewibawaan Sultan," katanya ketika berucap pada Himpunan 'Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor' di Padang Sultan Sulaiman di sini semalam.

alt


Beliau menegaskan, setiap titah yang dikeluarkan oleh Sultan sudah dikaji terlebih dahulu dan pemimpin PKR tidak seharusnya lantang membantah arahan dari pihak istana.

"Setiap titah Sultan itu sudah dikaji secara terperinci, tidak ada siapa yang boleh mempertikaikan dan hanya mereka yang mencari kepentingan dan tujuan tertentu untuk diri sendiri bagi menjatuhkan institusi diraja maka mereka bangun mengatakan Sultan tidak betul.

"Malah menyerang Sultan tidak adil serta mengajak rakyat menggulingkan insitutsi diraja," katanya.

PERKASA merupakan antara 12 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang turut serta menyertai Himpunan 'Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor'  bagi menyatakan sokongan dan solidariti terhadap Sultan Selangor dalam menyelesaikan krisis kepimpinan di negeri itu.

Polis Bantuan di KLIA2 Ditahan

RAKYATNEWS


alt
 


PUTRAJAYA  - Seorang anggota polis bantuan di KLIA2 ditahan reman sehingga Selasa ini kerana disyaki melepaskan seorang penumpang   yang membawa masuk objek menyerupai senjata api ke dalam pesawat.
 
Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Mohd Yusoff Awang berkata suspek yang berumur 29 tahun itu ditahan di KLIA2 pada 3.30 pagi tadi.
 
"Kita menyiasat kes ini di bawah Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960," katanya ketika dihubungi Bernama.
 
Mengulas lanjut, beliau berkata pada Rabu lepas kira-kira pukul 7.40 petang, suspek bersama-sama enam lagi anggota polis bantuan memeriksa bagasi seorang pelajar kolej swasta warga Rusia dan menemui replika berbentuk bom serta pemetik api menyerupai pistol dan pisau.
 
Pelajar itu mendakwa objek berkenaan dibeli di sebuah kedai di Sunway Pyramid sebagai cenderahati dari Malaysia dan suspek melepaskannya menaiki pesawat tanpa membuat laporan polis.
 
"Namun selepas tiga hari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung insiden itu tersebar baru suspek membuat laporan polis," katanya.
 
Mohd Yusoff berkata polis turut berhubung dengan Interpol dari negara pelajar terbabit bagi mengesan identitinya.

Kenaikan Harga Rumah Naik di Malaysia 2015 (4% – 6%) Angkara GST Malaysia! Bersedia? Trend Harga Rumah Naik 340% Sejak 23 Tahun. Gaji Rakyat Malaysia?



gst malaysia


Kenaikan Harga Rumah Naik Malaysia 2015 (4% – 6%) Angkara GST Malaysia! Bersedia? :


Tiba-tiba teringat dengan laporan di Berita RTM TV1 dan juga berita TV3 serta tidak lupa juga nasihat dan peringatan daripada seorang yang bergelar Menteri Kewangan Malaysia, Ahmad Maslan yang mengatakan harga barang akan turun, harga, harga rumah di Malaysia akan turun selepas GST. Percayalah……Tolonglah percaya (CONTOH AHMAD MASLAN DI SINI). Dalilnya?

Jikalau dilihat seluruh pelusuk iklan di Malaysia, kartun di LRT, billboard di tepi tepi jalan raya, iklan di saluran TV3, Astro dan RTM berkenaan GST. Semuanya indah-indah belaka.

Seperti tinggal di syurga apabila dilaksanakan GST bermula 1 April 2015 kelak. Contohnya alunan suara iklan GST yang acapkali berlegar di telinga rakyat Malaysia sekarang dengan tujuan mendidik seperti :
  • “Jangan bimbang pendidikan tiada cukai GST”
  • “Jangan bimbang beli rumah tiada cukai GST”
Jika cukai GST betul boleh turunkan harga barang, iklan itu sepatutnya bunyi begini:
  • “Berita baik pendidikan juga ada cukai GST”
  • “Lagi berita baik, beli rumah pun ada cukai GST”
Berdasarkan semakan Berita Semasa trends kenaikan harga rumah di Malaysia naik telah lama berlaku mengikut nilai pasaran semasa sehinggakan rakyat Malaysia seperti anda, anda di sini terus menjadi mangsa.
Realitinya, belum ada GST Malaysia pun, ramai yang sehingga ke hari ini tidak dapat memiliki harga rumah mampu milik.

Kenaikan Harga Rumah Naik di Malaysia VS GST Malaysia 2015?

 

Untuk rekod dan rujukan anda semua, kenaikan harga rumah di Selangor naik contohnya telah mencecah sebanyak 340% dengan purata sekurang-kurangnya 10% sejak 23 tahun yang lalu. Bagaimana pula trends kenaikan gaji dan pendapat anda pula sebagai rakyat Malaysia yang membanting tulang, tenaga dan buah fikiran di tanahairanda sendiri?

Pastinya, Harga rumah di Malaysia naik 4% – 6% selepas GST dilaksanakan bermula 1 April 2015. Ya…untuk kenaikan harga rumah di malaysia naik berpunca daripada GST sahaja adalah antara sekitar 4% – 6%. Belum ditambah dengan trend kenaikan harga rumah di Malaysia terutamanya di lembah Klang contohnya telah meningkat lebih daripada 10% sejak 2 tahun yang lalu

gst malaysia 2015

Ya…benar harga rumah yang djual dikenakan GST tetapi segala pembinaan kediaman tersebut memerlukan bahan binaan seperti simen, batu-bata, kayu dan lain-lain bahan binaan yang dikenakan GST. Oleh itu, pemaju mana yang bermurah hati dan mahu melakukan kebajikan kepada pelanggan dan pembeli rumah dengan menanggung kesemua beban cukai GST yang dikenakan ke atas mereka?
  1. Sudah tentunya bakal-bakal pembeli yang perlu memikul beban tersebut
  2. kontraktor atau pembekal yang mengemukakan tender sudah pasti telah mengambil kira potensi kenaikan kos mengikut GST.
  3. Pemaju hanya memikirkan bagaimana mahu memaksimakan keuntungan mereka setiap tahun dan mengenyangkan kalangan pelabur dan pemegang saham syarikat mereka
  4. Ataupun, sekiranya harga rumah tidak dinaikkan, syarikat pemaju perumahan terpaksa mengurangkan bahan binaan menyebabkan kediaman dibina lebih kecil, mutu binaan tidak berkualiti dan tidak menepati spefikasi piawaian keselamatan.
  5. Pilih salah satu daripadanya.
Nilai & trend kenaikan harga rumah di Malaysia naik setiap tahun ditambah dengan beban cukai GST tahun hadapan bukannya Berita Semasa reka semata, tetapi telah diakui sendiri oleh pemaju dan pemain hartanah di Malaysia. Dan terdapat satu lain permain industri & sektor …………. yang mana Berita Semasa akan kupas pada laporan Berita Semasa yang akan datang di mana mereka memberikan peringatan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka sama sekali tidak akan menanggung kos cukai GSt sebaliknya akan memindahkannya semula kepada pengguna.

Rantaian GST Malaysia 2015 : Punca Kenaikan Kos Beli Rumah?

 

  1. GSTpara pembeli hartanah kediaman juga akan dikenakan GST dalam urusan guaman dan perbankan seperti caj atau yuran berkaitan urusan pembelian kediaman masing-masing
  2. Harga rumah naik 4%-6% dek kerana bahan binaan dikenakan GST
  3. perkhidmatan seperti kontraktor, jurutera) akan dikenakan GST dengan kadar yang standard iaitu 6%. Ini mestilah akan meningkatkan kos pengeluaran pemaju.
  4. Kos pengangkutan akan naik…harga paku naik..besi naik..simen naik…jubin lantai naik..dan lain-lain lagi
Berita Semasa bukannya menolak bulat-bulat cukai GST 6%. tetapi pengenalan pada paras 6% agak tinggi pada masa pendapatan perkapita rakyat malaysia hanya berlegar RM31,000 sahaja. Patutkah?
  • Singapore laksana GST 7% pada ketika pendapatan perkapita rakyat sudah mencecah RM197,000.
  • Malaysia pula memperkenalkan sekaligus secara mendadak GST Malaysia pada kadar 6% pada ketika pendapatan perkapita rakyat baru mencapai RM31,000 sahaja
P/S : Adilkah kepada rakyat Malaysia?

Gambar Rajah GST Malaysia 2015 : Kenaikan Harga Rumah Naik di Malaysia 2015?

 

Aduan Rakyat Malaysia (Pelanggan) Kepada kakitangan Awam Yang Kerja Suka Lepak di Kedai Makan. Borak-Borak..

  S


aduan rakyat kakitangan awam
Aduan rakyat ini dikongsikan sendiri oleh pembaca Berita Semasa :


Baru-baru ini, saya berurusan dengan pejabat kerajaan. Namun urusan tidak dapat diselesaikan. Kerani di pejabat itu menyuruh saya datang semula pada pukul 10.30 pagi kerana orang yang dipertanggunjawabkan pergi minum dan akan balik sekitar waktu itu. Ketika itu jam menunjukkan pukul 9.30 pagi.Inilah antara masalah yang telah menjadi wabak dalam pejabat kerajaan.

Sejak bila ada tercatat di papan tanda pejabat pukul 10 adalah waktu minum? Ini waktu pejabat bukannya kursus anjuran agensi kerajaan yang memang mewah dengan jadual makan minum sebanyak enam kali sehari.

Namun inilah yang berlaku di kebanyakan pejabat kerajaan hari ini. Jika ditinjau di kedai makan sekitar waktu ini, kita boleh lihat ramai yang berpakaian pejabat minum dan berbual di situ.

Tidak bolehkah bersarapan sebelum masuk waktu pejabat? Kami pelanggan yang hanya mempunya masa yang suntuk untuk keluar menyelesaikan beberapa urusan dengan sektor kerajaan dan memerlukan perkhidmatan. Malangnya, ada kakitangan awam yang tidak memikul amanah yang telah diberikan sebagai kakitangan kerajaan apabila tiada di tempat dan masa yang diperlukan oleh rakyat Malaysia seperti kami. Sedangkan anda sudah tentunya dapat gaji di hujung bulan. CUEPACS jangan asyik minta bonus. Cuba atasi masalah pekerja yang keluar minum sesuka hati dan di waktu kerja sedangkan waktu rehat hanya sejam di tengah hari.

Puan Azrinaz Hashim, Petaling Jaya
 
Kepada pegawai atasan, sila menyelia pegawai dan kakitangan anda dengan seeloknya, kenakan tindakan tegas kepada pegawai atau kakitangan yang sibuk melepak di kedai kopi tidak mengikut jadual kerajaan yang telah ditetapkan untuk mereka hingga mengabaikan kerja sendiri yang akhirnya menyebabkan pelanggan / rakyat yang berurusan menjadi mangsa.

Ingatlah bahawa pentadbiran awam adalah cermin kerajaan, jika cermin buruk dan huduh, maka akan nampak huduhlah kerajaan pada pandangan rakyat.

Jika bekerja dengan pihak swasta, sesiapa keluar minum waktu bekerja, balik pejabat, maka terimalah amaran keras daripada pihak atas dan majikan malah lebih teruk lagi mungkin surat berhenti kerja dari majikan, jadilah pekerja yang berkualiti.

Perlukan pengorbanan untuk menjalankan tugas dengan baik. Ada sesiapa di sini yang pernah mengalami masalah dan kesulitan seperti mana yang Puan Azrinaz alami.

PPS: Polis Tahan Boon Poh, Ambil Keterangan Guan Eng




Boon Poh berdiri di hadapan pintu masuk Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut semasa dipanggil untuk memberi keterangan mengenai Pasukan Peronda Sukarela (PPS, Ahad.
 
 
 
GEORGE TOWN: Polis menahan Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang Phee Boon Poh dan mengambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bagi membantu siasatan berhubung pasukan yang ditubuh kerajaan negeri pimpinan DAP itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata Phee,yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut pada Ahad.

"Phee hadir di IPD Timur Laut pada pukul 4.30 petang dan polis menahannya untuk siasatan lanjut manakala Lim Guan Eng dibebaskan selepas polis merekod keterangannya," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata polis turut mengambil keterangan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima RSN Rayerdi.

Sehingga pukul 6 petang, sejumlah 156 anggota PPS termasuk Phee dan tujuh wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung pasukan itu, yang didakwa ingkar amaran untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Pagi tadi, polis menahan 154 anggota PPS selepas mereka menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan di Padang Kota. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata kesemua anggota PPS, termasuk tujuh wanita itu, ditahan pada 10.15 pagi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan. 

Sementara itu, tinjauan Bernama di IPD Timur Laut mendapati beberapa ADUN, anggota keluarga PPS dan penyokong kerajaan negeri berkumpul di pintu masuk balai berkenaan.

Dewan Ulamak PAS Selangor Kecam Adun Sendiri

MSTAR ONLINE


Hasnul (kiri) dan Saari dikecam kerana menyokong Dr Wan Azizah untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu.
 
 
 
PETALING JAYA: Dewan Ulamak PAS Selangor pada Ahad meluluskan usul mengecam dan mengutuk tindakan dua ahli parti itu, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang dan Morib.

Kedua-dua wakil rakyat PAS itu dikecam kerana tindakan mereka menandatangani Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor baharu tanpa pengetahuan dan persetujuan parti.

Menurut kenyataan Dewan Ulama PAS Selangor, usul mengecam dan mengutuk tindakan Saari dan Hasnul telah dipersetujui pada muktamarnya yang berlangsung di Dewan Al-Munirah, Klang dekat sini pada Ahad.

"(Tindakan lanjut) diserahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat untuk mengambil tindakan ke atas Adun berkenaan mengikut Fasal 82, Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011," jelas kenyataan itu.

Baru-baru ini, Hasnul Baharuddin dan Saari Sungib menyatakan sokongan mereka secara terbuka kepada Dr Wan Azizah untuk dilantik sebagai menteri besar dalam satu sidang akhbar.

Sidang akhbar bersama wakil-wakil PKR dan DAP telah diadakan sebagai tanda sokongan majoriti untuk Dr Wan Azizah di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Hasnul dan Saari berkata mereka akan menyokong Dr Wan Azizah untuk menggantikan Khalid.
Sebelum itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura parti itu secara terbuka telah menyokong Khalid, yang dipecat daripada PKR.

Insiden baling kerusi mesyuarat Umno disiasat


Ariffin Man  
Ariffin Man
 
 
 
ALOR SETAR - Jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk menyiasat kekecohan ketika Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Kampung kelmarin.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Pokok Sena, Datuk Ariffin Man berkata, jawatankuasa dianggotai kira-kira 10 ahli akan menyiapkan laporan mengenai kejadian itu sebelum dihantar kepada Umno negeri dan Pusat.

Menurutnya, tindakan yang akan dikenakan terhadap individu terlibat bergantung kepada Umno Pusat.

"Dari segi peraturan, persidangan mematuhi prosedur ditetapkan dalam tempoh notis 14 hari manakala  semua senarai nama perwakilan calon G7 adalah sah berdasarkan undian majoriti.

"Namun kita yakin masalah berpunca dari kesilapan teknikal hingga berlaku provokasi yang mencetuskan tindakan mengikut perasaan," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Terdahulu, Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena dicemari insiden baling kerusi ketika persidangan bermula. Ia tercetus selepas perasminya, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal meninggalkan majlis.

Ariffin berkata, sepatutnya tidak berlaku masalah kerana mengikut senarai nama asal terdapat 16 calon perwakilan yang menawarkan diri untuk bertanding.

"Namun semasa hari mesyuarat, sebahagian nama itu tercicir kerana tidak dimasukkan ke dalam beg. Bagaimanapun semua ahli Umno mengenali semua nama calon.

"Daripada 16 calon, hanya tujuh terpilih untuk menjadi wakil ke perhimpunan agung di Kuala Lumpur. Pemilihan dibuat secara undian oleh kira-kira 700 perwakilan," katanya.

Apakah PAS Sengaja Mencari Helah Untuk Keluar Pakatan ?




























Oleh Abu Hassan Adam


Sejak dari mula lagi aku sudah merasakan bahawa tindakan TG Haji Hadi membuat kenyataan akhbar secara terbuka menyokong kepimpinan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor adalah dirasakan ‘tidak berapa kena’. Aku tidak pula mempersoalkan kebebasan TG Hadi Awang untuk mengemukakan pandangannya.

Bukan begitu. Sebagai Presiden PAS, beliau memang sepatutnya membuat keputusan jelas. Beliau bebas untuk menyokong atau tidak menyokong mana-mana pihak.Tetapi yang aku agak ‘terkilan’ ialah cara keputusan itu disampaikan.

Pada pandangan aku, sepatutnya apa yang ingin disuarakan oleh TG Haji Hadi mengenai sokongannya kepada TS Khalid Ibrahim (yang sekali gus menentang keputusan PKR ) dibincangkan dahulu dalam majlis tertutup antara PAS,DAP dan PKR. Dalam mesyuarat sedemikianlah forum yang paling sesuai untuk percambahan fikiran dan dinyatakan baik buruknya. ‘Penghazaman’ sesuatu isu elok dilakukan dalam bilik mesyuarat tertutup yang dihadiri oleh kaum ‘keluarga’ terdekat dan tidak diketahui langsung oleh sesiapa pun yang tidak berkaitan.

Apabila TG Haji Hadi telah membuat keputusan dan telah menjadi berita besar dan ‘hangat’ maka tentulah terlalu sukar untuk berpatah balik kebelakang sekiranya ada perubahan fikiran di pihak PAS selepas ini. Peribahasa Melayu mengatakan,’ terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’.

Aku terfikir juga dan aku mempersoalkan. Apakah dalam politik tidak langsung mengambil kira hati dan perasaan kawan dan rakan? Aku bukan mempersoalkan pandangan atau keputusan yang dibuat. Aku lebih mementingkan ‘adab berkawan’ dan ‘menjaga hati kawan’. Mungkin cara berfikir yang aku amalkan sudah tidak secocok dengan pemikiran manusia zaman kurun ke 21. Mungkin…

Sebelum kenyataan yang dibuat oleh TG Haji Hadi ini, sudah berapa pengumuman yang telah dibuat oleh pihak kepimpinan PAS Selangor yang menyatakan sokongan terhadap TS Khalid Ibrahim.Sekali lagi aku nyatakan bahawa hakikat itu bukan persoalannya. Yang aku agak hairan ialah mengapa perlu dinyatakan secara terbuka melalui media massa. Bukankah elok dibincangkan dalam suatu majlis tertutp supaya tidak diketahui oleh masyarakat tentang ‘apa yang ada dalam kain kita’. Ataupun mungkin agaknya sengaja dilakukan begitu oleh pemimpin sedemikian yang mahu menunjukkan bahawa mereka sememangnya hebat dan supaya diketahui oleh orang ramai bahawa mereka sebagai pemimpin berwibawa. Ataupun mungkin sudah ada terhasrat dalam hati setengah pemimpin yang ‘hubungan ‘ PAS dalam Pakatan Rakyat ini tidak akan bertahan lama.

Telah tersebar juga cakap-cakap yang mengatakan bahawa PAS akan bekerjasama dengan UMNO untuk menerajui semula Selangor. Mungkin cadangan yang sedemikian datangnya dari golongan muda yang tidak tahu dan tidak pernah tahu bagaimana PAS telah dikecewakan oleh UMNO dalam kemelut Kelantan pada akhir tahun 1970an. Hanya TG Nik Aziz yang dapat memberikan penjelasan dalam hal ini. Mungkin pemimpin muda dari PAS tidak tahu tentang ‘sepak terajang’ dalam politik UMNO. Mungkin golongan muda dalam PAS mudah lupa tentang bagaimana UMNO ‘menghina dan mengherdik’ kepimpinan PAS. Mungkin juga golongan muda ini hanya memikirkan tentang ‘habuan’ yang akan diperolehi sekiranya mereka menyertai UMNO. Mungkin….

Mungkin pengalaman yang dilalui oleh Kelantan itulah agaknya yang menyebabkan kepimpinan Pakatan Rakyat mengambil langkah segera untuk menggantikan Menteri Besar Selangor dengan yang baru. Mungkin dari satu sudut kelihatan TS Khalid tidak banyak cacat celanya, namun dari sudut lain boleh membawa kepada terjatuhnya negeri Selangor ke tangan BN semula seperti yang berlaku di Terengganu dan Kedah. Ini tidak mungkin tidak akan berlaku.

Nampaknya kemelut politik di Selangor tidak akan selesai dalam masa terdekat. Keadaan berlaku sedemikian disebabkan semacam tidak ada keikhlasan di setengah pihak yang bertelagah untuk menyelsaikan isu ini dengan jayanya. Tambah merumitkan keadaan,terdapat pula pihak luar yang septutnya tdak mencampuri urusan politik dalaman Pakatan Rakyat telah cuba pula ‘menangguk di air keruh’. Walaupun sememangnya keadaan ‘keruh’ sedemikian yang diharapkan oleh pihak berkenaan. Ibarat kata orang tua-tua, ‘pucuk dicita ulam mendatang’.

Tetapi persoalannya kini ialah sudah banyak ‘kata-kata’ yang sudah terlajak yang amat sukar untuk diundur. Kita sentuh lagi kata orang tua-tua yang mengatakan,’ terlajak perahu boleh diundur dan terlajak kata buruk padahnya’. Yang paling tidak menyenangkan rakyat (Melayu dan bukan Melayu) yang cintakan kewujudan bangsa Malaysia yang tulin ialah kenyataan dari salah seorang pemimpin PAS yang membayangkan tentang kemungkinan kerjasama PAS dan UMNO.

Aku semacam setuju dengan pandangan YB Khalid Samad yang mengatakan bahawa, ‘"The image of PAS has been tarnished and non-Muslims will lose faith in PAS,"(Malaysiakini 5 Ogos 2014). Ini yang dikatakan bahawa isu yang wujud dalam kemelut Selangor kini bukan lagi mengenai penggantian MB Selangor, malah telah menjadi isu yang ‘bersimpang sior’. Kenyataan yang ‘melukakan hati’ seolah-olah akan ‘terpahat’ di hati golongan bukan Melayu yang merupakan penyokong kuat Pakatan Rakyat (PAS) dalam PRU 13 yang lalu. Apakah ‘hati’ golongan ini tidak terguris apabila membaca kenyataan sedemikian. Dan bayangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh kepimpinan PAS untuk ‘memulihkan’ keyakinan sedemikian. Tidak mudah untuk memulihkan keadaan sedemikian seperti mana keadaan sediakala.

Tindakan YB Saari Sungib yang sudah bersedia untuk keluar parti PAS sekiranya parti itu menyokong TS Khalid Ibrahim adalah merupakan tindakan seorang rakan yang betul-betul ikhlas memperjuangkan semangat setiakawan. PAS perlu sedar bahawa dalam keadaan apa pun kepimpinan PAS tidak boleh mempersoalkan tentang mengapa TS disingkir dan mengapa Dr. Wan Azizah dipilih untuk menggantikannya. Itu adalah keputusan PKR dan sebagaimana yang dikatakan oleh TG Nik Aziz bahawa hal itu merupakan hal dalam rumah tangga PKR sendiri dan terserahalah kepada mereka untuk membuat keputusan.

Namun begitu tindakan Tuan Ibrahim menampakkan sesuatu tindakan yang agak tidak sesuai dengan keadaan dan masa. Apakah langkah yang diambil oleh Tuan Ibrahim dan beberapa orang pemimpin tertinggi PAS itu sesuai? Beliau meminta supaya ahli parti bersabar menunggu keputusan pada 17 Ogos 2014. Apakah perlu menunggu mesyuarat berkenaan sedangkan negeri hampir ‘terbakar’. Lagi pun jika difikirkan secara terperinci, strategi apakah yang akan diambil oleh kepimpinan PAS. Dan mengapakah seolah-olah Tuan Ibrahim agak ‘berdukacita’ dengan sokongan dua ADUN PAS kepada Dr. wan Azizah. Apabila beliau bertindak sedemikian membayangkan seolah-olah sudah ‘ada udang yang terselindung disebalik batu’

Namun yang jelasnya, mungkin akan terdapat juga perpecahan dalam PAS antara golongan yang dianggap ‘conservatif’ dan ‘ yang berfikiran liberal’. Tentulah kita tidak mahu pula mempersoalkan keadaan dalam rumah tangga yang dihadapi oleh PAS. Tidak juga rakyat Selangor mahu menyebelahi mana-mana pihak dalam PAS. Rakyat Selangor khususnya dan rakyat Malaysia umumnya hanya mahu melihat kesetiakawanan PAS apabila berhadapan dengan keadaan yang meruncing sepertimana yang berlaku kepada keadaan yang ‘menimpa’ Selangor itu.

Kepimpinan Pakatan Rakyat seharusnya bersuara dalam suatu nada yang boleh ditafsirkan sebagai ‘suara Pakatan Rakyat’. Dan sekiranya ada pandangan dan pendapat yang berbeza, yang sememnagnya digalakkan dalam sebuah masyarakat yang mengamalkan sistem demokrasi, perlulah disuarakan dalam suatu forum yang tertutup dan bukannya untuk didedahkan kepada umum. Ini amat penting untuk mengelakkan sesuatu isu dieksploitasikan. Keadaan sebeginilah yang telah merumitkan keadaan kini yang menyebabkan terlalu sukar untuk diselesaikan.

Tindakan PAS yang langsung tidak mempedulikan ‘rayuan’ DS Anwar Ibrahim agar bersama-sama, bersatu hati dengan PKR dan DAP dalam menyuarkan hasrat kepada DYMM Sultan berkaitan dengan calon MB Selangor menampakkan bahawa PAS sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Ataupun mungkin keadaan yang sedemikian yang telah dirancang oleh mereka dengan ‘sekutu’ mereka yang sedang memerhatikan keadaan kemelut di Selangor ini dengan penuh minat.

Apakah hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat akan berakhir tidak berapa lama lagi?
http://abuhassanadam.blogspot.com/

Abdul Khalid: MB dipilih perlu berkeupayaan tadbir negeri

SELANGOR KINI


SHAH ALAM: Individu yang dipilih sebagai Menteri Besar perlu mempunyai keupayaan dalam mentadbir negeri.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tanpa keupayaan sendiri, seorang individu itu tidak layak untuk menyandang jawatan berkenaan.

_MG_2637

“Menteri besar dipilih kerana keupayaan, jika dia berupaya, maka dia dipilih,” kata Abdul Khalid.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis bacaan Yassin sempena Hari Kemerdekaan ke-57 peringkat Selangor semalam lapor Bernama.

Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas laporan  sebuah akhbar memetik sumber yang rapat dengan Sultan Selangor bahawa ciri seorang menteri besar pilihan baginda ialah pemimpin yang efektif yang mengutamakan kepentingan rakyat dan boleh mentadbir negeri tanpa dikawal oleh sesiapa.

Baru-baru ini, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan menteri besar baru dibuat.

Abdul Khalid tolak kerjasama Umno kekal kerusi MB

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan membuat rundingan kerjasama dengan Umno bagi membantu beliau mengekalkan kedudukan sebagai orang nombor satu di negeri itu.

Menurut sumber yang memetik laporan Malay Mail, difahamkan Umno sebelum ini menjemput Abdul Khalid untuk menyertai mereka pada kemuncak krisis panjang kerusi jawatan itu sebulan lalu.

mb3728a543b477098a4848e499317bdbbd_XL“Itu bukan cara beliau,” kata seorang pegawai dari pejabat Abdul Khalid.

Sumber yang rapat dengan Abdul Khalid turut memaklumkan Umno memerlukan Abdul Khalid kerana kepakaran beliau dalam dunia korporat sebagai bekas Pegawai Eksekutif Guthrie Bhd.

Abdul Khalid sebelum ini dipecat dari PKR dan akhirnya mengumumkan perletakkan jawatannya pada Selasa lalu.

Malay Mail difahamkan bahawa Umno menawarkan untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar dan bekerjasama dengan Pas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Selangor bagaimanapun tidak mahu mengulas perkara itu.

Satu sumber yang rapat dengan Abdul Khalid juga menyifatkan beliau seorang yang tegas dan berusaha menjalankan pentadbirannya yang bersih.EZY

Rakyat sokong penuh kebijaksanaan Sultan Selangor pilih MB

SELANGOR KINI


KLANG: Pelbagai golongan masyarakat Selangor hari ini menyatakan sokongan penuh kepada kebijaksanaan DYMM Sultan Selangor dalam membuat keputusan memilih Menteri Besar yang baru.

Antara yang menyatakan perkara demikian adalah beberapa artis terkenal tanah air yang bernaung di bawah Persatuan Seniman seperti Presidennya, Baharuddin Omar, Ella (and The Boys) dan Herman Tino dan beberapa orang lagi.

20140830_155630Presiden Gabungan Rakyat Arus Bawah Selangor (GRABS), Faisal Idris berkata langkah Selangor tidak boleh dipergunakan bagi tujuan politik.

“Kita adalah suara rakyat sebenar, bukan suara segelintir mereka yg rakus dan rukus,” kata Faisal di hadapan lebih 200 orang yang berhimpun di perkarangan Stadium Kota Raja di sini, hari ini.

Pengerusi Angkatan Rakyat Sedar (ARAS), Abd Rahim Abd Wahab pula menyatakan perasaan sedih apabila rakyat Selangor cuba diperkotak-katikkan poitikus yang rakus.

“Perbuatan politikus rakus yang menghuru-harakan negeri Selangor ini

“Selangor negeri nombor satu dalam Malaysia tetapi kita diperkotak-katik oleh segelintir ahli politik ini,” kata Abdul Rahim.

Sementara itu Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB), Mazli Saring pula dalam ucapannya menegaskan rakyat tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama sedia bangkit mempertahankan pentadbiran Kerajaan Negeri dari dicemari anasir luar.

20140830_152819“Hari ini kita cuma panggil NGO-NGO berhimpun, selepas ini kalau mereka masih kurang ajar kita himpunkan rakyat Selangor pula,” kata beliau.

Turut berucap, beberapa artis popular tanah air dari Persatuan Seniman dan juga kelahiran Selangor.

Antaranya Baharuddin yang terkenal dengan wataknya sebagai Anjang Aki berkata, beliau sebagai anak Selangor menyokong penuh keputusan Sultan Selangor.

“Walaupun di bumi Selangor ini ramai orang luar, tetapi kita mestilah
menghormati Sultan dan undang-undang di negeri ini,” kata beliau.
Sementara Ella yang dikenali sebagai ratu rock negara pula berkata setiap rakyat negara ini tertakluk kepada rukun negara yang turut mengandungi ikrar untuk setia kepada raja dan negara.

“Ini seperti yang kita ikrarkan dalam rukun negara ‘kesetiaan kepada raja dan negara’.

“Jadi berdirinya saya di sini untuk menyokong penuh DYMM Sultan Selangor,” kata Ella sambil diberikan tepukan dan sorakkan gemuruh orang ramai yang berada di situ.

Dalam himpunan yang berlangsung kira-kira selama dua jam itu, tidak kurang 15 wakil dari pelbagai NGO menyampaikan ucapan masing-masing.

Perhimpunan itu diakhiri dengan bacaan ikrar taat setia kepada pemerintahan Sultan Selangor.EZY

MB: Kukuh perpaduan & pelihara keharmonian masyarakat

Oleh: AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM: Rakyat Selangor diingatkan supaya sentiasa menjalin hubungan baik sesama kaum sebagai usaha mengukuhkan perpaduan serta keharmonian di kalangan masyarakat majmuk di negeri ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata hubungan kukuh di kalangan masyarakat secara tidak langsung mampu menghindar sikap menghina atau mencela agama dan amalan budaya kaum lain.

Tema dan Logo Kemerdekaan 57 Malaysia Tahun 2014Beliau berkata kurangnya pengetahuan serta kefahaman sebilangan rakyat terhadap agama dan budaya antara kaum boleh menyebabkan perpaduan di kalangan masyarakat sukar dicapai.

“Dalam masyarakat majmuk perpaduan adalah tunjangnya, hubungan baik antara kaum adalah keutamaannya, kerjasama dan tolak ansur adalah syaratnya manakala menghina bangsa, agama dan budaya adalah pantangnya.

“Oleh itu, semua pihak perlu terus
memberi kefahaman tentang ajaran Islam agar tidak terus dihina dan dicaci kerana umat Islam sendiri dilarang menghina atau mencerca berhala atau sembahan agama selain Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Ulangtahun ke-57 Kemerdekaan di Dataran Shah Alam, semalam.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut meminta semua pihak supaya menghormati institusi raja berperlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor (1959) termasuk menghormati pemimpin yang menjalankan tanggungjawab dengan baik, adil dan berintegriti.

“Saya perlu menyentuh hal ini kerana akhir-akhir ini terdapat pula pihak tertentu yang menggunakan media sosial untuk mempersoalkan hak mutlak Sultan atau institusi beraja Selangor dan Raja-Raja Melayu,” katanya lagi.

Sambutan malam kemerdekaan peringkat negeri Selangor yang bertemakan “Selangorku Sejahtera, Rakyat Terbela” disambut penuh patriotik namun sederhana dengan dihadiri kira-kira 10,000 orang dari pelbagai lapisan masyarakat.

Selain sambutan merdeka, Kerajaan Negeri turut menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri dan sambutan Hari Belia 2014.

Dalam majlis sama, Kerajaan Negeri turut menyumbang sejumlah RM200,000 kepada Yayasan Amal Malaysia bagi membantu penduduk Palestin yang berdepan serangan rejim zionis Israel pada Julai lalu.EZY

[BAHAGIAN 2] Patutkah Lim Kit Siang jadi orang tengah selesai krisis PKR-PAS?

Oleh Abdul Rahman Malik
Post Pic
 
 
 
[ULASAN] Soalnya adakah wajar dan berbaloikah jika Lim Kit Siang diberi amanah untuk mendamaikan semula PAS dan PKR?
 
Namun sebelum itu harus disemak dahulu mengapakah DAP berterus-terusan dalam kemelut ini menyokong setiap langkah politik PKR? 
 
Apakah sebenarnya yang DAP dapat lihat tetapi tidak nampak atau kurang difahami PAS dalam menghadapi sikap “ketegaq” PKR yang bermati-matian mahu Wan Azizah menjadi Menteri Besar ini?
 
Memang umum maklum bahawa DAP sentiasa tidak selesa dengan halatuju politik PAS. Dari masa ke masa ia akan bergelut dengan PAS atas soal isu negara Islam, undang-undang hudud dan bergeser dalam pelbagai soal sensitiviti agama. 
 
Ini boleh mendorong kepada rumusan bahawa jika diberi pilihan, DAP akan lebih mudah untuk mesra PKR yang mempunyai dasar yang lebih kurang sama dengan amalan politiknya. 
 
DAP juga mungkin melihat PKR boleh memberi sumbangan dividen politik lebih besar berbanding PAS. 
 
Dengan PKR, DAP lebih mudah mententeramkan ahli-ahlinya yang majoriti berbangsa Cina bahawa dalam kerangka politik Malaysia, PKR adalah parti majoriti Melayu yang mempunyai impian politik yang sama dengannya. 
 
Berjinak dengan PKR adalah lebih mudah merapati dan menguja sokongan pengundi Melayu untuk DAP berbanding PAS yang banyak dibebani dengan emosi perkauman dan agama serta kekangan kehendak syaraknya.  
 
PAS lebih berhati-hati berdepan lawan
 
Tambahan pula PKR ada Anwar Ibrahim yang bijak menyusun strategi menyerang dan memburukkan Umno-BN berbanding dengan PAS yang sering lebih bersikap “berpada-pada” mengutuk lawan. 
 
Melalui PKR, DAP lebih mudah “membahagi-bahagi zon pengaruh” dan “pecah perintah” pengaruh politik pembangkang di kalangan orang Melayu berbanding PAS yang kadangkalanya bersikap “ultra” dalam isu-isu bangsa dan agama.
 
Namun lebih penting lagi ialah DAP mungkin lebih teruja dengan strategi PKR untuk melaksanakan “Langkah Kajang” untuk melonjakkan imej Pakatan Rakyat dengan menjadikan Selangor sebagai model Negeri Berkebajikan yang sempurna kerana ia mempunyai rizab kewangan yang besar.
 
DAP mungkin yakin bahawa jika Wan Azizah yang menjadi Menteri Besar Selangor, sudah tentu pada akhirnya, Anwar Ibrahimlah yang akan menjadi peneraju de facto politik dan pentadbiran negeri itu.  
 
DAP juga sedar jika langkah ini diambil maka tidak kira sama ada Anwar dipenjarakan atau tidak kerana kesalahan liwat pembantunya, Anwar akan tetap menjadi Menteri Besar hakiki. 
 
DAP juga mungkin menafsirkan sikap “ketegaq” PKR itu bertujuan  “meringankan” sengsara Anwar jika dipenjara.
 
Melalui “sumbangan” kerajaan negeri kempen dan demonstrasi bebaskan Anwar akan bergema di seluruh pelosok tanah air. DAP mungkin yakin jika ada “halangan” dan campurtangan dari pihak berkuasa keamanan, mereka akan berhadapan dengan sebuah kerajaan negeri yang paling kaya di Malaysia.
 
DAP juga mungkin melihat sikap “ketegaq” PKR ini dari perspektif strategi politik lebih besar walaupun Wan Azizah mungkin akhirnya tidak diterima menjadi Menteri Besar.
 
DAP mungkin membaca strategi “hanya Kak Wan sebagai MB” ini sebenarnya satu cara untuk “memaksa” pihak istana memilih orang lain selain Wan Azizah (sama ada dari dalam PKR atau tidak) untuk menjadi Menteri Besar. 
 
PKR bijak atur langkah
 
Jika presiden PKR itu ditolak untuk jawatan berkenaan dan Anwar pula dipenjarakan, maka lengkaplah skim atau modal politik terbesar untuk pilihanraya umum ke-14 dalam tempoh tiga atau empat tahun lagi. 
 
Leftenan dan soldadu PKR dan DAP boleh dikerahkan ke seluruh pelosok dunia untuk berkempen betapa Umno-BN menggunakan segala instrumen kerajaan dan negara untuk menindas suara pembangkang di Malaysia.
 
Anwar Ibrahim dipenjarakan. Isterinya, Wan Azizah Wan Ismail yang layak dan mendapat sokongan majoriti dinafikan hak untuk memimpin negeri paling kaya di Malaysia. 
 
Atas hujah bahawa Umno-BN patut dilabel penindas suara demokrasi akan menjadikan Malaysia “pariah” di kalangan negara yang mendakwa berkiblat kepada amalan demokrasi. 
 
Ini akan memudahkan usaha untuk memujuk masyarakat antarabangsa khususnya negara-negara Maju untuk mewarnakan Malaysia sebagai negara autokratik atau kuku besi. 
 
Dalil yang boleh digunakan ialah pemenjaraan Anwar serta penafian hak Wan Azizah sebagai Menteri Besar, penodaan institusi kehakiman, dan istana adalah bukti berlaku penindasan untuk memadamkan suara demokrasi. 
 
Maka hujah yang akan dijaja ialah bahawasanya mangsa paling besar dalam amalan jahat ini ialah Anwar Ibrahim. Lantas akan lebih mudah bagi Wan Azizah, PKR bersama DAP untuk menuntut di persada antarabangsa supaya Anwar diiktiraf sebagai “prisoner of conscience” atau mangsa perbezaan politik.
 
Pengiktirafan ini adalah penting bagi kempen lanjutan “Langkah Kajang”!
 
Sudah pasti untuk pilihanraya umum ke-14 kelak Umno-BN bukan sahaja menghadapi tekanan daripada Pakatan Rakyat (terdiri daripada PKR dan DAP) tetapi desakan antarabangsa yang maha besar. 
 
DAP mungkin membaca percaturan Anwar dan PKR ini sebagai peluang dan persediaan paling besar untuk benar-benar menumbangkan Umno-BN. 
 
Justeru sebab itu, Lim Kit Siang dan juga DAP keberatan untuk bersilang pendapat dengan Anwar dan PKR. Ia menaruh kepercayaan, sama ada jadi atau tidak Wan Azizah sebagai Menteri Besar, kempen “Umno-BN punahkan demokrasi” lebih ampuh daripada sekadar slogan “ubah” dan “Asal bukan Umno (ABU)”.
 
Pada masa yang sama Kit Siang dan DAP pun dapat menghindari PAS yang jelas ibarat “duri dalam daging” Pakatan Rakyat dan merangkul pemerintahan di Malaysia dengan PKR sahaja.
 
Yang pasti DAP akur bahawa PKR mempunyai profil politik hampir sama dengannya – berbilang kaum dan agama di mana pengundi DAP ialah Melayu PKR dan majoriti pemilih Cina.
 
Sementara yang akan menyokong PKR pula ialah pemilih Cina dan majoriti Melayu liberal yang sentiasa curiga akan sikap taksub agama PAS.
 
Jika “pecah perintah” itu berlaku biarlah PAS berebut pula untuk berbahagi kawasan-kawasan undi majoriti Melayu dengan Umno (dan juga PKR). Yang pastinya DAP akan terus pastikan pengundi bukan Melayu tetap bersamanya. 
 
Masih perlukah Lim Kit Siang menjadi orang tengah?

Pramugari MAS bertudung, antara harapan dan realiti

ROY RASUL 


RAMAI berpandangan kerajaan perlu muhasabah berikutan tragedi malang yang melibatkan dua pesawat kepunyaan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dalam tahun 2014 ini.

Kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac sehingga sekarang masih menjadi misteri kerana seramai 239 penumpang dan anak kapal tidak dapat dikesan. Ketika tangisan pilu MH370 belum reda, negara diratapi pula dengan tragedi tembakan sebuah lagi pesawat negara iaitu MH17 di Ukraine.

Dalam tragedi 17 Julai lalu, pesawat MH17 yang membawa seramai 298 penumpang dalam perjalanan dari Amsterdem ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di Ukraine.

Mula transformasi pramugari MAS bertudung

Mengingati tragedi itu, Timbalan Pengerusi Lajnah Pekerja Dan Pengguna PAS Pusat, Normala Sudirman berkata kerajaan perlu melaksanakan transformasi ke arah mengembalikan imej dan reputasi MAS dengan beberapa pendekatan.

Pendekatan itu hendaklah ke arah kaedah yang seimbang dari aspek duniawi dan ukhrawi demi menjamin keberkatan dan produktiviti yang cemerlang dunia akhirat.

"Salah satu daripadanya langkah membenarkan pramugari dan kakitangan penerbangan bertudung menutup aurat dengan sempurna selain menghentikan hidangan arak kepada penumpang," katanya.

Perkara itu katanya, telah lama disuarakan  pimpinan dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, tetapi tidak diambil peduli kerajaan dan pengurusan MAS.

Ini kerana masyarakat tidak mahu potensi pekerja wanita dalam sektor yang boleh menyumbang kepada produktiviti negara dijadikan mangsa untuk tujuan komersial dan disalahgunakan serta kecantikan semula jadi fitrah kewanitaan dieksploitasikan untuk memajukan perniagaan tidak kira dari aspek apa sekalipun.

Sebagaimana tegas Normala, jika kerajaan dan MAS masih tidak berubah, malang bagi wanita di Malaysia kerana ini merupakan 'penghinaan' kepada mereka dari aspek penghormatan dan kerjaya.

Menurutnya, dari segi roh keberkatan dan aspek spiritual, membenarkan pramugari menutup aurat sepenuhnya adalah lambang imansipasi wanita yang dihormati martabat dan maruahnya.

Wanita bukan mangsa salahguna seperti barang dagangan perhiasaan untuk mengabui mata pembeli atau sebagai pelaris jualan.

Sehubungan itu katanya, reformasi atau perubahan ke arah transformasi pengurusan pemulihan imej syarikat MAS ini adalah penting agar imej wanita yang bergelar pramugari sempurna dari aspek penampilannya.

"Kita reda atas apa yang berlaku dengan dua tragedi yang menimpa baru-baru ini, namun muhasabah perlu dilakukan dengan mengambil ibrah tersurat atau tersirat agar segala usaha murni diberkati Illahi," kata Normala.

Isu sama turut disuarakan bekas Pegawai Komunikasi dan Jenama MAS, Salbiah Wahab, bahawa pengurusan MAS perlu menyedari banyak kebaikan syarikat penerbangan itu menyelesaikan isu arak dan hijab.

Dengan tidak menghidangkan arak, MAS dapat menjimatkan kos perbelanjaan dan menutup jalan keburukan kepada penumpang.

Manakala menutup aurat mengikut syari'at boleh membawa kebaikan dan menjadi penyebab turunnya keberkatan dan rahmat Allah.

Hijab tingkatkan seri eksklusif pramugari MAS

Oleh itu, semua pihak perlu positif dalam soal menutup aurat dan menghapuskan arak dalam pesawat.

"Dalam isu ini saya berharap Kesatuan Sekerja perlu bekerjasama dengan pihak pengurusan. Kerana fungsi mereka bukan sahaja sebagai badan kebajikan pekerja tetapi pembantu dan penasihat kepada pihak pengurusan," katanya.

Tidak dapat dinafikan layanan MAS sangat eksklusif namun katanya jika pramugari Muslim berhijab seri ekslusifnya makin terserlah.

Dalam kata lain sepatutnya pramugari digalakkan menutup aurat ketika menjalankan profesionnya.

Ini disokong Ameerah Wilayah Persekutuan (Ameerah WP) cadangan pelbagai pihak yang mahukan kru penerbangan MAS beragama Islam diberikan pilihan untuk menutup aurat.

Pengarahnya, Khairi Syutina Mahmood, berpendapat  etika pemakaian hijab selari dengan tuntutan syariat Islam.

Menutup aurat akan lebih menjaga kesopanan dan maruah wanita dan baginya wanita yang berpakaian menutup aurat lebih yakin dan berketrampilan.

Apa lagi sudah menjadi 'trend' masyarakat hari ini berhijab atau menutup termasuk artis dan selebriti.

Tambahan pula, wanita akan terpelihara dari kejadian yang tidak diingini seperti cabul, rogol, maksiat dan perzinaan.

Khairi Syutina menegaskan bahawa pandangan mengatakan bertudung menyebabkan MAS akan kerugian atau tidak memenuhi kehendak masyarakat antarabangsa tidak tepat. Hakikatnya pelanggan memandang kepada perkhidmatan dan kualiti sesebuah syarikat penerbangan berbanding pakaian pramugarinya.

"Apa ertinya pakaian pramugari yang mendedahkan aurat sedangkan kualiti MAS tidak terjaga. Perkhidmatan yang cemerlang asas untuk sesebuah syarikat mendapat tempat dan pilihan buat pelanggannya," ujarnya.

Malah beliau percaya berpakaian menutup aurat boleh menjadi suatu imej kepada MAS yang mengundang penghormatan dan kekaguman masyarakat antarabangsa.

Baginya, MAS sewajarnya mencontohi syarikat penerbangan Brunei yang mewajibkan pramugari mereka bertudung.

Mereka mampu melakar kejayaan dan keuntungan tanpa menggadaikan prinsip agama bahkan dalam aspek perniagaan dan profesion, keberkatan dapat mengelakkan daripada berlakunya kecelakaan udara atau sesuatu yang tidak diingini seperti tragedi MH17 dan MH370. - HARAKAHDAILY

MAS: MTUC saran kerajaan patuhi kod tata laku keharmonian industri

BERNAMA


PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menyarankan kepada kerajaan supaya mematuhi kod tata laku keharmonian industri apabila memberhentikan pekerja Malaysia Airlines (MAS), yang sedang dilanda masalah.
  
Presidennya Khalid Atan berkata kod tata laku berusia 40 tahun itu menjelaskan pelbagai langkah yang perlu diambil apabila membuang pekerja bagi mengurangkan dengan seboleh mungkin gangguan dan kesukaran yang akan dialami pekerja dan majikan.
  
Beliau berkata sebagai majikan bertanggungjawab, kerajaan perlu memastikan kebajikan pekerja merupakan perkara yang paling diutamakan apabila melakukan penyusunan semula terhadap model perniagaan MAS.
  
Beliau berkata demikian kepada Bernama bagi mengulas rancangan Khazanah Nasional Bhd menyusun semula syarikat penerbangan kebansgaan itu, yang memerlukan pembuangan kira-kira 6,000 pekerja.
  
Khalid berkata jumlah 6,000 pekerja itu sebenarnya bersamaan dengan 30,000 orang -- jika diambil kira bahawa setiap pekerja mempunyai lima anggota keluarga -- yang akan terjejas dengan langkah penyusunan semula itu.
  
Beliau turut menggesa Khazanah Nasional mendapatkan penglibatan pemimpin kesatuan sekerja bagi membantu melaksanakan urusan itu untuk meminimumkan kesusahan yang dialami pekerja dan keluarga mereka. - Bernama

Dari mana RM6 bilion untuk selamatkan MAS

MUHAMMAD FAIZAL


KUALA LUMPUR: PAS mempersoalkan sumber RM6 bilion yang diberikan Khazanah Nasional kepada Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) bagi menyelamatkan syarikat penerbangan itu.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar meminta agar kerajaan menjelaskan sumber kewangan tersebut agar diketahui oleh rakyat.

"RM6 bilion dari mana sumber tersebut diperolehi, kita mahu kerajaan perjelaskannya.

"Kita tidak mahu berlaku seperti sebelum ini Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) yang menjadi mangsa. Kerajaan perlu telus dalam apa yang mereka lakukakan ini," katanya kepada Harakahdaily.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berharap walaupun kerajaan mempunyai usaha untuk memulihkan MAS, namun dalam memberikan suntikan modal itu, harus diperjelaskan kerana melibatkan wang rakyat.

Dalam pada itu beliau turut menggesa agar kerajaan mewujudkan Suruhanjaya DiRaja (RCI) bagi menyiasat secara menyeluruh apa yang berlaku ke atas MAS.

Katanya, walaupun kerajaan memberi suntikan modal yang besar tetapi kelemahan masih belum diketahui yang hanya mengulangi kesilapan yang berlaku kepada MAS sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini menyifatkan, suntikan itu lebih berbentuk pelaburan di mana ia perlu dijana semula.

Menurut Najib, MAS mungkin memerlukan lebih daripada tiga tahun bagi pelan pemulihannya, namun akan ada pertumbuhan positif dalam tempoh berkenaan. - HARAKAHDAILY

PPS kena tahan selepas perbarisan


Anggota PPS ketika menyertai perbarisan merdeka pagi tadi. - Foto Sinar Harian oleh SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI Anggota PPS ketika menyertai perbarisan merdeka pagi tadi. - Foto Sinar Harian oleh SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
 
 
 
GEORGETOWN - Tidak kurang 250 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang menyertai perbarisan sempena sambutan hari merdeka ditahan polis sejurus mereka menamatkan perbarisan kira-kira jam 10.15 pagi tadi.

Mereka ditahan di Balai Polis Lebuh Pantai.

Beberapa Adun DAP dilihat turut berada di hadapan balai polis berkenaan.

Mereka akan dibawa ke IPD Timur Laut untuk diambil keterangan.

Jangan pertikai perkara asas Perlembagaan


Ahmad Zahid menaikkan bendera Umno setibanya beliau di Dewan Pekan Rabu Kluang, semalam. Ahmad Zahid menaikkan bendera Umno setibanya beliau di Dewan Pekan Rabu Kluang, semalam.
 
 
 
KLUANG - Semua pihak diingatkan agar menghormati empat perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kerana persetujuan itu telah dicapai melalui kontrak sosial yang ditandatangani pemimpin terdahulu.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, empat perkara itu, iaitu kedudukan Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh dicabar oleh sesiapa pun.

Beliau berkata, biarpun sistem demokrasi membenarkan perbezaan pendapat antara satu sama lain, tiada kompromi diberikan terhadap mana-mana pihak yang sengaja mempertikai atau mengubah perkara itu.

“Saya menyeru agar semua umat Islam dan orang Melayu tanpa mengira parti politik bersama-sama mempertahankan agama, raja dan negara kita yang sudah 57 tahun menyambut kemerdekaan ini.

“Kita boleh berbeza pendapat tetapi berkaitan perlembagaan ianya telah termaktub dalam perlembagaan berkenaan dan semua kena hormati,” katanya ketika merasmikan Persidangan Umno Bahagian Kluang, di Dewan Pekan Rabu, di sini, semalam.

Hadir sama dalam perasmian berkenaan ialah, Ketua Umno bahagian Kluang, Md Jais Sarday; Ketua Wanita bahagian Kluang, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain; Ketua Pemuda bahagian Kluang, Datuk Khairul Anwar Rahmat dan Ketua Puteri bahagian Kluang, Hasni Abdullah.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, sudah tentu terdapat tujuan tersurat dan tersirat melibatkan keempat-empat perkara itu sebelum Perlembagaan Persekutuan digubal dahulu.

“Dalam klausa perlembagaan, apa jua keadaan yang berlaku di negara ini, empat perkara tersebut tidak boleh ditukar oleh sesiapa pun dan semua pihak harus mengetahui dan menghormati perlembagaan tersebut,” katanya.

Tambah beliau, kepimpinan kerajaan dan BN mempunyai pendirian konsisten untuk mempertahankan keempat-empat perkara itu tanpa sebarang kompromi.

“Saya juga mahu ingatkan di sini, kalau ada sesiapa yang cuba-cuba ingin menukar, menggubal atau mempersoal perkara itu agar langkah mayat ahli Umno terlebih dahulu, dan jangan sesekali melakukannya,” katanya.

Kemerdekaan sebenar adalah kebebasan hati, jiwa


Wan Azizah Wan Ismail Wan Azizah Wan Ismail
 
 
SHAH ALAM – Asas kemerdekaan mestilah berteraskan islah atau reformasi yang bermula daripada kepimpinan yang amanah, telus dan efektif serta memperjuangkan prinsip keadilan hak dan kebebasan rakyat.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, rakyat harus dibebaskan dan dimerdekakan dari tekanan kehidupan lebih-lebih lagi dari sudut ekonomi rakyat.

“Tekad kami adalah untuk membebaskan rakyat dari tekanan ekonomi, kebebasan dalam fahaman dan kepercayaan dengan asas hak-hak rakyat bernegara yang dilindungi oleh Perlembagaan.

“Dengan itu, kita dapat membina nilai moral yang tinggi dan akhlak mulia. Kita mahukan sebuah negara yang merdeka dan bebas dari gejala rasuah, pembaziran dan kecuaian,” katanya dalam perutusan sempena sambutan hari merdeka, hari ini.

Menurut Wan Azizah, rakyat mesti dipupuk untuk melahirkan jiwa merdeka dan bebas sepenuhnya dari cengkaman dan kezaliman demi membina negara yang aman harmoni dan saling menghormati antara agama dan bangsa.

“Kita menyambut 31 Ogos sebagai tanda penghargaan kita terhadap harga sebuah kemerdekaan dan kebebasan yang kita nikmati sejak tahun 1957. 57 tahun lalu, pemimpin-pemimpin negara kita membawa tanah air yang tercinta ini, keluar dari belenggu penjajahan British.

“Kemerdekaan yang dicari sebenarnya adalah kebebasan hati dan jiwa, kebebasan diri dan anggota keluarga dari belenggu pemikiran yang rasis dan sempit, serta mempunyai kebebasan ekonomi,” ujarnya lagi.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru kepada seluruh rakyat di negara ini supaya berusaha bersama-sama untuk membawa negara ke landasan yang betul dan memelihara maruah serta kedaulatan negara.

'BN atau Pakatan, rakyat kecewa pada keduanya'

MALAYSIAKINI


 


Anggota parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong mengakui ramai pemilih kecewa dengan kedua-dua pihak tidak kira sama ada BN atau Pakatan Rakyat.

Perkara itu, katanya, menjadikan mereka kurang berminat pada politik.

“Politik Malaysia memasuki peringkat tepu yang menyebabkan sokongan kepada kedua-dua pihak, BN atau gabungan pembangkang Pakatan, menurun.

"Diakui ramai pengundi kecewa dengan kedua-dua gabungan dan memilih untuk melibatkan diri daripada wacana politik,” katanya.

Dalam kenyataannya menjelang Hari Merdeka semalam, Liew berkata, Pakatan tidak boleh lagi bergantung sokongan kepada pemilih yang kecewa dengan kerajaan persekutuan sahaja.

Anwar: S'gor juga 'krisis peribadi' Anwar

MALAYSIAKINI



 


Bekas orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Noor mendakwa, ketua pembangkang itu terpaksa melaksanakan Langkah Kajang untuk menukar menteri besar Selangor bagi menyelesaikan krisis peribadinya.

Dalam temubual bersama Mingguan Malaysia, Ezam berkata, kemelut Selangor bukan berpunca daripada krisis pentadbiran negeri itu semata-mata.

"Anwar mahu trofi (jawatan menteri besar) itu bukan kerana rakyat, bukan kerana Abdul Khalid buat sesuatu yang merugikan rakyat atau Anwar mahu buat sesuatu yang menguntungkan rakyat.

"Anwar terpaksa melakukan 'Langkah Kajang' serta macam-macam langkah untuk menukar menteri besar hanya untuk menyelesaikan krisis peribadi beliau.

“Sebab itu saya nak ingatkan rakyat Selangor dan penganalisis politik, ini bukan krisis Selangor tetapi krisis peribadi Anwar.

"Beliau melibatkan krisis peribadi dan mahu mengheret seluruh institusi negeri untuk menyelesaikan krisis peribadi beliau. Ini puncanya dan bukan kali pertama berlaku," kata Ezam.

'Tak pernah hormat PAS'

Ezam turut mendakwa, Anwar tidak pernah menghormati PAS sebagai sebuah parti.

Ini kerana, menurutnya, ketua umum PKR itu pernah menolak untuk mengadakan sebarang usaha untuk bersama dengan parti Islam itu.

Jelas Ezam lagi, Anwar sejak dari awal hanya mahu menggunakan PAS sebagai alat untuk mencapai cita-cita peribadinya.

"Kita pernah berjumpa dengan Anwar dan mencadangkan kepada Anwar demi menyelamatkan agama dan bangsa, kita duduk bersama PAS dan bersatu tetapi Anwar menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk bersama PAS.

“Maknanya, beliau memang tidak  percaya kepada perjuangan PAS.

"Ini orang PAS kena faham. Anwar bukan seorang yang menghormati PAS sebagai sebuah parti dari awal lagi," katanya lagi.

Jumaat, 29 Ogos 2014

Tindakan hanya calonkan Wan Azizah dibidas

SINAR HARIAN


kemelut politik
 
 
 
SHAH ALAM - Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di Selangor hari ini membidas tindakan PKR dan DAP yang tetap bertegas hanya mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baharu.

Presiden Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) Mazli Saring berkata tindakan kedua-dua parti itu jelas mencabar kedaulatan undang-undang negeri itu yang memberi kuasa kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memutuskan calon yang layak menjadi Menteri Besar.

"Parti-parti dalam Pakatan Rakyat harus sedar bahawa untuk dapatkan kuasa mereka perlu menghormati orang yang berkuasa (Sultan Selangor) tetapi mereka bersikap biadap kerana apa? kerana mereka bukan anak Selangor.

"Anwar Ibrahim (Datuk Seri), Wan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), Saifuddin (Datuk Saifuddin Nasution Ismail) dan Mohamed Azmin Ali bukan anak Selangor. Orang yang bukan anak Selangor inilah yang bersikap biadap kepada sultan kami," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mazli turut mengalu-alukan pihak terbabit supaya 'keluar' dari Selangor jika tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran di negeri itu dan mengingatkan pemimpin PKR dan DAP supaya tidak berterusan mencabar institusi diraja.

Pengerusi Angkatan Rakyat Sedar (Aras), Abdul Rahim Abdul Wahab berkata PKR dan DAP sepatutnya akur dengan titah baginda yang mahukan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata tindakan kedua-dua parti itu yang tetap bertegas mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal menteri besar jelas menunjukkan mereka ingkar terhadap titah Sultan Selangor.

Penasihat undang-undang kepada Pasmeb dan Aras, Ahmad Jufliz Faiza pula berkata walaupun Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Selangor menyatakan bahawa Sultan perlu mengikut pandangan sokongan majoriti Adun Selangor dalam pelantikan menteri besar, tetapi keputusan muktamad tentang siapa calon yang layak perlu mengikut budi bicara baginda yang mutlak.

"Sultan punyai kuasa untuk pilih sama ada menteri besar itu layak mentadbir Selangor dan situasi ini turut berlaku di negeri lain seperti Perak dan Kelantan. Konvensi perlu dihormati dan kalau ahli politik tidak hormati konvensi susahlah," katanya. - Bernama

PRK Pengkalan Kubor: Nama calon mula disebut


PRK Pengkalan Kubor: Nama calon mula disebut



KOTA BHARU – Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor kini menjadi fokus dan tumpuan utama selepas Adunnya, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia pada 20 Ogos lalu.

Siapa yang bakal dicalonkan untuk mengisi kekosongan tersebut? Itulah yang menjadi tanda tanya dan perbualan hangat ketika ini. Malah, belum pun PRK bermula, Pas dan PKR dilihat sudah saling 'berebut' untuk meletakkan calon masing-masing bertanding di Dun berkenaan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail adalah antara individu yang diwar-warkan untuk diangkat sebagai calon yang bakal membarisi pencalonan PKR Pengkalan Kubor.

Menurut sumber dalaman PKR Pusat, Saifuddin antara nama yang digembar-gemburkan, selain Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tumpat, Mohd Khairul Amin Ab Rahman kerana kedua-duanya dilihat mampu menggalas tugas berat yang ditinggalkan oleh Allahyarham Noor Zahidi.

Menurutnya lagi, Pas mungkin akan memberi laluan mudah kepada PKR untuk bertanding jika PKR menaikkan nama Saifuddin kerana beliau disegani oleh Pas, malah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga mungkin akan menyokong.

Sebelum ini, timbul viral di laman-laman sosial yang menggunakan ikon bekas Menteri Besar Kelantan itu, seolah-olah Pas hanya mahukan calonnya bertanding di situ tanpa penglibatan rakan komponen PR tersebut.

Walaupun Saifuddin bukan orang kawasan Dun Pengkalan Kubor, itu tidak menjadi isu kerana kemampuan dan kaliber yang dimilikinya boleh mengatasi pemimpin lain telah terbukti, malah tidak mustahil ia tiada soalan balas daripada Pas sendiri.

Namun itu bukan bermakna Umno dan BN akan berdiam diri.

Selama empat penggal di Dun Pengkalan Kubor, kerusi yang dijaga dan diberikan sepenuh kepercayaan tersebut tidak akan sewenang-wenangnya diserahkan kepada pihak pembangkang.

Antara nama yang menjadi buah mulut masyarakat setempat ketika ini ialah Datuk Wan Johani Wan Hussin, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz dan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ketiga-tiga nama gah itu bukanlah calang-calang pemimpin, tambahan pula seiring dengan tiga lagi nama yang juga turut disebut-sebut termasuklah Ketua Pemuda Tumpat, Rosidi Mahmud Kamaruddin.

Malah, ia juga kini mula menjadi viral di blog peribadi dan laman-laman sosial sehinggakan ada sumber mengatakan ia benar-benar akan berlaku.

Dengan barisan yang menjadi bayangan calon BN itu, ia mungkin akan menggugat dan mencabar PR untuk masing-masing berlumba meletakkan calon yang lebih berkaliber dan diyakini mampu merampas Dun Pengkalan Kubor.

Namun tiada siapa yang boleh membuat ramalan awal. Semuanya terpulang kepada pengundi di kawasan Pengkalan Kubor sendiri yang akan menentukan siapakah pemimpin yang menjadi pilihan mereka untuk memastikan kawasan berkenaan terus terbela dan membangun pada masa akan datang.

Pas tidak endah rayuan Anwar


Pas tidak endah rayuan Anwar
 
 
 
SHAH ALAM – Pas tidak mengendahkan rayuan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tetap bertegas parti itu akan mengemukakan tiga nama kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk diperkenankan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

 Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu akur dengan titah Sultan Selangor yang mahukan pemimpin Pas, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Sebagai pemimpin Islam dan Melayu, kita tidak mahu Pas dilabel sebagai tidak beradab (kepada tuanku),  dengan hanya menghantar satu nama. Seolah-olah kita memaksa sultan buat pilihan.

“Sebagai orang Melayu, perbuatan itu tidak manis. Lagipun tiada salahnya Pas menghantar tiga nama demi menjaga adab dengan tuanku Sultan Selangor,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambahan pula, katanya, kesediaan Pas mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk jawatan tersebut, boleh dilihat sebagai tanda penghormatan kepada PKR.

Menurut Mustafa, bukan niat Pas ingkar permintaan Anwar yang mahu Pas menghormati keputusan Majlis Kepimpinan PR pada 17 Ogos, di mana setiap parti menghantar satu nama sebagai Menteri Besar Selangor.

“Setiap parti ada pandangan mereka sendiri dan ini pandangan Pas (berkenaan senarai nama calon menteri besar). Lagipun kita menghantar nama Adun PKR, bukannya Pas.

“Terpulang kepada kebijaksanaan dan budi bicara baginda untuk buat pilihan. Pas tetap merasakan tidak salah menghantar lebih daripada satu nama kepada tuanku,” katanya.

Pas bagaimanapun difahamkan belum menghantar surat berkenaan nama Adun PKR kepada pihak istana, namun akan berbuat demikian sebelum 3 September ini.

“Kita tidak boleh beritahu nama yang dibincangkan...tunggulah nanti,” kata Mustafa ketika ditanyakan perkara itu.

Kelmarin, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang iaitu Pas, DAP dan PKR masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Samad berkata, pihaknya tidak boleh memberi apa-apa komen mengenai nama calon kerana keputusan akan dibuat Pas Pusat.

“Saya tidak tahu nama siapa yang akan diberi setiausaha agung untuk calon menteri besar.

“Pas Pusat selepas ini akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan calon menteri besar, tetapi bila pengumuman itu dibuat, yang pasti sebelum 3 September.

“Pasal Wan Azizah pun saya tidak tahu, saya tidak boleh cakap apa-apa mengenai Azizah,” katanya.

'Anwar akan jadi MB sebenar Selangor‘

MALAYSIAKINI


   


Bekas presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berpendapat, pentadbiran negeri Selangor akan dikuasai Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya isteri kepada ketua umum PKR itu dilantik menjadi menteri besar Selangor.

Pelantikan itu juga menunjukkan DAP membuang segala prinsip yang didukung, demi menyokong isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik menjadi menteri besar, dakwa Chua.

Katanya, tidak sukar untuk melihat bahawa Anwar akan menggunakan pengaruhnya sekiranya Wan Azizah dilantik ke jawatan tersebut.

Tambahnya, beliau tidak berniat untuk menyerang Wan Azizah secara peribadi.

“Malah, saya mengagumi beliau atas kesabarannya, kerendahan hatinya dan dedikasinya pada Anwar,” katanya dalam tulisan di blog drchua9.blogspot.com.

Bagaimanapun, negeri tersebut menuntut prestasi pentadbiran yang cemerlang, katanya.

“Kita menaruh harapan tinggi pada Wan Azizah untuk menunjukkan prestasi cemerlang, dan bukan hanya satu boneka.

Cakap tak serupa bikin

“Orang di sebalik takhta itu tentulah suaminya. Anda tidak perlu menjadi saintis roket untuk memahami perkara ini,” katanya.

Chua seterusnya mendakwa DAP “tidak cakap serupa bikin” melalui tindakan itu.

“DAP sering mentertawakan dan mengejek MCA kerana pemimpinnya tua, berbanding DAP yang mempunyai muka-muka baru yang muda, bijak dan otak bergeliga.

“Namun, bila berdepan dengan soal kewajaran dan kelangsungan politik mereka, kesemua nilai yang kononnya diperjuangkan itu dibuang ke Sungai Klang yang kotor demi menyokong Wan Azizah,” katanya.

Chua juga berkata Pakatan Rakyat kini tewas dari segi moral ekoran krisis politik Selangor.

“Jangan kita lupa, dalam pilihan raya umum 2008, rakyat menyokong Pakatan dengan harapan mereka akan membawa era baru politik dengan muka baru, lebih mesra rakyat, kurang perseteruan politik, lebih telus dan bertanggungjawab,” katanya.

Kemenangan itu diperkukuhkan lagi dalam pilihan raya umum 2013, namun krisis di Selangor mengubah segalanya, kata Chua.

“Kami mencium bau pekung pergaduhan politik dalaman di kalangan parti Pakatan,” katanya.

PKR: PAS tak kisah pun 'paksa' sultan sebelum ini

MALAYSIAKINI


 


PKR menolak hujah yang dikemukakan oleh PAS berhubung keputusan parti Islam itu untuk mengemukakan dua nama kepada istana bagi jawatan menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata selepas pilihan raya umum lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bermasalah untuk hanya mengemukakan satu nama, walaupun sultan meminta empat nama.

PAS Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali berhujah jika tidak mengemukakan lebih daripada satu nama seperti yang dititahkan baginda sultan, ia boleh ditafsirkan sebagai "memaksa" istana.

Mustafa juga menjelaskan bahawa keadaannya berbeza pada masa lalu kerana isu itu tidak diketahui umum seperti yang berlaku sekarang.

Mustafa berkata demikian dalam reaksinya terhadap rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya PAS berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos untuk hanya mencalonkan Wan Azizah.